Ahad, 31 Julai 2011

Picnic!!

Hallo…
Dengan bangganya, hari ny aku na ctew yg ak g picnic nan kwan2 ak!!!
Actually, aku tak pernah terfikir akan bersama mereka di Teluk Batik!!!..hak3
Gaya macam tak pernah pergi TB jew.. Mang r selalu pergi, tapi bila kita pergi dengan kawan-kawan, rasanya lain sangat, kan??
Aku happy sangat…huhu

Actually kami nak buat jamuan semalam. Last jamuan sempena nak puasa ny la..hak3
Mang dak2 kelas kami kuat makan pun. Setiap hari mesti ada aja yang bawak makanan.
So, kerja kami melantak jew.. Then, terfikir pulak nak pergi picnic. Lagipun, kami tak pernah lagi mandi laut sama-sama.
Tapi kami tak ajak pun budak lelaki join sebab depa akan menyebuk jew..hak3..
X de arh.. mang la best kalo dak laki yang gila-gila kelas aku uw ikut. Tapi, masalahnyew susah nak mandi kalau depa ada.. Malu r naik dari laut baju melekat kat badan.. Free-free jew depa tengok..huhu
So, lebih baik diorang tak ada daripada diorang ada.
Lepas habis kelas tambahan Biology dalam pukul 10a.m tu, kami pun pergi la TB..
Sebelum tu aku dengan kawan aku Amira pergi beli makanan kat pasar…
Tempahannya punya la banyak.. Lenguh habis tangan pegang sume uw…
Da r naik moto, bawak banyak barang, bekakalan makanan lagi. Cuba la bayang?? Ish3…

Then, kami pun memulakan operasi mandi bersama-sama seperti kanak-kanak riang yang tak pernah jumpa laut…hak3
Mang best sangat… Tak pernah lagi aku mandi laut dengan kawan-kawan.
Kami pun rancang nak naik banana boat. Tapi 2 orang lagi kawan aku tak bawak baju mandi. Makanya, diorang tak leh join naik banana boat coz mesti la basah nanti…
So, diorang nak naik boat pusing-pusing TB
Mulanya kami nak naik boat dengan company sorang adik tu. Lepas bincang, dia boleh bagi kami harga seorang RM3 untuk naik boat, RM3 naik banana boat. Mean that, nak naik kedua-duanya RM6 seorang…
Tiba-tiba ada seorang abang ny dating Tanya kami nak naik banana boat ke. Kami kata boleh la… Tapi dia bagi tawaran RM4 setiap seorang untuk satu permainan.
So, lebih baik kitowang ambik tawaran yang first tadi. Malangnya, terjadi pergaduhan di situ. Kedua-duanya inginkan kami. Dan kami semua tersepit di tengah-tengah..
Geram jugak dengar statement abang uw. Nak bakar boat bos adik tu la, apa la. Pening betul..
So, kitowang un balik semuala ke tempat kami berteduh. Biarkan depa bergaduh puas-puas dulu.

Lepas puas kami mandi, kitowang un pergi balik tempat tu, setuju nak naik dengan abang uw. Daripada diowang gaduh. Lebih baik kami mengalah. Tapi, duit kitowang r yang habis. Rugi-rugi..
Geram betul!!!!!
Buat rugi duit je. Mang tempat buang duit betul la kat situ..
Tapi taka pa lah, bukannya selalu pun… Buat-buat lupa jew. Lagi diingat, lagi sakit hati.

Orait, biar aku citew pengalaman naik banana boat.
Memang aku teruja sangat naik banana boat. Ye la, selama ny aku tak pernah naik pun. Orang kata mahal. Lagi pun, tak ada yang suka adventure macam aku.
Aku tak tau la kenapa aku suka sangat buat aktiviti lasak. Maybe aku dah terikut-ikut ayah aku kot. Ye la, ayah aku kan PASKAL. So, ayah aku ny memang lasak la. Selalu masuk hutan, menyelam, payung terjun. Aku pun dah terikut-ikut.. Ayah aku pun selalu bawak aku masuk hutan kalau ayah aku kena jadi jurulatih untuk “Jati Diri” atau apa-apa lah.. Dalam family aku, memang aku dengan adik lelaki bawah aku tu je yang tahan lasak. Sebab tu la ayah aku selalu bawak kami masuk hutan. Kalau bawak kakak or mak aku sekali, confirm diorang merungut. X selesa lah, gatal la, banyak nyamuk la.
Aku pernah masuk hutan kat Pangkor dengan ayah aku, Jungle Tracking seberang bukit, masak nasi dalam tempurung kelapa dan masak ikan dalam buluh. Best sangat.. Pertma kalinya aku berada di tempat yang begitu cantik. Cuba bayangkan bila korang berkemah tepi laut, belakangnya air terjun??
Betul!!! Aku boleh pilih sama ada nak main air terjun atau main air laut. Aku tak pernah tau pun selama ny ada keadaan yang macam tu.
Ok, stop pasal pengembaraan aku dengan ayah aku. Berbalik pada cerita kita tadi, picnic. Hehe…

Time naik tu, mang best la. Boat tu bawak laju.. Air memercik-mercik kena muka kami.
Sampai aku dah tak boleh bukak mata… Nak sapu muka pun tak boleh. Ye la, kena pegang tali kuat-kuat. Boat dah la laju. Kalau lepas tali jatuh la pulak..
Jauh jugak diorang bawak kami ke tengah laut. Mungkin dia geram kowt… Kitowang an banyak songeh ckit..huk3
Bila dah sampai tepi tu, dia cuba terbalikkan banana boat. Aku tak sangka la pulak dia nak bagi jatuh. Aku kan pegang kuat-kuat?? Hak3
Bila aku bukak-bukak je mata, tinggal aku dengan Nabila je kat atas boat. Yang lain dah jatuh..haha
Aku tak sangka la pulak. Rasa macam tak kuat jew. Ingatkan kuat sangat force dia yang membuatkan semua orang jatuh..
Menyesal la jugak tak jatuh. Ye la, tak dapat nak rasa nikmat jatuh dalam air..haha
Tapi nak buat macam mana?? Memang dah nasib aku tak jatuh..huk3

Then, kami naik boat pusing-pusing TB pulak.. Aku ingatkan dia nak jalan sampai Marina. Rupa-rupanya jalan yang sama dengan banana boat tu aja.. Rugi betul rasanya…
Dah la duit habis, tak puas hati pulak tu..
Taka pa la, jadikan apa yang berlaku hari ny sebagai pengajaran…

1) Berfikir sebelum bertindak
2) Sabar itu separuh daripada iman
3) Pasti ada kedukaan dalam setiap kegembiraan
4) Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang…


What ever it is, aku asew happy sangat.. Aku harap boleh datang lagi dengan lebih ramai kawan-kawan aku.. Lebih ramai lebih meriah, kan????
Orait, jom tengok gambar-gambar ny and hope korang merasakan kegembiraan yang kami rasa…


Ini la Teluk Batik...

Diela and Miena...











Khamis, 28 Julai 2011

YES!!!

Ini pic aku nan kwan2 ak... Comel kan?? huhu
" you're smart, but you're very lazy "
Ye kew aku ny smart tapi aku ada penyakit LAZY??
ye la kowt??
Aku mang malaz sngat2 lar..

Aku un tak tau mcam mana aku ley dapat penyakit ny...
Truk btowl la??Kalau nak kata tak ada motivasi, aku rasa aku dah selalu kena kaunseling sampai sakit dah telinga ny nak dengar... Asyik ulang benda yang sama jew.
Tapi kenapa masih tak berubah lagi??

Aku malas sangat2 la..aku pun tak tau kenapa.
Yang aku tau, dunia aku bantal dan tilam je.
Dah tak ada benda lain yang penting...

Okey, ary nyh aku na ctew yang aku dapat masuk kelas MUTIARA MAWAR...hak3
Lawak tak dengar nama kelas ny??
Aku un pelik nama diew...
Kononnyew kelaz ny untuk dak pandai.. Kirew dak2 harapan sekolah lew..
MAWAR tu kelas first kat sekolah..
MUTIARA tu pulak sebab Pengetua nak kami bersinar bagaikan mutiara di dalam timbunan pasir...
Lbey kuwang cam uw r...

Macam mana aku diterima masuk kelas ny??
Ntah?? Mang nasib aku kowt?? Yew r, dak malaz cam aku masuk klas first?? huk3
Mang tenggelam la kau dalam pasir..huhu

Actually, dalam kelas aku dapat no 6...x de la pndai sangat,kan???
Dlam tingkatan pulak aku dapat no.13
Tau tak?? Bdak2 pandai kelas aku semua lelaki... Mang pertama kali dalam sejarah la.
Tahun lepas, no 1-4 dimonopoli oleh kaum Adam.
Bila sorang uw da pindah, thun ny no. 1-3 tetap dimonopoli oleh kaum ini...
Tahun lepas aku selalu dapat no.5
Bila kwan ak Nabila Najwa a.k.a BULAT (hak3) msuk klaz kami, aku dah jatuh no. 6...
Tahun ny pulak aku tetap dapat no.6 periksa tengah tahun.
No.1-3 confirm r dak3 uw..
Tapi no.4 & no.5 dak pompuan... kawan aku uw...
Adoiyai, macam mana diowang ley naik secara mendadak ny??
Pandai nyew??
Tapi, aku tak kisah un...
Aku an mang tak kisah?? huhu

Bila aku bagi tau mak aku, mak aku ckap:
"Tak apa la, angah. Ok la tu. Usaha lagi. Diorang tu p tuisyen. Hang blajaq sendiri boleh dpat no.6 ok la tu. Lagipin hang masuk sekolah tu bulan 3. Kan hang kata banyak yang depa dah blajaq, hang tak blajaq lg"
Adus.. Best gilew dapat mak macam ny.. Sjak blew lak mak aku sporting ny??
x sangka btowl..huk3
Tp, btowl gak apa yang mak aku ckap uw. Time aku masuk sekolah ny bulan 3 hr tu, depa dah banyak belajar. Ye la, main lompat2 gitu..huk3
Aku kat SMK Sik pulak blajar ikut chapter... So, banyak la yang depa dah belajar, aku tak belajar lagi.
Masuk exam pulak tu.. Mang tension r

Tapi, aku dengan bangganya nak bg tau yang aku dah pandai sikit-sikit buat matrixs..huhu
Jgn r gelak..mang r bagi korang chapter tu senang.
Bagi aku yang belajar sendiri ny susah la...
Tapi aku dah berguru sikit-sikit nan Farah. Thanks God, exam 2Q2 ny aku dapat jwab soalan matrix!!! Sukanya..huhu

Eh, apa yang aku merepek ny??
Bukan nak citew pasal Mutiara Mawar kew??huhu
Yang penting, lepas ny banyak la ahli-ahli baru dalam kelas aku....
Aku perlulah bergaul mesra dengan Pelajar-pelajar harapan Straight A agar badi malas aku ny hilang..haha
K r, kawan-kawan. Sampai sini du;u aku punya story. T ak ctew g keyh??
Thanks 4 read.. Bye3

Selasa, 26 Julai 2011

exam

Hurm, na ctew pew eyh?? Ak x tau lewh na 2lis pew...
Sjak kbelakangan nyh, ak da kekeringan idea...
G un ak da jarang sgat dpt pgang broadband..

Na ctew nyh, aku baru jew lpaz exam. Huh, susah gak walaupun 2Q2 test jew, susah gak la...
Lagi2 add math... mang aku x paham towl soalan diewh...
"Ish, mang nak knew Ciku Amir nyh.. Bagi soalan susah-susah"

Kimia plak mang aku tak bacew bab tu.. Kalau aku tau, confirm aku baca Oxidation and Reduction jew.
Uat susah-susah jew aku hafal alkane, alkene, alcohol...
Malang towl nasib aku an???

Sejarah pun aku tak baca.. Ingatkan exam lpaz rehat.
Tup-tup, exam sebelum rehat. Mati la kau... Buku tak baca lagi..
Baru plan nak baca time rehat...
Mang malang towl r....

K r, mzty korang boring bacew ebtry kali ny.
Sebelum korang tertidur dpat lappy, bek ak out dlu...
Bye2

Ahad, 24 Julai 2011

shopping time!!!

Hye guys.. Ri ny ak na ctew prjalanan ak g KL..
 
Pagi tadi aku bangun lewat!!! Alamak!!!! Macam mana ny?? Confirm ckgu marah...
Nasib baik la kwan ak Syira a.k.a Kechil call ak..
" Woi, bila kau nak sampai ny?? Orang dah naik bas dah.."
"What?? Alamak.. Aku baru bangun tidur.. Macam mana ny?? Semua dah ada dah?? Cikgu ada??"
"Orang dah nak bertolak dah wey . Tunggu kau je!!"

"Ckgu, sorry3..."
"Awat sorry2 ny, awak kat mana??"
:Saya baru nak mandi ny ckgu.. Terlewat bangun"
"Ish, dia ny. kan ckgu dah pesan suruh mai awal. Ckgu bagi awak masa 5 minit ja. Lambat, ckgu tingal"
"Ok, cikgu. Tunggu kejap!!"

Aku pun bergegas mandi dan pakai baju. Aku niat nak bangun awal sterika baju. Tapi dah lambat, memang aku sarung je la.
Terus aku lari pergi sekolah.. Adoiy, macam mana la aku boleh terlewat bangun??
Dah naik bas tu, memang kena perli saja la.
"Ish, awak ny. Tidak bas jalan dah... Dok tunggu awak la.."
Warh, sedihnyew.. Tapi aku uat muka toya jew..hak3

Time makan pagi tu, ckgu Dariahty datang kat meja aku..
" Hah, ny la budak lambat tu.. Penat tau cikgu tunggu. Nasib baik ckgu sayang awak.."
Haha.. x dew la aku terasa sangat.. Owh, rupa-rupanya ckgu sayang aku..hehe
Nsib baik lawatan ny ckgu dariahty yang uat. Kalau ckgu lain, mang mati la aku knew membebel...

Ok, ktowang sampai KL dlam pkul 11.30 am. G Muzium Negara...
Ktowang dok sanew sampai 12.30...

Ini gambar kawan ak.. Dlam muzium.. Ak x minat la bergambar...
Then kitowang g shopping plak at SOGO, Jalan TAR n sewaktu dengannya...
Cikgu suh balik bas kowl 4 ptg. So, ktowang un jalan la..
Geram betul tgk baran-barang yang cantik-cantik and murah-murah belaka...
Shopping tak ingat dunia la kami..
Berjalan sampai lenguh kaki.. Makan un tak ingat..hehe

Ini lar antara barang yang aku beli...
Aku ingat nak beli baju and kasut raya.. Tapi dah penat sangat berjalan, aku pun membatalkanlah niat tersebut...
Sampai umah pukul 9 malam...
Aku pun try la pakai baju and selendang yang aku baru beli ny..
Ye la, selama ny aku mang x pernah pakai selendang...
So, aku nak try la...

So, ok x aku pakai selendang?? Aku bukan reti pun.. Main belit-belit je..haha
Sesuai x dgn muka aku ey??

Sabtu, 23 Julai 2011

present again

Hye kawan2..
hari ny aku nak story yg ak dpat hadiah lagi..hehe
Bestnyew kalo idop hari-hari macam ny, hari-hari dapat hadiah..hehe
Hadiah apa?? Malaz la nak ckap.. Nanti kata riak pulak..haha
Kome bacew sndiri jew larh ya??? hehe...

Ini sampul diew... Dalam uw ada RM 20.
Ckgu ny mamg mcm tau-tau je aku memerlukan duit kan??/

harh, ini lar bentuk hadiahnyew...

Nak tau apa dalam diew?? Jap2 aku download...


Ini larh hadiah yg paling 'best' skalie...
Huh, mang nak mati rasanya blew aku bukak hadiah ny..
Ckgu ny bukannya x tau.
Ak ny da r malas na bacew buku. Inikan pulak nak buat latihan..
Buku-buku latihan yang aku beli tahun lepas pun aku tak pernah buat lagi..
Sekali tengok macam baru beli semalam jew.
Teruknya aku ny, kan??
 Dah la Isnin ny aku exam. 5 subjek satu hari pulak tu..
Tak baca buku lagi. Esok nak pergi berpoya-poya kat KL.
Bilew lar kamu nak insaf EIRA???

Khamis, 21 Julai 2011

Skor 'A' Chemistry..

Assalamualaikum...
Hye guys.. Warh, mang da lama glew erk ak x post at cni??
Sorry la yew?? Ak buzy ckit lately ny.
Ini pun aku sedang mencuri peluang untuk bersama korang.

Ok la, hari ny aku nak kongsikan bersama ngan korang, ak g Bengkel Skor 'A' Chemistry
kat SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan.
Ok, best jugak la bengkel ny sebab ak dpt byk tips2 yang berguna..
( Walaupun aku banyak mengelamun jew...hehe..)
Tp, yg palig best nyew, ak x bsing hari ny..haha
Ye la, kawan-kawan aku suka kata aku bising dalam kelas. Banyak cakap la, apa la.
Tapi kan, aku rasa aku bercakap bila ada orang cakap nan aku jew.
Ye la, x kan aku cakap sorang-sorang kowt?? Mang x btowl r uw an?? hak3

Mang best r dapat luangkan masa bersama rakan-rakan... Ye la, selama ny asyik study jew kan??
( Sebenarnya, kawan-kawan aku yang study.. aku relaks jew..huhu )
Sebenarnyew skola kami diberi perhatian.. Almaklumlah, CikChem kami yang arranged program ny..
So, ktowang sbagai student diew mesti r bangga an?? huhu...

Thankz a lot and tahniah kepada guru2 kimia Daerah Manjung, especially Cik Chem ak...hehe
Baiklah, disini aku nak kongsikan bersama beberapa gambar kitowang..



Ini g Chemistry kew Physics??
Siap uat Flaming Right Hand Rule lg..
 

Inilah dak laki klaz kami...
 

Ini ktowang time dlam Dewan..
  
Ok lah, ak asew sampai cni dlu catatan aku uat ary ny.. T adew mase ak story g keyh???


Isnin, 18 Julai 2011

Present

Slamz sume…
Eh3…cukup3. Jgn r serbu aku cam uw… Ak tau r ak glamour….haha (perasan sikit)
Ok, aku admit.. Mang ak salah pn coz lama da x post kat cni...
Smpai kwan ak pn tanya..
"Wey, kenapa kau dah x update blog kau?? Boring betul la, setiap kali aku bukak, x ada cerita baru pun"
Actually aku dah lama x pegang broadband larh...x dew masa.
Ok, skunk aku nak ctew pasal HADIAH.

Sebenanyew untk birthday aku la... Walaupun dah lama lepas kan?? Ak nak ctew gak
Macam ny, aku ny bukanlah seorang yang disayangi umum pun..
Ye la, aku tau. Untuk merasakan diri disayangi, kita kenalah menyayangi dulu,kan??
Tapi nak buat macam mana?? Kes aku sekarang ny, aku dah sayang orang, tapi orang tak sayang aku..haha
Mengadu lah pulak.. Biarlah. Perasaan ny bukanlah boleh dipaksa.
Ekoran daripada x ramai yang sayang aku, maka x banyak lah hadiah yang aku terima time birthday aku..
Just kawan2 yang masih mengingati diriku ini jew yang bagi hadiah kat aku..
Lagipun, birthday aku tahun ny mang ramai yg x ingat.. Ye la, birthday ak 2 hr selepas aku masuk sekolah ny balik. Kawan2 ak sure da x ingat, kan?? Kawan2 kat SMK SIK jew ingat birthday aku.. Siap buat jamuan and beli kek lagi.. Diorang tunggu aku tapi aku x datang pun.. Kesian depa.. Jahatkan ak ny??
Pindah x bg tau depa pun... Apa?? Kenapa?? Nanti la ak ctew pasal tu.. Skunk ny ak nak ctew pasal "hadiah" dulu, keyh?? Ala, janganlah marah. T ak ctew la.. Adoiyai!!!

Ok la, aku bukannya nak hadiah pun. Ye la, takat bagi hadiah tapi x ikhlas nak buat apa, kan??
Cukuplah bagiku sekiranya mereka ini mengingati tarikh yang bersejarah dalam hidupku ini...
Ak pun x pernah bagi hadiah kat orang, memang padanlah dengan muka aku ny pun kan??
Ye la, ak ny kan "kedek" siket.. Bukan kedekut keyh.. Berjimat cermat..

Cakap pasal hadiah, banyak jugaklah hadiah yang aku dapat. (Walaupun sebenarnya x banyak)
Org first yang wish birthday aku pun, kwn Sekolah Sik ak, Husna Asnieda. Diikuti teman2 yg lain seperti Kechik ( Syaheera), Mun (Sharifah Munawwarah) ,Alissa, My Sis n Fawwaz..sapew g erk?? E2 jew kowt yg ingat birthday ak.. Lantaklah. Tau x?? Malam tu jugak Fawwaz nyanyi lagu Happy Birthday kat aku.. So sweet.. Sukanya...haha. Keesokan harinya, My Lovely Mummy and Daddy pulak msj and wish birthday aku... Ok la kan, ada jgak yg ingat wlaupun ramai yg lupa..

Ckap pasal hadiah, minggu tu jgak Amalina bg ak hadiah.. Dia bagi aku buku yang comel tu... Actually aku tak sangka langsung dia nak bagi aku hadiah. Tapi an, mang dah banyak sangat la hadiah dia bagi kat aku. Tahun lepas pun sama.. Aku je x pernah bagi apa-apa kat dia. Rasa segan la jugak... Nanti la aku tangkap gambar and tunjuk kat korang, k?? Sebenarnya aku dah tangkap dah... Tapi aku simpan kat mana ntah gambar tu..huhu. Ok, kpd Miena Es POOH yg slalu gak usya blog ak ny, thankz a lot keyh???

Inilah CikChem sekolah aku...
Then, Cikgu aku, Puan Rutiffah a.k.a CikChem yg amat kami kasihi, bagi aku mug. Dlam uw ada gula2... Comel sgt. Tq yew cikgu...CikChem ny pun mang x pernah lupa birthday kitowang, anak didiknya. So, setiap tahun kitowang uat Suprise Birthday Party at CikChem... Mang CikChem bertuah dpt anak didik macam kitowang, an?? (perasan sudah..haha) Tp, kami lagi bertuah mendapat guru yang berdedikiasi seperti CikChem... x pernah lupakan kami walau ke mana sekalipun beliau pergi... Juga Guru Cemerlang Chemistry... Jgn main2 korank nan Cik Chem..huhu

Then, aku dapat pew g eyh?? Haa..baru2 ny kawan ak Syafiah bg hadiah sempena Birthday aku larh... Apa lagi?? Mang aku tak mengharap sangat pun... Tapi dah dia bagi, aku ambk jew arh, an?? Ak mang x sangka glew r dpt bju..huhu...
Baju yg sbelah kanan uw. Dlm kotak sebelah kiri..
Dah la bu dlm kotak uw..maunya ak x percaya?? hehe... Kotak diew un cantek...
X pernah2 owg bg ak hadiah cam ny..
Tq so much yew Fiya???


