Picnic!!

Hallo…
Dengan bangganya, hari ny aku na ctew yg ak g picnic nan kwan2 ak!!!
Actually, aku tak pernah terfikir akan bersama mereka di Teluk Batik!!!..hak3
Gaya macam tak pernah pergi TB jew.. Mang r selalu pergi, tapi bila kita pergi dengan kawan-kawan, rasanya lain sangat, kan??
Aku happy sangat…huhu

Actually kami nak buat jamuan semalam. Last jamuan sempena nak puasa ny la..hak3
Mang dak2 kelas kami kuat makan pun. Setiap hari mesti ada aja yang bawak makanan.
So, kerja kami melantak jew.. Then, terfikir pulak nak pergi picnic. Lagipun, kami tak pernah lagi mandi laut sama-sama.
Tapi kami tak ajak pun budak lelaki join sebab depa akan menyebuk jew..hak3..
X de arh.. mang la best kalo dak laki yang gila-gila kelas aku uw ikut. Tapi, masalahnyew susah nak mandi kalau depa ada.. Malu r naik dari laut baju melekat kat badan.. Free-free jew depa tengok..huhu
So, lebih baik diorang tak ada daripada diorang ada.
Lepas habis kelas tambahan Biology dalam pukul 10a.m tu, kami pun pergi la TB..
Sebelum tu aku dengan kawan aku Amira pergi beli makanan kat pasar…
Tempahannya punya la banyak.. Lenguh habis tangan pegang sume uw…
Da r naik moto, bawak banyak barang, bekakalan makanan lagi. Cuba la bayang?? Ish3…

Then, kami pun memulakan operasi mandi bersama-sama seperti kanak-kanak riang yang tak pernah jumpa laut…hak3
Mang best sangat… Tak pernah lagi aku mandi laut dengan kawan-kawan.
Kami pun rancang nak naik banana boat. Tapi 2 orang lagi kawan aku tak bawak baju mandi. Makanya, diorang tak leh join naik banana boat coz mesti la basah nanti…
So, diorang nak naik boat pusing-pusing TB
Mulanya kami nak naik boat dengan company sorang adik tu. Lepas bincang, dia boleh bagi kami harga seorang RM3 untuk naik boat, RM3 naik banana boat. Mean that, nak naik kedua-duanya RM6 seorang…
Tiba-tiba ada seorang abang ny dating Tanya kami nak naik banana boat ke. Kami kata boleh la… Tapi dia bagi tawaran RM4 setiap seorang untuk satu permainan.
So, lebih baik kitowang ambik tawaran yang first tadi. Malangnya, terjadi pergaduhan di situ. Kedua-duanya inginkan kami. Dan kami semua tersepit di tengah-tengah..
Geram jugak dengar statement abang uw. Nak bakar boat bos adik tu la, apa la. Pening betul..
So, kitowang un balik semuala ke tempat kami berteduh. Biarkan depa bergaduh puas-puas dulu.

Lepas puas kami mandi, kitowang un pergi balik tempat tu, setuju nak naik dengan abang uw. Daripada diowang gaduh. Lebih baik kami mengalah. Tapi, duit kitowang r yang habis. Rugi-rugi..
Geram betul!!!!!
Buat rugi duit je. Mang tempat buang duit betul la kat situ..
Tapi taka pa lah, bukannya selalu pun… Buat-buat lupa jew. Lagi diingat, lagi sakit hati.

Orait, biar aku citew pengalaman naik banana boat.
Memang aku teruja sangat naik banana boat. Ye la, selama ny aku tak pernah naik pun. Orang kata mahal. Lagi pun, tak ada yang suka adventure macam aku.
Aku tak tau la kenapa aku suka sangat buat aktiviti lasak. Maybe aku dah terikut-ikut ayah aku kot. Ye la, ayah aku kan PASKAL. So, ayah aku ny memang lasak la. Selalu masuk hutan, menyelam, payung terjun. Aku pun dah terikut-ikut.. Ayah aku pun selalu bawak aku masuk hutan kalau ayah aku kena jadi jurulatih untuk “Jati Diri” atau apa-apa lah.. Dalam family aku, memang aku dengan adik lelaki bawah aku tu je yang tahan lasak. Sebab tu la ayah aku selalu bawak kami masuk hutan. Kalau bawak kakak or mak aku sekali, confirm diorang merungut. X selesa lah, gatal la, banyak nyamuk la.
Aku pernah masuk hutan kat Pangkor dengan ayah aku, Jungle Tracking seberang bukit, masak nasi dalam tempurung kelapa dan masak ikan dalam buluh. Best sangat.. Pertma kalinya aku berada di tempat yang begitu cantik. Cuba bayangkan bila korang berkemah tepi laut, belakangnya air terjun??
Betul!!! Aku boleh pilih sama ada nak main air terjun atau main air laut. Aku tak pernah tau pun selama ny ada keadaan yang macam tu.
Ok, stop pasal pengembaraan aku dengan ayah aku. Berbalik pada cerita kita tadi, picnic. Hehe…

Time naik tu, mang best la. Boat tu bawak laju.. Air memercik-mercik kena muka kami.
Sampai aku dah tak boleh bukak mata… Nak sapu muka pun tak boleh. Ye la, kena pegang tali kuat-kuat. Boat dah la laju. Kalau lepas tali jatuh la pulak..
Jauh jugak diorang bawak kami ke tengah laut. Mungkin dia geram kowt… Kitowang an banyak songeh ckit..huk3
Bila dah sampai tepi tu, dia cuba terbalikkan banana boat. Aku tak sangka la pulak dia nak bagi jatuh. Aku kan pegang kuat-kuat?? Hak3
Bila aku bukak-bukak je mata, tinggal aku dengan Nabila je kat atas boat. Yang lain dah jatuh..haha
Aku tak sangka la pulak. Rasa macam tak kuat jew. Ingatkan kuat sangat force dia yang membuatkan semua orang jatuh..
Menyesal la jugak tak jatuh. Ye la, tak dapat nak rasa nikmat jatuh dalam air..haha
Tapi nak buat macam mana?? Memang dah nasib aku tak jatuh..huk3

Then, kami naik boat pusing-pusing TB pulak.. Aku ingatkan dia nak jalan sampai Marina. Rupa-rupanya jalan yang sama dengan banana boat tu aja.. Rugi betul rasanya…
Dah la duit habis, tak puas hati pulak tu..
Taka pa la, jadikan apa yang berlaku hari ny sebagai pengajaran…

1) Berfikir sebelum bertindak
2) Sabar itu separuh daripada iman
3) Pasti ada kedukaan dalam setiap kegembiraan
4) Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang…


What ever it is, aku asew happy sangat.. Aku harap boleh datang lagi dengan lebih ramai kawan-kawan aku.. Lebih ramai lebih meriah, kan????
Orait, jom tengok gambar-gambar ny and hope korang merasakan kegembiraan yang kami rasa…


Ini la Teluk Batik...

Diela and Miena...











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta