Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Jururawat

Assalamualaikum. Hye!  Agak lama rasanya aku tak membebel dekat sini. Maklumlah, bila dah kerja ni komitmen kau lebih. Dengan beban kerja dan kekangan masa, kau memang tak akan ada masa untuk bersosial. Haha 😝  Aku tengok ramai adik-adik yang tertarik dengan posting aku 8 tahun lepas, time orientasi dulu.  PPUM Aku faham, sekarang ni dunia hujung jari. Korang akan search di internet untuk mencari sesuatu maklumat. Amboi korang, siap ada yang berbalas chat dekat wall aku! Haha Maaflah entry aku time tu agak ke laut sikit, maklumlah budak baru belajar. Haha Dukacita aku maklumkan, PPUM memang dah tak taja student untuk belajar dekat sini and korang memang dah tak akan dapat kerja terus selepas habis belajar.  Means that, no more Bursary, no more free yuran. no more free asrama.  Semuanya berbayar! Kos untuk satu semester around RM2.5k Seperti yang korang sedia maklum, kerajaan memang tengah mengurangkan pengambilan Jururawat. Bukan setakat PPUM, KKM pun sama