Sabtu, 26 November 2011

SPM

Assalamualaikum...

Hye, kawan2.. 
Alamak... Lamanya x update blog nyh?? But I'm still mengahrgai setiap komen yang ditinggalkan dalam laman sembang saya..
What?? This blog  really nice??
I think it just simple... as me. hehe
Thankz a lot kerana komen2 anda bakal menaikkan semangat sy untuk  terus mnulis d blog...

But, after
SPM
lah..haha. 2 paper to go... Then, I will fly without wings..hak3

Wish me luck n get the flying COLOURS in my SPM eyh???
Eh, betul ke ak eja uw?? hak3..
Abaikan, paper BI dah habis...hak3

Get tips 4 Biology n Chemistry??
Share with me..
Thankz!!!



 



Ahad, 13 November 2011

BIOLOGY SPM



Seperti yg dijanjikan kpd raka-rakan yg mncri soklan spot Bio atau nak blaja Bio secara mudah, sila ke link

http://gempurbio.blogspot.com/

Sekadar untuk dikongsikan bersama... Selamat membaca dan semoga berjaya!!!


Gagasan 1 Malaysia

KONSEP SATU MALAYSIA

Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang

ke-6. Pelbagai infrastruktur seperti Klinik 1 Malaysia telah disediakan. Jelaskan konsep-konsep Satu Malaysia.

Pendahuluan :

• Satu Malaysia - gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan 8 nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, pendidikan dan lain-lain.
• Merupakan satu pelengkap - membantu negara mengorak langkah demi langkah dalam menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran negara
• Aspirasi negara, yakni Wawasan 2020 tercapai sekiranya konsep Satu Malaysia diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat dan diamalkan

Isi-isi:

1: untuk mencapai status negara maju, seperti yang diilhamkan melalui Wawasan 2020
- Membentuk sebuah negara yang kukuh dan stabil tidak kira sama ada dari segi politik ataupun dari segi ekonomi.
- Sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan ke-53, iaitu Satu Malaysia Menjana Transformasi - menekankan transformasi/ perubahan terutamanya dalam aspek perindustrian dan pendidikan.
- Untuk mencapai matlamat ini, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu - padan dengan tema Hari Kemerdekaan ke-52 iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
- Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju apabila rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi

2: Memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan perselisihan faham
- kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum
- Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep asimilasi di negara-negara lain di mana identiti kaum dan etnik akan lenyap dan diganti satu identiti nasional yang sama
- Sebaliknya konsep Satu Malaysia menghargai, menghormati dan memelihara adat istiadat, budaya dan segala pantang larang setiap kaum
- Selaras dengan salah satu nilai, iaitu penerimaan - sesuatu kaum sanggup menerima keunikan kaum yang lain, saling menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi - agar mewujudkan keharmonian dan ketenteraman negara.

3: Aspek pendidikan dititikberatkan
- Institusi-institusi pendidikan di Malaysia yang berlandaskan kurikulum seperti yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar
- Konsep ini juga merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya.
- Bermatlamat menghapuskan dasar pendidikan yang hanya berkepentinganan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu
- Pembentukan satu jenis sekolah - menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaum

4: Aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia
- Soal agama dan kepercayaan ini merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima serta menjunjungi prinsip dan amalan agama bangsa lain.
- Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian- agama yang dianuti sebahagian besar dalam masyarakat Malaysia
- Sensitiviti agama dan perkauman perlu dipelihara serta tidak boleh dipermainkan bagi mengelakkan perselisihan faham dan ketegangan
- Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung- mengunjungi semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan- salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain

5: Penubuhan Yayasan 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia
- Yayasan 1Malaysia menggerakkan, melaksanakan serta mendukung program yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, kepercayaan agama dan kedudukan ekonomi.
- mempromosikan 1Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian dengan menyediakan capaian, pembabitan dan sokongan kepada penyertaan sektor awam dan masyarakat madani dalam menangani isu sosial utama semua masyarakat.
- Klinik 1 Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat seperti demam, batuk dan selesema.
- Kebajikan dan kesihatan rakyat dijamin dan kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

SEJARAH SPM 2011

BAHAGIAN A
Soalan 1 – Tamadun Indus
Soalan 2 – Pengaruh Islam Terhadap Pendidikan Formal
Soalan 3 – Birokrasi Barat di Asia Tenggara / Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan 4 – Langkah Pembentukan Malaysia

BAHAGIAN B
Soalan 5 – Kerajaan Bani Umaiyah
Soalan 6 – Penggunaan Buruh Luar
Soalan 7 – Malayan Union
Soalan 8 – Lambang Negara
Soalan 9 – Perang Dunia Pertama / Blok Dunia & Perang Dingin

Jangan bimbang... Abezek sudah tau ...


HANGAT SENGOTI - TAMADUN INDUS
Soalan STRUKTUR

(a) Namakan dua bandar terancang tersebut.

Mahenjo Daro
Harappa
[2 markah]

(b) Apakah ciri bandar terancang yang disebutkan di atas.

Mempunyai dua bahagian
Mempunyai pusat pentadbiran
Mempunyai pusat petempatan
Mempunyai sistem kumbahan
Mempunyai tembok
Mempunyai jalan raya
Mempunyai susunan teratur
Disusun secara blok
[2 markah]

(c) Mengapakah masyarakat di lembah Indus mampu membina bandar terancang ?

Menguasai ilmu matematik
Menguasai ilmu geometri
Menguasai ilmu seni bina
Memiliki kemahiran membuat batu-bata
Memiliki kemahiran dalam pembinaan
Memiliki kemahiran menyusun atur
Meniru teknologi tamadun lain
Meniru unsur seni bina tamadun lain
Meniru budaya kerja tamadun lain
[2 markah]

(d) Nyatakan dua fungsi bandar terancang dalam masyarakat tamadun Indus.

