Seminggu di Intensive Care Unit (ICU)

Assalamualaikum...


Hari ni, saya nak menceritakan pengalaman sepanjang seminggu di ICU
ICU??
Pasti ramai yang takut dan gentar apabila disebut ICU.
Pasti pelbagai benda yang kita bayangkan,
begitu juga saya.

Perasaan takut, gementar dan seram semuanya silih berganti.
Bukannya apa,
ICU!!
Satu unit kritikal yang menempatkan pesakit kritikal!

Macam-macam yang saya fikir.
Patient dengan ventilator, wayar berselirat di badan,
mesin yang banyak disekeliling katil,
dan tentunya pesakit yang critically ill!
Tak dapat dibayangkan suasana kerja di ICU...
pasti masing-masing sibuk menjaga pesakit masing-masing,
keadaan cemas yang tak dijangka,
'code blue' akan dilancarkan pada bila-bila masa,
BP drop, patient collapse tanpa diduga,
dan patient L.O (last office) atau meninggal, tampa dijangka.

Begitulah kehidupan didunia... 
Waktu mati itu telah tertulis,
hanya menunggu masa dan ketika,
punca kematian hanya menjadi asbab utama.

Banyak benda yang saya fikir, banyak yang saya takutkan.
Bahaimana untuk saya menjaga pesakit yang critically ill, tampa ilmu didada?
Bagaimana jika pesakit yang saya jaga menemui ajal didalam jagaan saya?
Dengan itu, saya cuba belajar dan memahami, membuat persiapan sebelum ditempatkan ke ICU.

Alhamdulillah, dari hari ke hari, perasaan takut dan gementar itu hilang!
Diganti pula dengan perasaan teruja untuk membantu pesakit-pesakit ini kembali pada kehidupan asalnya, bernafas tampa bantuan daripada mesin ventilator.

Banyak yang saya belajar di ICU.
Bagaimana untuk memberi rawatan dan perawatan kepada pesakit dengan inventory on non-inventory ventilator support, bagaimana untuk mengambil sample Arterial Blood Gas (ABG) untuk siasatan, bagaimana untuk dilute ubat antibitik, analgesic,
 muscle relaxant and inotropes, dan banyak lagi.
Alhamdulillah, staff di ICU juga sangat baik dan sangat membantu.
Mereka mengajar kami daripada 0 (zero) sehingga kami mampu mengambil sample ABG dan melakukan endo-tracheal suctioning sendiri, tampa rasa akut dan was-was lagi
(pastinya dengan pengawasan mereka! :)

Selain daripada itu, saya begitu kagum dengan semua staff di ICU.
Bermula daripada prof, anest, consultant, medical officer, housemant, staff nurse, medical assistant, pembantu perawatan kesihatan semuanya berfikiran positive and protective!
Mereka begitu polite dengan pesakit, eventhought patient dalam keadaan koma, dengan bantuan pernafasan dan semua ubat-unatan untuk membantu pesakit meneruskan kehidupan.
Saya pernah dengar doktor berkata
"Uncle, uncle masih hidup. Teruskan bernafas, uncle. You can do it!! Tahun baru cina sudah dekat. Uncle cepat sedar, nanti kita cabut tiub dalam mulut, uncle boleh celebrate new year.."
Dan setiap hari juga saya mendengar jururawat bercakat dengan pesakit.
"Uncle, sorry ye.. Mau cucuk jari sikit, check gula dalam darah.."
"Sorry makcik, saya nak check pampers"
"Maafkan saya, pakcik.. Sekarang kita nak mandikan pakcik..."

Begitulah, apa yang saya lihat dan saksikan setiap hari.
Jangan difikir pesakit ini tidak mendengar meskipun dalam keadaan koma.
Mereka sedar!
Dan selayaknya kita melayan dan menjaga maruah mereka...

Di sini, saya ingin kongsikan pengalaman saya dan rakan menjaga pesakit yang sama di ICU.
Saya bekerja pagi pada hari tersebut, dan diganti oleh kawan saya pada shift berikutnya.
Pesakit yang kami jaga merupakan seorang muslim, dan berumr dalam lingkungan 80-an..
Pesakit ini berada dalam keadaan kritikal, dengan tekanan darah yang tidak setabil, dan Glascow Coma Scale (GCS) yang agak membimbangkan.

