Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Dpt skul!!!

Pnyer la payah aku nak cari sekolah... Pergi sekolah tu x ok, sekola ni, x ok. Smua sekolah x nak terima aku kenapa?? Payah betul la... Nak cari sekolah yang ada RC lagi... Kenapa la sekolah kat sg petani ni x banyak yang tawarkan matapelajaran RC?? And finally,ak dapat msok SMK SIK... Jauh aku merantau seorang diri. Sekolah Kluster Kecemerlangan Kategori Sekolah Berasrama Luar Bandar. Itu yang aku dpt tahu n Visi nya : Menjadi antara 5 sekolah Kluster terbaik di negeri Kedah.. Waw!! besar gak harapan sekolah ni. Aku dapat masuk sekolah kluster?? Biar betul??

wedding...

Aku ikut kawan merangkap sepupu sepapat aku g penang 4 menghadiri majlis perkahwinan belah2 dia la.. First time in my life ak tgk wedding yang grand gilew wat mlam2.. pakaian kebanyakan tetamu plak mcm nak menghadiri AJL jew? Hik3.. Tapi aku pakai baju biase jew arh.. Itupun atas ihsan org.. haha Sok lek umah!!! Rindunyew at umah!!! Da 2 minggu merantau bawa diri ke negeri org / ex-negeri aku... haha

sedih

Aku sedih sangat bila semua yang aku dapat, semua yang aku sayang dulu hilang sekelip mata. Hari yang merupakan hari yang paling memalukan dalam hidup aku... Aku tak pernah merasakan sesedih ini... Apabila dipinggirkan dan ditegur sesuka hati tampa permitan.. Tanpa tapisan... Aku menyedari diri ini hanya sendiri. Namun,perlukah aku diperlakukan sewenang-wenangnya?? Aku tidak menetap melebihi 3 hari dan mengapa ak seperti tidak dialu-alukan??? Ya Allah... Mengapa aku kini sering diberi ujian olehmu????

First time ak msuk cinema!!!!

Imej
                                                                                                                    Erm,ri ny ak p cinema nan kwn ak. First time in my life kowt?? Hak3.... ngok citew Narnia. Best!!! Tp ak x bpew paham cngat... Npew x paham?? Ye r,ini Narnia yang ke-3 sedangkan first n second Narnia bkn ak tngok un. Tue yang x bpew nan feel uwh.. Hik3... Mlew2 masuk pawagam,wndu plak kat my sis kat kedah uw. Yew r,dia nak cngat tgk citew ny. Beria2 dia ajak ak p cinema tat Village Mall tp ak tgk dlu kat cni... Cian diew. X pe2,t ak blik kedah ak citew kat dia. Hik3 Ny kalau mak tau ak p cinema ny, mampos!!! Yew r, mak ak uw x bpew sporting cngat. Dr dlu ak nan kakak ak tingin nak masuk pawagam. Tp nak tau apa yang mak ak ckap???   'Kalau hangpa dok tgk cita tu tiba2 pawagam tu runtuh macam mana? mati katak hampa tau dak? Kalau dgq ceramah agama ka,apa x pa la jgk. Mati dalam iman. Ni kalau mati kat tempat macam tu?? Dah la gelap2 macam tue'  Hak3... Itu jew

Kali Terakhir

Imej
Alhamdulillah,hari ini aku kembali lagi ke negeri bertuah ini. Negeri yang banyak menyimpan sejarah kehidupan aku. Di sini aku dilahirkan,disini aku membesar dan disini jualah aku mengenal erti kehidupan yang sebenarnya... Hari ini aku kembali bukan untuk menambahkan beban yang sedia ada,bukan untuk mengenang kisah lampau dan bukan juga untuk menambah luka di hati. Hari ini aku kembali untuk melihat bumi yang amat aku cintai,negeri yang amat aku sayangi dan tempat-tempat yang aku minati. Aku kembali juga untuk menemui rakan-rakan yang sentiasa segar dalam ingatanku ini. Aku tau,kehadiran aku amat tidak dialu-alukan oleh sesetengah pihak,namun siapa aku untun melawan takdir? Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Hanya aku mengharapkan kepada rakan-rakan yang masih menghargai diri ini untuk bertemu dengan aku buat seketika. Aku hanya ingin melepaskan rindu di hati dan setelah itu aku akan pergi... Pergi buat seketika. Kepada rakan-rakan yang sentiasa bertakhta di hati ini,aku memo

Dilema

Aku x tau la.... semakin hari,semakin sunyi,semakin sepi aku rasakan. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku... Walaupun mereka tidak menyatakan,aku dapat merasakan mereka seperti mahu menjauhiku. Aku tak tahu apa yang diorang tak puas hati dengan aku. Kalau aku ada lakukan apa-apa yang tidak menyenangkan meraka,aku bersedia untuk memohon 1001 kemaafan. Namun,jika mereka tidak memberitahuku apa yang mereka tidak suka pada diri ini,bagaimana untuk aku berubah? Daripada rapat,boleh jadi renggang. Entahlah... Adakah mereka tidak mengetahui bahawasanya aku sedang bersedih? Bersedih mengenangkan sikap mereka? Kawan ak ******** pula...aku rasakan semakin jauh daripada diri ini. ***** aku lihat semakin sosial. Mengapa? Aku seperti sudah tidak mendapat kepercayaannya lagi. ***** juga tidak mempedulikan kata-kataku lagi. Dia selalu menganggap kata-kataku sebagai satu gurauan. Sebaliknya? Aku sedang meluahkan isi hatiku... Aku sedang mengatakan ketidak puasan hati ak. M

fitnah

Imej
*** join diorang ke x?? kenapa *** dah berubah?? diorang dah x nak kawan ak ke?? kenapa buat ak macam ni?? ak jahat ngan korang ke?? apa salah ak??? ehem... :P ap yg ehem nye *****... asal la ad gmbr ak lak ni..wat mlu jew hai… scandal nmpk xad nye…cma kwan …KAWAN .. haha ohm… k r kalo kwn.. ko kne igt ko 2 da brpny tau igt 2 !! ingat wei… ha bgs la kalo igt.. ak ingat… cma ak tkot ad org yg ta tau ak dh berpnye.. or wat2 ta tau… haha ak phm * itu perbualan slm fb. dlm ruang chat pulak?? Ini semua ak dpt bila ak bkak fb ***. e2 pn naseb ak memang tau fb ***. Kawan rapat la katakan... Ak bkak fb dia sbb ak nak cari bukti. Memang ak x percaya dia 2lis smua komen tue.. Dan TUHAN menyebelahi diriku. Inilah apa yang aku jumpa... Tgok cpat ok x ayat ak Haha Bgs pny Pe nk blas nie Scandal nmpk Pas 2 Ap yg ak nak blas plak ni Asal la otk ak jem ni Ntah Ko pk la Ak pn blurr gak ni Ala Pa ea Jap pk Mti ak klo

sedih

Imej
kenapa diorg wat ak mcm ni?? aku tak tau apa yang aku dah lakukan sampai diorg wat somethng yang  menyakitkan hati ak. ak memng buat2 x tau. tapi sampai bila aku nak diamkan diri aja? mengapa perlu melukakan hati aku? kalau ada yang tak puas hati dengan aku,mengapa perlu berpakat menjatuhkan aku? mengapa perlu melibatkan semua pihak?? aku tak tau sama ada kawan yang ak anggap 'sahabat sejati' (mungkin) berada di pihak aku atau telah mengkhianati aku. nasib baik aku tak mengagkat dia sebagai 'sahabat sejati' aku lagi. kalau tidak,mesti aku bertambah sedih kan? aku cuba buat2 tak tau,aku cuba buat aku langsung tak ada masalah. aku tak nak merumitkan keadaan. mengapa perlu menyisihkan aku? mengapa tidak berterus terang dengan aku?? aku tau aku tak dapat menjadi kawan terbaik buat korang. at least ak dah try untuk menjadi yang lebih baik. maafkan aku sekiranya aku melukakan hati korang. apa2 pun,ak sayangkan korang. tanpa korang,siapalah aku. aku tidak dapat hidup dengn

Ditinggal

hari ini aku ditinggalkan keluarga... My family lek kg... And aku tak boleh ikot... sebab sabtu ni ada kem sains di teluk senangin. Hari ini juga last jumpa my sis, Along. Sebab lepas balik kampung Along terus mendaftar masuk U.So sad salam dengan Along tadi sebelum pergi sekolah. Along demam. Kenapa?? x berani nak tanya sebab rasa sebak sangat. Air mata ni murah je nak mengalir. Sepanjang perjalanan pergi sekolah, menangis. teringat kenangan bersama Along. Bukan tak pernah berpisah dengan Along. Dulu pun selalu berpisah sebab Along duduk asrama. Tapi kenapa perpisahan kali ini amat memilukan? Along,study hard,ok!!! Tahniah dapat masuk U. Belajar elok2...            Ditinggalkan berseorangan di rumah. So,ajak Adila temankan and tidur sama-sama...

Result

      Alhamdulillah keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun agak meningkat berbanding peperiksaan sebelum ini. Namun begitu, ada juga beberapa subjek yang keputusannya agak menurun. Namun begitu,harap-harap dapat ditingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Aku sedang berusaha untuk study dengan lebih tekun dan tidak main-main lagi. Aku harap aku boleh berjaya seperti rakan-rakan aku yang lain... Insya-Allah

Istimewa Buat sahabat

Imej
Persahabatan itu Mempunyai pengertian yang Terlalu suci. Justeru itu usahlah Di cemari kesuciannya Dengan sinaran kepalsuan. Sesungguhnya… Resipi untuk mengindahkan lagi Persahabatan ialah hiaskan ia Dengan…Kesetiaan,                Kejujuran dan                Keikhlasan hati. Sahabat, Terima kasih kerana menghargai Erti sebuah persahabatan suci. Terima kasih kerana membelai dan Menjaga hatiku dengan kejujuran Dan keikhlasan hatimu. Doaku, Semoga antara kita akan menjadi Insan yang Bertaqwa,Beriman Dan Berilmu Tinggi Serta dapat melalui liku-liku Kehidupan dengan Kuntum senyuman kebahagiaan. Harapanku agar perhubungan kita Yang terjalin erat Berkekalan dan tidak akan pudar Buat selamanya…

Debaran

          Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 2 minggu bercuti. Hari ini juga,debaran bermula. Mana tidaknya,result mid year exam dah start dapat!!! Ya Allah,gementarnya! Setakat ni baru dapat 1 A. Teruknya?? Itu pun langsung tak memuaskan hati. Mana tidaknya, 80% pun tak boleh nak capai. Kenapa teruk sangat?? Rasanya dah usaha,dah study separuh mati. Tapi itulah,mungkin masih tidak memadai dan selaluu study main2. Macam mana nak bagi kita tertarik untuk study buku pelajaran ye? Kalau novel tu,4 jam aja dah cukup untuk menghabiskan sebuah novel yang tebalnya kira-kira 500 muka surat. Kalau buku pelajaran? 5 minit pun dah mengantuk. Macam mana nak mengelakkan mengantuk semasa belajar? Bagaimana untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran?

Cerita duka

Setiap tahun aku tak pernah langsung lupa Hari Lahirnya. Pada aku, hari lahir merupakan hari yang paling istimewa. Tarikh yang mempunyai seribu satu makna dalam diri sesorang. Setiap tahun juga,ak tidak pernah lupa untuk wish birthday dia. Tapi tahun ini aku lupa. Kenapa? Sebab...pada aku,aku sudah mula melupakan dirinya dari dalam hidup ini.          Aku sering ingin melupakan dirinya. Seseorang yang amat istimewa di dalam hidup aku. Hampir setahun, barulah aku dapat melupakan dia sepenuhnya. Dan hari ini, dia muncul lagi. Mengimbau kembali nostalgia lama. Mungkin bukan niatnya untuk menyakiti diriku. Namun,diri,hati dan perasaan aku sukar untuk di sembunyikan. Aku boleh mengatakan tidak,namun siapa yang bisa membohongi hati dan perasaan ini?????

Bersiar-siar

Imej
Hari ini aku dan rakan-rakan berjalan-jalan di sekitar Lumut. Melepas rindu,mungkin.. Maklumlah hampir 2 minggu tidak bejumpa. Cuti sekolah kan?? Tapi x berapa best sebab tak ramai yang join. Kebanyakannya balik kampung. Walau bagaimanapun kepada Amalina,Jaslee,Syira,Nadwa,Amira and Fariz...Thanks coz menjayakan program ak. Meskipun x berapa meriah,ak happy sangat.             Tak sangka pula kita boleh berjalan ulang alik dari pangkalan TLDM ke Lumut,kan?? Agak jauh juga sebenarnya. Meskipun penat, that was the best day for me.

Kawan-kawan yang sporting!!!

Imej
 Waktu-waktu boring,inilah aktiviti kami.                              Bowling time!!!                                                               Then,kitorang lepak-lepak kat tepi pantai pula!!!

Kek Pisang

Imej
Aku try buat kek pisang tadi. Tengok resipi yang dapat time jom heboh tahun lepas. Malangnya, kek tak jadi!!! Lembik macam bengkang. Apa yang salah? Kenapa tak jadi? Ini yang melunturkan semangat untuk mencuba resipi baru ni!

Semenjak Ada Blog

Semenjak dah ada blog sendiri ni,dah malas nak buat apa dah. Yang tau, setiap masa nak mengadap laptop. Buat apa pun dah tak senang duduk. Asyik teringat dekat blog aja. Mungkin excited sebab ada blog sendiri... Tapi itulah,blog ni bukan ada apa pun. Sebenarnya, tak tau nak tulis apa.Selalu juga suka menjelajah blog orang lain. Wah, baru terasa betapa kerdilnya diri diri ini. Blog orang lain cantik-cantik. Blog kita??? haha...Apa-apa pun,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...Nak cantikkan blog tak tau macam mana nak buat. So,inilah jadinya.               Kadangkala terfikir juga, bagus ke blog  ni?? Bagus ke dunia siber bagi golongan muda seperti aku?? Maklumlah, kecil-kecil lagi sudah tahu melayari internet. Namun begitu,aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih belum pernah membuka laman web yang bukan-bukan atau laman web yang tidak patut dilihat oleh golongan remaja sepertiku. aku juga berharap agar tangan ini tidak gatal untuk mencubanya kerana aku mendapat t

My classmate

Imej
klz 2 Mawar 2008 3 Mawar 2009     

Night...

Imej
I’m still alive tonight I can feel my heart beating Emotions on the surface of my skin I can hear my breathing Wind upon those bedsheet sails Spirit broods over the deep I see an image of my Father And he bids me: “come and sleep” No one is sleeping down the hallway No one is here beside me now And the loneliness Like a fever Is hot upon my brow I know life is more than just a survival But that’s all that I can see I’m still alive tonigt And that’s good enough for me

Life...

Kehidupan adalah suatu perjuangan. Meniti perjalanan, Mengisi peristiwa dan melaksana impian. Tabahkan hati menghadapi perjuangan. Menamatkan perjalanan dengan selamat. Menerima setiap peristiwa yang berlaku. Impian pasti menjadi kenyataan. Inilah sebahagian erti kehidupan, Yang sebenarnya… smile always...  =)

Mengapa Dia??

              “Kenapa kau senyap aja?” Tanya Jazman pada suatu petang yang indah di sebuah taman yang indah berhampiran kolej kediamanku. Ketika itu, kami baru sahaja habis kelas Ekonomi.                “Apasal? Kau nak aku bising macam mana? Melalak? Menyanyi? Ops…aku tak pandai nyanyi lagu rancak. Lagu sedih-sedih yang boleh buat orang nangis aku pandai lah”balasku sambil ketawa.                  “Tak payahlah kau nak buat stupid lawak kat aku. Gelak pun tak ikhlas. Nampak sangat buat-buat” balas Jazman sambil mencebirkan bibirnya.                 “Ye ke? Wah,terror lah kau boleh tilik muka orang ikhlas ke tak. Kau belajar dari mana wey? Tak nak share-share dengan aku ke?” jawabku sambil ketawa.                 “Mysara!! Stop it!” Tegas Jazman dengan nada marah.                 “Kenapa kau ni? Nak marah-marah pulak. Releks ar bro. Tak macho ar marah-marah macam ni”                  “Jangan buat –buat tak tau pulak. Yes, aku mengaku aku baru rapat dengan kau tiga bulan. D

Alhamdulillah

Setelah sekian lama aku mengharap untuk mempunyai blog sendiri... Hari ini impian aku tercapai sudah... Dan segalanya bermula di sini... aku tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan mengenai bloggers. Hanya mencuba,dan akhirnya impianku tercapai jua...                       Buah cempedak di luar pagar,                       ambil galah tolong jolokkan;                       saya budak baru belajar,                       kalau salah,tolong tunjukkan... Sekian,smile always... =)