Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Seminggu di Intensive Care Unit (ICU)

Imej
Assalamualaikum... Hari ni, saya nak menceritakan pengalaman sepanjang seminggu di ICU ICU?? Pasti ramai yang takut dan gentar apabila disebut ICU. Pasti pelbagai benda yang kita bayangkan, begitu juga saya. Perasaan takut, gementar dan seram semuanya silih berganti. Bukannya apa, ICU!! Satu unit kritikal yang menempatkan pesakit kritikal! Macam-macam yang saya fikir. Patient dengan ventilator, wayar berselirat di badan, mesin yang banyak disekeliling katil, dan tentunya pesakit yang critically ill! Tak dapat dibayangkan suasana kerja di ICU... pasti masing-masing sibuk menjaga pesakit masing-masing, keadaan cemas yang tak dijangka, 'code blue' akan dilancarkan pada bila-bila masa, BP drop, patient collapse tanpa diduga, dan patient L.O (last office) atau meninggal, tampa dijangka. Begitulah kehidupan didunia...  Waktu mati itu telah tertulis, hanya menunggu masa dan ketika, punca kematian hanya menjadi asbab utama.

Bahagia dalam duka

Imej
Kadangkala dalam hidup ini,  kita tak boleh terlampau meminta,  meskipun  kita terlalu memerlukannya. Hari ini saya sedar, jika sememangnya Allah belum memberi,  mintalah bagaimanapun, usahalah bagaimanapun,  kita tak akan mampu mencapainya. Kadangkala saya terfikir,  mengapa hari demi hari ,  tahun demi tahun saya diuji. Tapi Alhamdulillah,  saya masih mampu berdiri,  bangun daripada kegagalan,  kejatuhan  dan membina semangat baru  untuk terus melangkah. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa berada disisi,  menyokong saya untuk tetap teguh berdiri,  sama ada saya sedar mahupun tidak. Kadangkala,  sesuatu perkara itu terlampau mudah bagi sesetengah orang,  dan begitu sukar bagi kita untuk menghadapinya. Salah seorang daripada rakan saya pernah berkata: “Kau tak pernah terfikir ke,  kanapa senang sangat orang lain minta, terus dapat.  Tak payah nak buat surat rayuan,  libatkan orang atas.  Dalam masa beberapa hari terus dapat

posting

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah, hari ini saya bersama rakan-rakan  berjaya menduduki peperiksaan penilaian berterusan (CONASS) terakhir kami,  sebagai pelajar jururawat. Dengan berakhirnya CONASS, bermulalah kisah hidup kami yang sibuk dan teramatlah sibuk... Bekerja, assignmment,  bagaikan melambai-lambai supaya kami menghampirinya. Hari ini juga, saya mendapat tahu bahawa saya akan ditugaskan menjalani latihan praktikal Management in Nursing,  di wad medikal respiratori (12U) Hurm.. punya lah lama tak menjejakkan kaki ke wad ini, akhirnya dipertemukan kembali disini. Betullah apa yang sering orang cakap, jangan membenci sesuatu kerana mungkin itulah yang bakal kamu dapat, kamu hadapi. Kalau dulu, punyalah berdoa agar tak ditugaskan di wad ini, yang terkenal dengan kesibukannya dalam memberi rawatan dan perawatan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan. Ya, “…boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu

Pengalaman mendewasakan kita..

Imej
Assalamualaikum... Hurm, dah berzaman lamanya tak update blog.  Tak sangka, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pejam celik, pejam celik.. 2015... Dengan bermulanya tahun baru,  maka umur pun makin bertambah. Tugas dan tanggung jawab juga makin besar.. Rasa macam baru je update tentang orientasi, keseronokan belajar sebagai pelajar jururawat, dah masuk tahun akhir! In syaa Allah, by the end of the year,  I'm going to be a Staff Nurse! Satu kerjaya yang langsung tak pernah terfikir, tak pernah bayangkan, dan tak ramai orang yang impikan. Tapi, pekerjaan inilah antara pekerjaan yang mulia sebenarnya. Mungkin ramai yang mencemuh,  "Alah, takat jadi Nurse. Gaji ciput je.." "Nurse tu buat kerja kotor. Cuci Najis orang.." "Nurse.." "Nurse..." Tahukah anda, sebagai seorang jururawat, banyak yang kami belajar. Apa itu erti kesabaran, budi pekerti, keikhlasan.. Ya, mungkin nurse satu pekerjaa