Herm, then kan aku muntak hadia kat cikgu aku.. Cikgu Dariahty. x malu betul kan?? haha..
Sebenanyew aku mang da kamcing glew da nan cikgu ny.. mang sporting abis r
ctew diew cam ny.. Ri uw ak x dtg skola coz ak balik SP...
Kbetulan lak, hari uw ada hari koperasi. Cikgu msj ak suh dtg awal ambik teks coz cikgu na suh ak baca perutusan.. Then ak kata la x boley coz ak lek SP... Cikgu pun kata x apa, ok la.
Alkisahnya bila ada cabutan bertuah, nama aku disebut. Tp hadiah uw dpt at owg lain r coz ak x dtg... Mang aku frust glew r. Da r ak ny x pernah nyew na bertuah, bila da bertuah x dpt hadiah plak. Adoiyai...
Isnin tu bila ak g skola, mang ak na merajuk r nan ckgu... Yew r, aku x dtg sekolah ada sebab. Cikgu pun tau sebab apa. kenapa x simpan jew hadiah uw at ak?? (x puas aty niyh). Kebetulan pulak cikgu bawak kek.. Bg sorang satu makan. Ak un x mau ambik... ( kononnye merajuk la tu )
Mula2 ckgu uat bodo jew.. Ckgu bagi hadiah at pengawas koperasi. saguhati tolong ckgu hari koperasi hari yang aku x dtg tu la.. Then, ak tgk buku nota yg depa dpt tu comel la pulak. Aku pun mintak la kat cikgu...
Cikgu kata " Mana boleh. Awk x dtg, mana boleh bagi"
Adoiy, lagi la frust aku. Pas uw aku un uat2 merajuk nan ckgu... Ak ckap r ak x mau masuk koperasi dah.. haha.. Ckgu un melayan jew kerenah ak ny. Ckgu pujuk ak, bagi hadiah saguhati uw. Siap peluk aku lagi, suh pilih nak warna apa.. mang aku terharu habis la.. Niat aku nak melawak jew. x sangka la pulak cikgu pujuk ak sampai peluk2..hehe
Cikgu bagi ak 2 potong kek..mang best la... Ak syg sgt Cikgu Dariahty...

Hari rabu tu, aku masuk koperasi bertugas seperti biasa. Then, cikgu panggil aku masuk bilik dia, suh tolong bungkuskan hadiah untuk pemenang minggu sains.. Aku pun tolong la. Bila dah habis time rehat tu, cikgu ambik something dalam beg dia. Jeng...Jeng....Jeng...
Ala, bukan apa pun. Cikgu bawak keluar seberkas pen..haha.. Cuak ey kowang??
Then, cikgu ckap " Nah ny, cikgu bagi kat kamu. Hari tu merajuk-merajuk sangat"
Warh, aku tak sangka la pulak... Aku main2 jew hari uw.. cikgu ambik serius pulak...
"Eh, x payah la cikgu.. Saya gurau-gurau je hari tu"
Cikgu aku cakap, x pe ambik je. Cikgu ikhlas bagi.
Herm, aku x tau la hadiah uw sebab pew. Cikgu mang guna duit cikgu beli hadiah tu ke?? Menyusahkan cikgu je.. 
"Saya main-main je lah hari tu, cikgu...."


Ini la cikgu aku.. comel, kan???



Isnin, 11 Julai 2011

Makan

Hye kawan2..hehe. Hari ny baru lah ak bersemangat nak ctew ckit sbb hari ny ak da rajin ckit. Da insaf la katakan..haha
Disebabkan lapar yang amat sangat, aku pun merajinkan diri turun ke kedai dan beli mee kuning.
Aku masak maggi yang dicampur dengan mee. Macam mana tu?? x tau ke??
Resipi ny pun memang aku reka sendiri jew. Tapi sadap!!! Tak percaya try la buat...


Ini la mee special ak.. DIhidangkan bersama air susu

Ok,paham ke x ny?? Nampak tak maggi dalam mee tu?? Ala.yang kecil sikit saiznya tu. x nampak?? Ada la... Herm, kalau x nampak jgak, cepat2 lew prgi kdai crmin mata check..haha
Ramuan dia sama je dengan mee goreng. Just tambah maggi je. So, mee ny ada kuah la. Tp yg ny ak uat kering ckit. Slalunya memang banyak kuah la...

Aku makan semua tu?? Eh, x la.. aku makan ckit jew. Yg lain tu aku simpan nak bagi mak cik aku rasa.. Mak cik aku balik hari ny. Kalau makcik aku x balik, aku goreng je la balik pagi esok buat breakfast.
Kenapa selalu cerita pasal makanan?? Haah la, baru aku perasan dah 3 hari aku cerita pasal makan je..haha
Actually, aku tak tau la nak ctew pasal apa. x ada yang menarik pun.. Tgk la nnt kalau ada cerita best, aku story k???
Ok la, aku nak pergi mandi ny. Then nak uat kerja sekolah pulak.. Dah lama ak x sentuh buku.huhu..
Teruk betul kan??
Jgn contohi ak yew??
Thanks 4 read.. Bye3

Ahad, 10 Julai 2011

x insaf-insaf lagi??

Slamz kwan2... Ok, skunk ny ak nak ctew pasal MALAS lagi. Sambungan catatan ak semalam. 
Erm, punyalah malaz ak ny, smpai x makan hari ny.. Percaya x??
Itulah aku.. Nak pergi kedai beli roti malas, nak pergi Food Court pun malas. So, Breakfast cum Lunch ak just makan roti sapu majerin je..haha. Malam ny, aku memang lapar sangat. So, aku merajinkan diriku ini masak something. So, terhasillah dinner aku malam ny. Apa yang aku masak??
Ish, malulah nak bagi tau... Ok2, aku tunjuk apa yang aku makan malam ny.


Hey, janganlah gelak!! Ini yang aku malas nak bagi tau ny..  =(
Apa tu?? x tau?? Alamak, x kan tak tau kowt??
Ini nama dia cucur. Cucur apa?? Ntah lah, aku pun tak tau. Aku main masuk jew bahan-bahan dia.
Aku letak tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
Ok, stop. Jangan gelak. Aku tau la bahan utama dia tepung gandum je. Tapi aku saja je nak try masuk macam-macam tepung. x salah kan??
Then, aku masukkan telur, daun kuchai, taugeh and udang.
Maka, terhasillah cucur ny. Cucur udang kowt nama dia..haha. Apa-apa je lah. Janji boleh makan.

Sebenarnya aku malas nak pergi kedai beli sos. Ye la, sos kat umah aku dah habis. Tapi, bila aku makan cucur 'special' aku tu, ALAMAK... keras la. Tak rasa apa-apa pulak tu..huhu
Ok, biar aku sorang je yang gelak. Korang jangan gelak.
Dengan berat hatinya, aku pun melangkah lah jugak ke kedai. Kalau aku tak beli sos, alamatnya masuk tong sampah la cucur 'special' ak.
Bila dah cicah sos tu, sedap la pulak cucur 'special' aku..haha. Itulah, malas lagi. Nak masak pun malas, nak goreng-goreng pun malas, nak buat air pun malas. Air sarsi dalam botol tu pun aku ambik dalam peti sejuk. Kalau air tu tak de dalam peti, mesti aku tak minum kan?? huhu..

Teruk betul perangai.. Dulu aku tak ada lah malas macam ny. Setiap masa mak aku suruh aku masak.
 Nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kueh teau goreng, sup, tom yam, mee kuah.
Sekarang???  Dah lama aku tak memasak..huhu
Rasa malas tu sentiasa menguasai diri.
Jangan contohi aku ye kawan-kawan???



Sabtu, 9 Julai 2011

Malas



Hye kawan2... Ok, hari ny ak nak ctew pasal malas. Ak tak tau la kenapa semenjak dua menjak ny, aku malas sangat. Lebih-lebih lagi memasak. Adoiy, rasa segan glew nak masak. Sanggup tidur bila lapar daripada masak. Teruk betul aku ny, kan??
Actually, aku tinggal sorang hari ny. Mak cik aku balik kampung. Malaz la nak ikut. So, aku uat kputusan nak tnggal at rumah jew.

Nak ctew punya malas aku ny, pagi tadi aku makan nasi goreng. Itu pun lebihan nasi bungkus semalam. Nak masak lain?? Sorry la.. Aku tak rajin. Tp,krew aku rajin sikit pagi tadi coz aku masak nasi goreng, goreng nugget and buat roti telur. Kira kenyang la aku makan.
Disebabkan aku dah makan over dos makan pagi tadi, aku tak makan la tengah hari.
Malam ny, aku dah lapar balik. Tapi aku memang MALAS nak masak. So, aku pergi kedai and beli roti, kuaci dan maggi.
Ya, aku tau dan aku sedar maggi tak elok untuk otak especially for student yang nak menghadapi peperiksaan besar hujung tahun ny. Disebabkan rasa MALAS yang teramat sangat tu, aku pun buat 'bodo' jew.


Tengok tu?? Punya la malas sampai nak masak maggi pun masuk air panas je. Padahal bukan susah sangat pun nak masak maggi. Adoiyai... Apa yang dah jadi dengan kamu ny Eira???

Jumaat, 8 Julai 2011

Read..Read

Slamz kawan2... Ok hari ny ak nak citer pasal novel. Ak pasti sangat, all of us loves to read, right?? Especially novels for woman, lady and teenagers.
Ok, ak nak bagi tau yang ak loves sangat bacew novel. Tp skunk ny da insaf sikit dah... Ye la, kan dah nak SPM???
Yg sebelah ny merupakan antara koleksi novel yang ak kumpul dari Tingkatan 2. Actually, my mum tak tau pun yang ak dah kumpul novel sebanyak ny. Kalau mak aku tau, memang confirm r dah lama mak aku mengamuk... Tapi aku kan pandai sorok?? haha.. Mang tak pernah kantoi g r.Percaya x kalau ak cakap semua novel ny ak beli dengan duit ak sendiri???
Tak percaya?? Sorry la kalau tak nak percaya. Tapi korang kena percaya jugak sebab ak memang dah belajar berdikari sejak kecil lagi. Ak kumpul duit sekolah tau nak beli semua ny. Ak sanggup ikat perut asalkan ak puas dan dapat apa yang ak mahukan.

Nak tau novel apa yang ak ada??  Sorry la, ak dah lupa. Nanti la aku senaraikan..haha.
Nak dijadikan cerita, memang ak sayang sangat novel-novel ak. Kalau novel ak terlipat sikit pun, aku dah mengamuk. Mengamuk dengan siapa lagi?? Dengan kakak aku la sebab kakak aku jew yang aku bagi kebenaran baca novel-novel aku ny. Orang lain NO WAY!!!  Ak penah bagi kawan-kawan aku pinjam dulu. Tapi bila dah banyak novel aku yang rosak and penanda buku yang hilang, aku buat keputusan yang aku hanya membenarkan orang-orang yang aku percaya je baca novel-novel aku ny.
Aku tak tau la kenapa. Tapi aku memang sayang sangat-sangat novel aku. Aku balut kemas-kemas and simpan elok-elok. Percaya tak novel yang aku beli 3 tahun lepas still nampak baru and cantik macam baru beli sebulan?? Haha.. terpulang la nak percaya ke tak.

Ok, Skunk ak nak citew pasal NILAM pulak. Tau tak apa maksud NILAM??
4 yang tak tau tu, NILAM ny maksudnya Nadi ILmu Amalan Membaca.
Most of the student don't know what's the important of NILAM programme.
Ak mlaz la nak ctew pasal NILAM ny. Ak just nak bagi tau yang ckgu de panggil ak sempena Bulan Membaca. Kan July bulan membaca?? Cikgu cakap PKG nak bagi penghargaan kat student yang dah capai pingat NILAM tahap Jauhari. Herm, akhirnya ada jugak pengiktirafan ny. Last aku diiktiraf ada pingat NILAM time ak Darjah 6. Ak pnyew la komen blew nak dapat sijil, akhirnya penantianku berbaloi jua..hak3

Herm, ak na ctew ny. Dalam Bulan March hari tu, aku wakil SMK SIK untuk bertanding pertandingan TOKOH NILAM. Dah namanya Tokoh, mestilah saingannya hebat-hebat, kan???  But thanks God, rezeki aku ,merangkul Juara kategori Sekolah Menengah yang dipertandingkan di PKG Daerah Sik, Kedah. Then, next week nyew ak perlu bertanding di peringkat Negeri. Memang cikgu latih aku betul-betul sebab cikgu yakin aku boleh menang. Tapi, nasib tak menyebelahi aku bila aku buat keputusan nak balik sekolah lama ak, SMK PANGKALAN TLDM.
Cikgu aku minta tolong sangat-sangat hadirkan diri time pertandingan tu sebab nak tukar orang tak boleh dah, memang aku mewakili Daerah Sik. Bukan takat cikgu aja, Sekolah and PKG sendiri akan malu. So, aku pun buat keputusan pergi jgak. Tapi, hati aku memang tak ada semangat nak bertanding atau apa. Malang menimpa aku lagi bila aku dapat undian yang terakhir sekali. Cuba bayangkan aku tunggu giliran dari 8a.m sampai 5p.m?? Memang otak aku dah tak berfungsi lah time tu. My brain switch off already... Aku jawab soalan pun nak tak nak je. Time temuduga, aku rasa malas sangat. Dengar tak dengar je dia tanya..haha

Aku memang tak harap sangat aku menang. Saingan dah la banyak. Peserta Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar sampai 8 org peserta manakalan kategori Sekolah Menangah Bandar pulak 4 penyertaan je. Memang aku frust giler r coz saingan aku banyak sangat. Preparation pun tak lengkap..hak3
So, kalahlah aku diperingkat negeri. Ak x dew la frust sangat. Apa-apa je la. Tu citer lama...


Tapi kan, baru-baru ny Cikgu Nilam SMK SIK call aku. Cikgu tu cakap, PKG Daerah Baling/Sik bagi hadiah kat ak. Sebab aku tak ada, cikgu pergi la ambik. Cikgu cakap macam mana nak bagi kat aku?? So, aku suruh je la cikgu tu simpan dulu. Nanti kalau aku free, aku pergi SIK ambil hadiah tu. Aku pelik jugak, kenapa PKG nak bagi aku hadiah?? Hari tu time menang Johan tu, aku dah dapat hadiah dah. Entahlah... dah orang nak bagi, ambil je la kan??
Rezeki jangan ditolak...

Rabu, 6 Julai 2011

Menghilangkan STRESS

Slamz sume...  ^_^
Hri ny, ak na story ckit pasal STRESS. Td, at skola, kmi dpt tahu yang kami berkemungkinan besar akan ditendang keluar daripada kelas yang ber AIR-COND. Selepas lebih 3 bulan kami diberi keistimewaan duduk dalam kelas ny, kenapa hak kami bakal dirampas???  Dalam perjanjian, kalau kitorang buat salah, x siap kerja sekolah or tak memuaskan hati guru, barulah kami akan ditendang daripada kelas tersebut. Masalahnya sekarang, kami x buat apa-apa kesalahan pun. Mengapa hak kami diperkotak-katikkan?? So, semua orang tension ny. Kenapa la dekat-dekat SPM ny yg kami kena uji?? Mesti lain duduk kelas baru, suasana baru. Jiran-jiran sebelah confirm bising punya. Macam mana nak belajar?? Dah la semua subjek yang kami ambil berat-berat. Kerja sekolah banyak and kami seringkali diganggu STRESS...





So, aku dah search internet and apa yang aku dapat adalah tips-tips untuk menghilangkan STRESS... Jom kita baca and amalkan bersama-sama....

1. Apabila ada orang lain memaksakan kehendaknya pada kamu dan membebani kamu dengan kesulitannya, belajarlah mengatakan TIDAK!!! Karana ini lebih baik daripada kamu menderita dalam hati.



2. Jangan selalu bergantung pada orang lain, berusahalah mandiri.


3. Jangan berburuk sangka bahawa orang lain akan menghina atau membicarakan tentang kamu.

4. Jangan selalu mengingat kesalahan di masa lalu, perasaan bersalah, penyesalan yang dapat menyulitkan hidupmu, karana memeras segenap pikiran dan tenaga kamu.


5. Janganlah menyimpan kemarahan dan frustasi. Utarakan dan bicarakan dengan orang yang bertanggungjawab atas terjadinya hal tersebut.

6. Luangkan waktu setiap hari, dan mulailah kegiatan baru.


7. Janganlah menjadi pemandu yang agresif, mengalahlah pada ‘setan jalanan’. Jalankan kendaraan dengan sikap mengalah.


8. Janganlah menyimpan rasa dengki dan cemburu, karana rasa dengki dan cemburu memakan energi.

9. Jangan membiasakan sikap terburu-buru, sebab akan menjurus pada kesalahan, penyesalan dan stress.


10. Terakhir,tanamkan pada pikiranmu bahwa kamu bisa melawati masa-masa tertekan ini dengan penuh semangat! Karena Tuhan selalu bersamamu.



  *  Jangan jadikan tulisan ini sebagai “suatu tamparan”. Jika memang kamu benar-benar ingin menghilangkan rasa tertekan atau stress maka yakinlah bahwa kamu bisa melakukan cara-cara diatas.






Ahad, 3 Julai 2011

Balik Rumah!!!!

Slamz sume... Erm, ary ny aku nak citew pasal BALIK RUMAH a.k.a balik kampung la tu lebih kurangnya..haha. Bagi yang masih tidak mengetahui tu, meh sini aku nak cerita. Aku ny dari sulu sampai sekarang duduk kat Pangkalan TLDM, Lumut. Then, family aku pindah Sungai Petani sebab ayah aku dah pencen. Senang cakap ayah aku dal beli  rumah SP la... Tapi aku still tinggal kat Lumut, rumah Mak Cik aku. 

Ok la, berbalik kepada cerita tadi, petang khamis hari tu aku naik la bas Sri Maju sampai Butterwoth. Alkisahnya, aku selalu naik bas Transnasional tapi kali ni aku nak ubah selera pulak. Bas Transnasional singgah Kuala Kangsar dulu. So, lambat la,kan?? Aku pun naik la bas Sri Maju. Sampai Butterworth tu, tukar lah bas naik bas apa ntah yang warna merah tu. Nak tunggu bas pergi SP pun dah sejam. So, aku rasa sama je la naik bas Transnasional and Sri Maju. Ingatkan naik bas Sri maju cepat sikit. Tu la, nak cepat sangat. kan dah sama je tempoh perjalanannya??? haha..

Aku nekad nak balik jugak SP sebab aku nak minta tolong Daddy aku buat model RC. Itulah, dah last2 minit baru kalut nak buat. Padan muka kan??? (sedih ny...  )=  Nasib baik la ayah aku sudi menolong anaknya yang tercinta ny..haha. Dah banyak orang aku minta tolong, semuanya buat tak layan jew. So, conclusion yang aku dapat kat sini, kalau kita memerlukan bantuan, mohonlah bantuan daripada kedua orang tua kita kerana tak mungkin Ibu Bapa tak nak bantu anak mereka kan??? Janganlah mengharapkan orang lain kerana tidak semestinya semua orang sudi membantu kita tatkala kita ditimpa kesusahan...

Hari Sabtu tu, ayah aku pergi kursus satu hari suntuk. So, tak adalah ayah aku help aku ny. Yang terharunya, bila balik je dari kursus, ayah aku terus tolong buat model RC. Walaupun ayah aku membebel sebab buat kerja last minit, tahan je la telinga ny dengar kan?? Dah memang salah aku pun..(padan muka). Khusyuk punya khusyuk buat kerja, tak sedar yang waktu tu mencemburui kami. Aku and Abah bertukang dekat belakang rumah sampai 1.30 pagi?? Itu pun mak aku panggil masuk and tidur sebab esoknya, aku nak balik Perak and ayah aku pulak nak pergi kursus lagi. Yang paling menghampakan tu, model yang aku imagine tak sama langsung dengan apa yang kami hasilkan. So, balik nanti terpaksalah aku tukar lakaran balik, kan??? Sabar je lah.. Itu pun model tersebut tak siap lagi. Memandangkan aku dah mengantuk sangat, Abah pun dah letih, kami pun masuk tidur. Ayah aku cakap, besok lepas bangun sahur abah sambung buat. Terharunya aku dengan kesudian ayahku membantu diriku ini.. Aku bersyukur sangat dapat ayah macam Abah yang memahami and sangat kreatif...

Keesokan harinya, aku bangun and paking my things sebab kan nak balik Perak dah??? Adoi, rasa macam kejap je jumpa family.. Nak buat macam mana kan?? Inilah suratan yang terpaksa ditempuhi olehku yang tinggal berjauhan dengan keluarga.... Yang bestnya, bila aku tengok model RC aku tu, dia dah berfungsi!!! Walaupun tak sama dengan apa yang aku bayangkan, tak apa lah. Nanti aku baiki lukisan. Yang penting model  dah siap. Tonggal nak cat aja lagi. Balik Perak  lah aku buat semua tu...

Mak aku hantar pergi stesen bas naik motor dengan bawak projek RC aku yang besar tu??? Adoi, malunya... Dah la nak bawak naik bas. Tak apalah, SPM punya pasal, tahan je la perasaan malu tu..haha. Naik bas tu, jangan cakap lah malunya. Tapi aku buat 'bodo' jew..hak3.

Sampai stesen bas Manjung, kawan aku pergi ambik. Mak Oiii... first time aku merempit dengan lelaki selain My Daddy and sepupu lelaki aku...haha. Memang la malu and takut jugak..ya la,lelaki ny bukan boleh percaya sangat,kan?? Tapi tak apala, janji aku sampai rumah. Yang dia pulak baru habis game bola kat MPM. Aku tak tau la dia dah mandi ke belum, or just salin baju jew. Yang aamat aku pasti, memang bau seemerbak harum habis la... Berapa botol minyak wangi yang dia pakai pun aku tak tau. Ke dia saja nak menggoda aku dengan harumannya tu??? haha... Aku tak tergoda lah!!!! Bawak motor pulak laju yang teramat sangat. Aku ny dah la baru lega daripada trauma dengan motor ny. Tapi, buat-buat berani ajalah Ira... Masalahnya, aku mana ada pas nak masuk dalam. Dah habis tempoh dah. Kiranya aku macam pendatang asing tampa izin lah dalam pangkalan ni..haha. So, aku tinggal lah IC kat gate masuk and suruh 'dia' ambil IC aku bila nak keluar nanti. Alkisahnya, IC aku ada kat dia la sekarang ny.. Adoiyai...malunya kalau dia tengok muka aku yang aamat 'cute' dalam IC tu?? Malu kowt?? Aku pun tak sanggup nak tengok..haha. Harap-harapnya dia tak tengok and simpan terus jew la..hak3. Kalau aku tau dia gelak tengok gambar aku, siap dia!!!!

Ok lah, habis sudah aku story. Ny ajalah yang aku nak cerita... Sepanjang 3 hari aku balik rumah. Aku ny kalau dah dapat menaip, memang payah nak berhenti. Entahlah, aku pun pelik??? Aku tau ramai yang tak suka or malas nak baca entri-entri yang panjang lebar macam ny. Tapi tak apa la,kan?? Janji aku puas and aku suka sangat bercerita dalam bentuk tai-menaip macam ny..hak3... Harap-harap korang semua tak bosan, ya???? Nanti-nanti la aku bubuh gambar.. tak sempat nak snap2 pic..hehe