Sedikit kisah keajaiban Surah Al-Fatihah untuk saya kongsikan. 
GCS patient pada awalnya 4/15. On invasive ventilation. BP keep drop every hour. Takut jgk jadi ape2 time staffnurse xde.
2 hour later, nak gi check ABP patient then teringat pesan pensyarah,
"Kalau jaga pt yg Islam, tak salah kita bacakan Al-Fatihah kat telinga dia, bisikkan kalimah syahadah kat dia."
Then, cuba la buat ape yg pensyarah nasihat tu. Masa nak check GCS, mntak izin pt tu utk check anak mata. Baru je jari nak sentuh, mata pt terbuka dgn sndiri. Bila panggil nama, dia mengangguk. Tangan & kaki pun turut brgerak.
Tangannya mnunjukkan isyarat nak mnulis something. Tulisan jawi. Nasibla den ni xbuta jawi.
Certain tulisan tu dpt faham, yg lain tak faham.
GCS 9/15. ABP keep raise.
Terfikir keajaiban disitu.
Relative dtg smpai mnangis tgk perubahan pt.
Sebelum ni, diorg ingt pt mmg dh xde harapan.
“Ya Allah Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembukan yang tidak meninggalkan penyakit (lain).” (Hadits shahih riwayat al-Bukhari, no. 5311 dan Muslim, no. 2191).

Begitulah, sedikit sebanyak cerita kawan saya.
Alhamdulillah, seronok, gembira tidak terkata melihat perubahan pesakit ini.
Terasa rawatan dan perawatan yang kita beri berjaya.
Pesakit mula menunjukkan improvement sedikit demi sedikit.

Hari ini, saya masih menjaga pesakit yang sama.
Pesakit ini mulai sedar, membuka mata, menggerakkan tangan dan kami, juga seperti ingin mengatakan sesuatu.
Banyak perubahan pesakit ini yang saya lihat, berbanding dengan semalam.
Urine output (keluaran kencing) juga semakin baik, 
tidak seperti hari sebelumnya yang hanya 10-30 mls/kg/hr.

Saya mengambil pen dan kertas, membantu pesakit menulis, cuba memahami apa yang ingin dikatakan.
Sebak hati saya, apabila saya tak mampu mentafsirkan apa yang pesakit ingin sampaikan, melainkan satu perkataan.
'SOLAT'
Saya mula tertanya-tanya. Adakah pesakit ingin bersolat?

"Pakcik, maafkan saya. Saya tak berada dapat tangkap apa yang pakcik tulis. Tapi, sekarang dah masuk waktu maghrib. Pakcik nak solat?" tanya saya.
Pesakit menganggukkan kepalanya.
Saya dan jururawat bertugas mula membantu pesakit ini mengambil wuduk.
"Pakcik, kami dah wudukkan pakcik. Sekarang, pakcik boleh mula bersolat. Jika pakcik tak dapat menggerakkan tangan, cukuplah hanya dengan isyarat mata. Sekarang waktu maghrib ye, pakcik.
Mari, saya bantu pakcik berniat..." kata jururawat bertugas pula.

Sebak saya rasa!
Pesakit dalam keadaan tenat masih mampu mengerjakan solat meskipun hanya dengan isyarat mata.
Sedangkan kita?
Makhluk Allah yang sempurna, masih sihat dan mampu untuk beribadat padanya seringkali leka dan alpa, dengan permainan dunia.

Jika dahulu saya membayangkan pesakit ICU dengan bantuan pernafasan hanya duduk diam dan tidur, anggapan saya itu salah!!!
Pesakit di ICU masih mampu membuka mata, sedar.
Dan yang paling penting sekali, pesakit ini dapat mendengar.
Benarlah, nikmat terakhir yang Allah akan tarik sebelum mati adalah pendengaran.

Jika ada dikalangan keluarga mara, jiran tetangga atau sahabat anda yang berada di ICU,
 criticall ill atau didalam keadaan koma,
selalulah melawat dan berbual dengan mereka.
Berikan sokongan emosi dan support mereka untuk terus bernafas, berjuang untuk hidup kerana masih ramai yang sayangkan mereka....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta