Istimewa Buat sahabat

Persahabatan itu

Mempunyai pengertian yang
Terlalu suci.
Justeru itu usahlah
Di cemari kesuciannya
Dengan sinaran kepalsuan.

Sesungguhnya…
Resipi untuk mengindahkan lagi
Persahabatan ialah hiaskan ia
Dengan…Kesetiaan,
               Kejujuran dan
               Keikhlasan hati.

Sahabat,
Terima kasih kerana menghargai
Erti sebuah persahabatan suci.
Terima kasih kerana membelai dan
Menjaga hatiku dengan kejujuran
Dan keikhlasan hatimu.

Doaku,
Semoga antara kita akan menjadi
Insan yang Bertaqwa,Beriman
Dan Berilmu Tinggi
Serta dapat melalui liku-liku
Kehidupan dengan
Kuntum senyuman kebahagiaan.
Harapanku agar perhubungan kita
Yang terjalin erat
Berkekalan dan tidak akan pudar
Buat selamanya…


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta