Jururawat

Assalamualaikum.
Hye! 

Agak lama rasanya aku tak membebel dekat sini. Maklumlah, bila dah kerja ni komitmen kau lebih. Dengan beban kerja dan kekangan masa, kau memang tak akan ada masa untuk bersosial. Haha 😝 

Aku tengok ramai adik-adik yang tertarik dengan posting aku 8 tahun lepas, time orientasi dulu. 
Aku faham, sekarang ni dunia hujung jari. Korang akan search di internet untuk mencari sesuatu maklumat.
Amboi korang, siap ada yang berbalas chat dekat wall aku! Haha
Maaflah entry aku time tu agak ke laut sikit, maklumlah budak baru belajar. Haha

Dukacita aku maklumkan, PPUM memang dah tak taja student untuk belajar dekat sini and korang memang dah tak akan dapat kerja terus selepas habis belajar. 
Means that, no more Bursary, no more free yuran. no more free asrama. 
Semuanya berbayar!

Kos untuk satu semester around RM2.5k

Seperti yang korang sedia maklum, kerajaan memang tengah mengurangkan pengambilan Jururawat. Bukan setakat PPUM, KKM pun sama.
Aku pun tak faham kenapa, sedangkan hakikatnya kita memang kekurangan Jururawat! 

Kerjaya sebagai Jururawat bukanlah mudah. Bukan seperti yang selalu kita tengok di kaca-kaca televisyen. Jururawat bukan hanya pegang file ikut doktor round atau tolak patient berkerusi roda di taman. LOL! 😝

Mengikut pengalaman aku yang hampir 4 tahun berkhidmat di Surgical Ward a.k.a wad paling busy dekat hospital ini, aku dengan tegas nak bagi tahu yang aku tak pernah pegang folder patient ikut doktor round, lagi-lagi tolak pesakit berkerusi roda bersiar-siar di taman. Kau fikir aku ada masa?? 😠

Jururawat berkhidmat dalam 3 shift.
Shift pagi: 7am-2pm (7 jam)
Shift petang: 2pm-9pm (7 jam)
Shift malam 9pm-7am (10jam)

Walaupun kau start kerja pukul 7 pagi, 2 petang atau 9 malam kau bukan boleh datang kerja punch in ikut time. Kau kena datang awal untuk ambil report daripada previous shift. Kalau sorang pesakit kau ambil masa dalam 3-5 minit untuk pass over report, berapa masa yang kau perlukan untuk pass over 11 orang pesakit? 
Itu belum termasuk gangguan-gangguan yang bakal kau terima seperti di ganggu doktor untuk perkara yang urgent aka STAT, or tiba-tiba time tengah pass over patient kau jatuh, patient kau SOB, tak stable, and so on.
Kau akan delay ambil report, dan previous shift akan balik lambat sebab nak settle perkara-perkara macam tu. 
Ya, kau tak boleh balik tepat pada waktunya, ya.
Kau tak boleh punch out pukul 7 pagi, 2 petang atau 9 malam. Paling awal kau boleh balik setengah jam selepas shift kau habis iaitu selepas pass over. Bergantung kepada berapa banyak pesakit dan kondisi pesakit kau pada hari itu.
Kalau kau settle kerja cepat, Insyaa-Alalh kau boleh balik cepat.
Jururawat tak berkerja macam orang lain ya, boleh bawak balik kerja siapkan dekat rumah atau ada date line untuk kau siapkan kerja.
Kerja kau sepanjang shift tu, kau kena siapkan waktu tu jugak. Kalau kau tinggal or pass over pun benda yang memang tak boleh handle je, macam pesakit tak kencing lagi (lepas cabut tiub kencing, kurang daripada 6 jam), doktor nak buat x-ray tapi tak order dalam sistem. Kalau tak, kena kecam la kau satahun. 😝 Huhu

1 jururawat bukan jaga 2-3 orang pesakit je.
Kalau macam wad aku ni, memang sentiasa aktif dengan keluar masuk pesakit. Team yang banyak, membuatkan doktor banyak, dan membuatkan kau pening kepala dengan changes yang banyak, sebab kau jaga pesakit yang banyak dengan team yang berbeza.
Sebagai contoh, wad aku memang dah biasa 1:11
Iaitu 1 Nurse = 11 Pesakit
Kalau dah 2 pesakit HPB, 3 CR, 2 UGI, 1 BR, 2 ECS, 1 VAS, 
semua team buat round serentak, pesakit HPB demam, perlu buat ERCP segera, pesakit CR wound besar kau nak kena dressing, Patient Breast team bleeding from wound, patient ECS nak pergi operation, vascular patient kau nak kena dressing jugak. Doktor CR minta KY jelly untuk buat PR examination, doktor team CR mintak kau repeat vital signs STAT sebab patient demam. Tak termasuk rutin harian kau kena bagi ubat, check vital signs, buat report and so on. 
So, kau kena bijak bahagi masa. Siapa kata kerja nurse mudah? Kalau kau tak bijak manage time, kau akan balik pukul 4-5 petang untuk settle kau punya kerja. 
Masih ada masa nak bawak pesakit pergi bersiar-siar di taman? 😂

** HPB - Hepatobiliary Team
CR - Colorectal team
UGI - Upper Gastrointestinal team 
BR - Breast Team
ECS - Endocrine Surgery Team
VAS - Vascular Team
ERCP - scope procedure
dressing - cuci luka
KY jelly - lubricant jel utuk buat PR examination, or letak dekat tube
PR examination - Per Rectal examnination which is procedure doktor masukkan jari dlm lubang najis untuk tengok ada darah/warna najis. Macam 
'seluk' time bersalin untuk check jalan dah berapa cm tu. yg tu panggil VE (Vagina examination)
SOB - susah nafas
STAT - segera
Tapi kau jangan risau, kalau kau kerja dalam suasana yang aman tanpa pressure daripada mana-mana pihak, dibantu oleh teammates yang baik, Insya- Allah semua benda akan mudah. 
Tapi, jangan lah pulak sebab benda-benda ni merundum pulak niat korang nak jadi nurse! Haha

Eh, aku dah merapu banyak ni. aku nak cerita pasal belajar, kan?
Eventhough korang dah tak dapat Bursary, kena belajar dengan pinjaman PTPTN dan tak dijamin kerja, Kolej Sains Kesihatan disini adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Kau akan belajar 3 tahun iaitu 6 semester. Setiap semester kau akan posting ke wad-wad yang tertentu, mengikut apa yang kau belajar semester tu. Lepas belajar, kau praktis di klinikal. So, kau akan nampak in the real life apa yang kau belajar. Lagi mudah kau nak ingat! 
Tak de lah dah tahun akhir baru masuk klinikal, then kau nak kena refresh balik apa yang kau belajar waktu semester 1 dulu. Adoi! 

Kalau korang cakap yuran semester mahal, tak de jaminan kerja then korang rasa tak brbaloi, aku no comment. Terpulang pada diri masing-masing. Apa niat kau, apa yang kau nak dalam hidup. 

Macam aku, aku dah ada aim selepas habis kontrak, kemana aku nak pergi, nak further study or cari pengalaman di tempat baru. Sama-sama kita nantika. Jeng..Jeng..Jeng..

Part paling best, gaji!
Mula-mula aku masuk kerja dulu,gaji aku
GAJI POKOK1,687.59  
ELAUN KHIDMAT AWAM160.00  
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN180.00  
BANTUAN SARA HIDUP300.00  
ELAUN KRITIKAL253.14

Then, ada  
BANTUAN UPAH JAHIT690.00 
dan elaun kasut, RM300 setahun. 
(tapi sekarang dah tak de, PPUM sediakan kasut 2 pasang setahun)
Gaji tak de lah banyak sangat, tapi Alhamdullillah cukup untuk budak yang baru bekerja di usia 21 tahun. 
* Kau kena ingat, time ni kawan-kawan kau masih belajar manakala kau dah kerja, tau!

Kenaikan tahunan, RM145 setahun. 
Bila gaji kau naik, automatik Elaun Kritikal naik. Sebab apa? Sebab elaun kritikal ni 15% daripada gaji. Untuk apa elaun kritikal ni?
Kita kan jururawat terdedah kepada penyakit bermain dengan darah, najis, air liur dan cecair lain daripada badan pesakit. Mudah terdedah kepada penyakit berjagkit seperti TB juga. 
Tapi itulah, baru-baru ni kan kecoh elaun kritikal akan diberhentikan. Aku harap elaun kritikal dikekalkan. Sebab kerja kita ni berisiko! 

Kalau korang masih rasa gaji murah dan tak berbaloi, korang kerja je la 2 tahun untuk ambil pengalaman, then fly ke Saudi, Brunei or Singapore. 
Boleh dapat gaji 10K-15K.
Nampaknya negara lain lagi menghargai Jururawat daripada negara sendiri, kan? 
Sabar je lah 😭

Aku rasa cukup lah kot buat kali ni. Aku sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi, aku tengah kerja malam ni. Ada admission pulak! Huhu

Ok, bye! 
See you next time 😊

Ulasan

  1. Hi, nak tanya adakah gaji nurse swasta sama dengan nurse kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sama. Swasta gaji berdasarkan pengalaman. Elaun pun x banyak macam nurse kerajaan

      Padam
  2. terbaik .. nak kenal la

    BalasPadam
  3. asalam kak kalau kita ambik ptptn , ptptn tanggung sekali ke dgn yuran asrama semua ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Alamakk, tau tau lahh. tak pernah ambik PTPTN. Mungkin boleh tanya senior yg lain? sorry

      Padam
  4. Akak until semua course ke dah takde jaminan kerja? Sebab saya dapat course radiography

    BalasPadam
    Balasan
    1. radiography lagi lahh dari zaman akak dulu budah satu batch tak dapat kerja PPUM. Diorang apply kerja kat luar

      Padam
  5. tq sharing akak. berapa cost belajar bidang nurse ni eh?

    BalasPadam
  6. Kak share la pengalaman semasa semester 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamakk.. nanti ada masa Insya-Allah akak share. Tapi tu la, dah lama sangat dekat 10 tahun. Takut dah lupa. hahaha

      Padam
    2. Pengalaman sikit jela aku tolong spill. Ko try bayangkan dik 1 batch ko disumpah selama ko amek diploma which is 3 tahun ko tidak dialu alukan langsung dalam sebijik dewan kuliah. Macam2 gurau manja ada. Kerusi self goyang. Berlari atas siling. Macam2 bau keluar. When I talk about sebijik yesss cume sebijik dewan kuliah je yang x terima batch ko. Dewan kuliah lain xde masalah. Dan bile bercakap tentang 1 batch ni memang exactly 1 batch je. Senior or junior xde hadap masalah sama. Betul2 dendam penunggu dean kuliah tu dengan batch owner blog ni. Nak tau lagi story nak tau ape sebab jadi gitu. Ko pakse owner blog ni buat full kronologi hahahah

      Padam
    3. P/S : mintak sedekahkan sekali al fatihah dekat allayarhamah

      Padam
  7. hai..best blog ni..anyhow..akak ade sediakan servis menulis jurnal atau mncari bahan kajian for nursing...for research..dh 8 thun akak menulis ..jika perlukn bantua kot nk cri jurnal ke tak tau bole wsp di sini akk bntu mudahkn.. 0166371460 / freelance writer....

    BalasPadam
  8. Macam mana nak apply nurse Bahagian HD ye kat brunei?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak senang guna agent. Melorita, firestar

      Padam
    2. Tapi Melorita ckp skrg Brunei x ada ambil nurse dri Malaysia skrg ni

      Padam
  9. Kerja berapa kali seminggu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta