Semenjak Ada Blog

Semenjak dah ada blog sendiri ni,dah malas nak buat apa dah. Yang tau, setiap masa nak mengadap laptop. Buat apa pun dah tak senang duduk. Asyik teringat dekat blog aja. Mungkin excited sebab ada blog sendiri... Tapi itulah,blog ni bukan ada apa pun. Sebenarnya, tak tau nak tulis apa.Selalu juga suka menjelajah blog orang lain. Wah, baru terasa betapa kerdilnya diri diri ini. Blog orang lain cantik-cantik. Blog kita??? haha...Apa-apa pun,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...Nak cantikkan blog tak tau macam mana nak buat. So,inilah jadinya.
              Kadangkala terfikir juga, bagus ke blog  ni?? Bagus ke dunia siber bagi golongan muda seperti aku?? Maklumlah, kecil-kecil lagi sudah tahu melayari internet. Namun begitu,aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih belum pernah membuka laman web yang bukan-bukan atau laman web yang tidak patut dilihat oleh golongan remaja sepertiku. aku juga berharap agar tangan ini tidak gatal untuk mencubanya kerana aku mendapat tahu sekali kita melihat,kita akn ketagih untuk melihatnya lagi. Benarkah? Itu tidak dapat aku pastikan lagi.
             Aku tahu,di usia yang begitu mentah,aku tidak perlu mempunyai semua ini. Maksudku,blog sendiri. Namun begitu, mungkin kerana sifat aku yang ingin mencuba dan puas apabila melakukan sesuatu mendorong aku untuk mempunyai blog sendiri. Selain itu, aku memang suka meluahkan perasaan dalam bentuk tulisan seperti kata mak aku, aku ny jenis yang suka meluahkan perasaan dalam buku. Tengok muka cool aje. Dalam hati, ya Allah!!! Rasa nak meletup rasanya. Apabila dapat menulis untuk meluahkan perasaan,barulah tenang sikit. Lagipun,aku tak tahu di mana untuk meluahkan perasaan sekiranya ingin mengadu. Mak,cikgu, atau rakan-rakan?? Boleh percaya ke? Boleh ke diorang simpan rahsia? So,why not aku luahkan kat sini?
             Faktor sekeliling yang mendorong aku untuk terus melayari internet. Aku mula diperkenalkan dengan ruang sembang seperti Facebook,Myspace,Friendster dan sebagainya daripada rakan-rakan. Apabila aku mengetahui mereka sering menggunakan web2 ini untuk berborak dan sebagainya, aku terfikir untuk mencubanya. Apatah lagi apabila hampir kesemua rakan-rakan aku suka melayari web2 ini. Jika aku bukanlah salah seorang daripadanya,pastilah aku  akan berasa ketinggalan zaman. Betul tak??
            Aku akui perkhidmatan web seperti ini membolehkan kita semua mencari rakan-rakan baru atau bertemu kembali rakan-rakan lama. Alhamdulillah, dengan  adanya web2 seperti ini,saya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang dah 'lost contact'. Masalahnya sekarang, aku sering melayari internet hingga alpa dengan persekitaran. Jadual harianku juga turut berubah. Apabila hari persekolahan, aku akan ke sekolah. Balik daripada sekolah,tidur sudah semestinya!!! Melainkan jika ada homework yang bertimbun. Malamnya pula aku akan membuat kerja rumah. Pukul 10?? "Ish,dah lambat ni. Kejap lagi nak tunggu connected lambat pulak. Kerja sekolah tak siap lagi ni.Macam mana? Ah,kejap lagilah sambung. Layan Facebook dulu.hehe... Kalau susah-susah sangat,tiru aja sapa-sapa yang siap besok" itulah dialog yang sering aku ucapkan pada malam hari. Itupun kalau aku cepat offline. Kalu tak,sampai larut malamlah jawabnya. Kerja rumah pula, malas nak buat.
             Itu pada hari persekolahan. Hari ini,dah masuk 6 hari cuti sekolah. Buku sekolah tak buka pun. Bukan setakat buka,sentuh pun tak pernah. Kenapa? Malas... "Dah cuti,cutilah..." itulah yang sering aku fikirkan. Bukan tak ada niat untuk study, tapi tahap kemalasan yang amat tinggi menghalang niat itu. Tengoklah sekarang, dah pukul 12.35 am. Tak tidur-tidur kagi. Kenapa? Kalau study kan lebih elok? Semalam hampir pukul 3 pagi aku tidur. Kelmarin dulu pula aku tidur pada pukul 2.45 am. Bukan tiada kesedaran dalam diri. Tapi,entahlah...
                Aku tahu semuanya bermula dengan diri aku sendiri. Aku ingin berubah. Terlalu mengimpikannya. Namun begitu,sikap yang menghalang. Aku tahu tiada yang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang cuba untuk mengubah diri kita sendiri. Insya-Allah, meskipun aku tidak boleh menjadi yang terbaik, aku amat berharap untuk menjadi lebih baik daripada sekarang.
               Kepada rakan-rakan, " Doakan aku. Bimbinglah aku andainya aku tersesat. Tegurlah aku andainya aku melampau dan kritiklah aku sekiranya perlu"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta