Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Ditinggal

hari ini aku ditinggalkan keluarga... My family lek kg... And aku tak boleh ikot... sebab sabtu ni ada kem sains di teluk senangin. Hari ini juga last jumpa my sis, Along. Sebab lepas balik kampung Along terus mendaftar masuk U.So sad salam dengan Along tadi sebelum pergi sekolah. Along demam. Kenapa?? x berani nak tanya sebab rasa sebak sangat. Air mata ni murah je nak mengalir. Sepanjang perjalanan pergi sekolah, menangis. teringat kenangan bersama Along. Bukan tak pernah berpisah dengan Along. Dulu pun selalu berpisah sebab Along duduk asrama. Tapi kenapa perpisahan kali ini amat memilukan? Along,study hard,ok!!! Tahniah dapat masuk U. Belajar elok2...            Ditinggalkan berseorangan di rumah. So,ajak Adila temankan and tidur sama-sama...

Result

      Alhamdulillah keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun agak meningkat berbanding peperiksaan sebelum ini. Namun begitu, ada juga beberapa subjek yang keputusannya agak menurun. Namun begitu,harap-harap dapat ditingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Aku sedang berusaha untuk study dengan lebih tekun dan tidak main-main lagi. Aku harap aku boleh berjaya seperti rakan-rakan aku yang lain... Insya-Allah

Istimewa Buat sahabat

Imej
Persahabatan itu Mempunyai pengertian yang Terlalu suci. Justeru itu usahlah Di cemari kesuciannya Dengan sinaran kepalsuan. Sesungguhnya… Resipi untuk mengindahkan lagi Persahabatan ialah hiaskan ia Dengan…Kesetiaan,                Kejujuran dan                Keikhlasan hati. Sahabat, Terima kasih kerana menghargai Erti sebuah persahabatan suci. Terima kasih kerana membelai dan Menjaga hatiku dengan kejujuran Dan keikhlasan hatimu. Doaku, Semoga antara kita akan menjadi Insan yang Bertaqwa,Beriman Dan Berilmu Tinggi Serta dapat melalui liku-liku Kehidupan dengan Kuntum senyuman kebahagiaan. Harapanku agar perhubungan kita Yang terjalin erat Berkekalan dan tidak akan pudar Buat selamanya…

Debaran

          Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 2 minggu bercuti. Hari ini juga,debaran bermula. Mana tidaknya,result mid year exam dah start dapat!!! Ya Allah,gementarnya! Setakat ni baru dapat 1 A. Teruknya?? Itu pun langsung tak memuaskan hati. Mana tidaknya, 80% pun tak boleh nak capai. Kenapa teruk sangat?? Rasanya dah usaha,dah study separuh mati. Tapi itulah,mungkin masih tidak memadai dan selaluu study main2. Macam mana nak bagi kita tertarik untuk study buku pelajaran ye? Kalau novel tu,4 jam aja dah cukup untuk menghabiskan sebuah novel yang tebalnya kira-kira 500 muka surat. Kalau buku pelajaran? 5 minit pun dah mengantuk. Macam mana nak mengelakkan mengantuk semasa belajar? Bagaimana untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran?

Cerita duka

Setiap tahun aku tak pernah langsung lupa Hari Lahirnya. Pada aku, hari lahir merupakan hari yang paling istimewa. Tarikh yang mempunyai seribu satu makna dalam diri sesorang. Setiap tahun juga,ak tidak pernah lupa untuk wish birthday dia. Tapi tahun ini aku lupa. Kenapa? Sebab...pada aku,aku sudah mula melupakan dirinya dari dalam hidup ini.          Aku sering ingin melupakan dirinya. Seseorang yang amat istimewa di dalam hidup aku. Hampir setahun, barulah aku dapat melupakan dia sepenuhnya. Dan hari ini, dia muncul lagi. Mengimbau kembali nostalgia lama. Mungkin bukan niatnya untuk menyakiti diriku. Namun,diri,hati dan perasaan aku sukar untuk di sembunyikan. Aku boleh mengatakan tidak,namun siapa yang bisa membohongi hati dan perasaan ini?????

Bersiar-siar

Imej
Hari ini aku dan rakan-rakan berjalan-jalan di sekitar Lumut. Melepas rindu,mungkin.. Maklumlah hampir 2 minggu tidak bejumpa. Cuti sekolah kan?? Tapi x berapa best sebab tak ramai yang join. Kebanyakannya balik kampung. Walau bagaimanapun kepada Amalina,Jaslee,Syira,Nadwa,Amira and Fariz...Thanks coz menjayakan program ak. Meskipun x berapa meriah,ak happy sangat.             Tak sangka pula kita boleh berjalan ulang alik dari pangkalan TLDM ke Lumut,kan?? Agak jauh juga sebenarnya. Meskipun penat, that was the best day for me.

Kawan-kawan yang sporting!!!

Imej
 Waktu-waktu boring,inilah aktiviti kami.                              Bowling time!!!                                                               Then,kitorang lepak-lepak kat tepi pantai pula!!!

Kek Pisang

Imej
Aku try buat kek pisang tadi. Tengok resipi yang dapat time jom heboh tahun lepas. Malangnya, kek tak jadi!!! Lembik macam bengkang. Apa yang salah? Kenapa tak jadi? Ini yang melunturkan semangat untuk mencuba resipi baru ni!

Semenjak Ada Blog

Semenjak dah ada blog sendiri ni,dah malas nak buat apa dah. Yang tau, setiap masa nak mengadap laptop. Buat apa pun dah tak senang duduk. Asyik teringat dekat blog aja. Mungkin excited sebab ada blog sendiri... Tapi itulah,blog ni bukan ada apa pun. Sebenarnya, tak tau nak tulis apa.Selalu juga suka menjelajah blog orang lain. Wah, baru terasa betapa kerdilnya diri diri ini. Blog orang lain cantik-cantik. Blog kita??? haha...Apa-apa pun,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...Nak cantikkan blog tak tau macam mana nak buat. So,inilah jadinya.               Kadangkala terfikir juga, bagus ke blog  ni?? Bagus ke dunia siber bagi golongan muda seperti aku?? Maklumlah, kecil-kecil lagi sudah tahu melayari internet. Namun begitu,aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih belum pernah membuka laman web yang bukan-bukan atau laman web yang tidak patut dilihat oleh golongan remaja sepertiku. aku juga berharap agar tangan ini tidak gatal untuk mencubanya kerana aku mendapat t

My classmate

Imej
klz 2 Mawar 2008 3 Mawar 2009     

Night...

Imej
I’m still alive tonight I can feel my heart beating Emotions on the surface of my skin I can hear my breathing Wind upon those bedsheet sails Spirit broods over the deep I see an image of my Father And he bids me: “come and sleep” No one is sleeping down the hallway No one is here beside me now And the loneliness Like a fever Is hot upon my brow I know life is more than just a survival But that’s all that I can see I’m still alive tonigt And that’s good enough for me

Life...

Kehidupan adalah suatu perjuangan. Meniti perjalanan, Mengisi peristiwa dan melaksana impian. Tabahkan hati menghadapi perjuangan. Menamatkan perjalanan dengan selamat. Menerima setiap peristiwa yang berlaku. Impian pasti menjadi kenyataan. Inilah sebahagian erti kehidupan, Yang sebenarnya… smile always...  =)

Mengapa Dia??

              “Kenapa kau senyap aja?” Tanya Jazman pada suatu petang yang indah di sebuah taman yang indah berhampiran kolej kediamanku. Ketika itu, kami baru sahaja habis kelas Ekonomi.                “Apasal? Kau nak aku bising macam mana? Melalak? Menyanyi? Ops…aku tak pandai nyanyi lagu rancak. Lagu sedih-sedih yang boleh buat orang nangis aku pandai lah”balasku sambil ketawa.                  “Tak payahlah kau nak buat stupid lawak kat aku. Gelak pun tak ikhlas. Nampak sangat buat-buat” balas Jazman sambil mencebirkan bibirnya.                 “Ye ke? Wah,terror lah kau boleh tilik muka orang ikhlas ke tak. Kau belajar dari mana wey? Tak nak share-share dengan aku ke?” jawabku sambil ketawa.                 “Mysara!! Stop it!” Tegas Jazman dengan nada marah.                 “Kenapa kau ni? Nak marah-marah pulak. Releks ar bro. Tak macho ar marah-marah macam ni”                  “Jangan buat –buat tak tau pulak. Yes, aku mengaku aku baru rapat dengan kau tiga bulan. D

Alhamdulillah

Setelah sekian lama aku mengharap untuk mempunyai blog sendiri... Hari ini impian aku tercapai sudah... Dan segalanya bermula di sini... aku tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan mengenai bloggers. Hanya mencuba,dan akhirnya impianku tercapai jua...                       Buah cempedak di luar pagar,                       ambil galah tolong jolokkan;                       saya budak baru belajar,                       kalau salah,tolong tunjukkan... Sekian,smile always... =)