Pusat pentadbiran
Pusat petempatan
Pusat perdagangan
Pusat kegiatan sosial
Pusat pengumpul hasil pertanian
Pusat ibadat
Tempat tinggal pemerintah
Pelabuhan
[2 markah]

(e) Apakah nilai yang boleh anda contohi daripada kejayaan masyarakat di lembah Indus membina bandar terancang ?

Menguasai ilmu
Menguasai kemahiran
Bersikap terbuka
Mengambil unsur baik tamadun lain
Bersungguh-sungguh
Kreatif dan inovatif
Mana-mana munasabah
[2 markah]


HANGAT SENGOTI – PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Soalan STRUKTUR

(a) Apakah maksud pendidikan formal ?

Diperolehi secara lansung
Diajar oleh guru
Diperolehi di institusi pendidikan
 [2 markah]
   

(b) Nyatakan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional.

Belajar tentang agama Islam
Diajar oleh ulama
Mendapat pendidikan di istana, masjid, pondok, madrasah dan rumah tok guru
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
Dibuka kepada lelaki dan perempuan
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
 [2 markah]


(c) Namakan dua buah pondok yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Pondok Kutan
Pondok Pulai Chondong
Pondok Pulau Manis
Pondok Langga
Pondok Titi Gajah
 [2 markah]


(d) Nyatakan ciri sistem pondok.

·         Menekankan ilmu agama
·         Bertujuan melahirkan guru agama
·         Bertujuan menyediakan individu yang boleh berkhidmat kepada masyarakat
·         Tiada batasan waktu belajar
Tiada had umur
Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
 [2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem madrasah lebih tersusun berbanding sistem pondok ?

Menggunakan sukatan pelajaran
Dijalankan secara kelas
Dilaksanakan mengikut tahap (permulaan, pertengahan dan pengkhususan)
Diawasi oleh mudir (guru besar)
Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
 [2 markah]

HANGAT SENGOTI – KERAJAAN BANI UMAIYAH
Soalan ESEI

(a) Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran.

WAKTU HIJABAH

Wa       Memperkenalkan sistem wazarah
                  (Wazir & Gabenor)
K          Memperkenalkan sistem khalifah
                  (secara warisan)
T          Memperkemaskan sistem tentera
                  (Diwanul Jundi, tentera laut & tentera darat)
U          Memperkenalkan sistem urusetia
                  (lantik pegawai)
Hi         Memperkenalkan sistem hijabah
                  (kawal keselamatan khalifah)
Ja        Menubuhkan jabatan
                  (Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat,                                                Jabatan Cop Mohor Pemerintah)
Ba        Menubuhkan bahagian
                  (Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai,                                             Bahagian Tentera, Bahagian Polis,                                                       Bahagian Kehakiman)
H          Memperkemaskan kehakiman
                  (Menggunakan ijtihad berpandukan al-Quran,                                           sunnah dan ijmak, hakim mesti adil,                                                       hakim mesti bebas)
 [8 markah]

(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi dan sosial.

Ekonomi
Menubuhkan Baitulmal.
Mewujudkan sistem kewangan Islam
       – kharaj, jizyah, zakat, usyur ,  ghanimah
Menguasai perdagangan antarabangsa
Cordova menjadi pelabuhan entreport
Berkembangnya perusahaan tembikar, perhiasan, kulit dan membuat senjata.
Kemajuan dalam sektor pertanian.
Membina sistem saliran
Menjalankan penyelidikan benih

Sosial
Menubuhkan hospital
Menubuhkan hospital kusta
Meningkatkan seni bina Islam
Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
Memperkenal baris dlm tulisan al-Quran
Berkembangnya cabang ilmu Islam
Berkembangnya ilmu kimia & astronomi
Lahirnya ilmuan Islam
Menubuhkan pusat pengajian tinggi
Membina perpustakaan
Cordova menjadi pusat keilmuan
Cordova menjadi pusat penterjemahan
Menterjemahkan karya Yunani
Memelihara ilmu Eropah drp lenyap
 [8 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin negara memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi ?

Memajukan negara
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
Menguasai perdagangan antarabangsa
Membuka peluang pelaburan
Meneroka bidang ekonomi baru
Meningkatkan daya kreativiti masyarakat
Meningkatkan daya saing rakyat dalam bidang ekonomi
Mengurangkan penggantungan rakyat kepada kerajaan
Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

HANGAT SENGOTI – PENGGUNAAN BURUH LUAR
Soalan ESEI

(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan buruh Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?

Kesulitan hidup di negara asal
Kepesatan sektor pertanian komersil dan perlombongan.
Banyak peluang pekerjaan
Keperluan tenaga buruh di TM
Galakan pihak British
Tidak ditentang oleh orang Melayu.
Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
Kestabilan politik di Tanah Melayu
 [6 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

Sistem Tiket Kredit
Sin Kheh dikumpul oleh Kheh Tau
Kheh Tau serah kpd nakhoda kapal
Sin Kheh buat perjanjian dgn nakhoda
Sin Kheh dibekalkan tiket
Nakhoda serah buruh kepada pemborong buruh di Tanah Melayu
Pemborong buruh carikan majikan

Sistem Pengambilan Kakitangan
Majikan hantar pegawainya ke China
Pegawai cari buruh
Tambang dibiayai majikan
Pegawai iring buruh ke Tanah Melayu
Buruh buat perjanjian dengan majikan
Buruh bekerja hingga hutangnya jelas

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Rumah kongsi lantik wakilnya di China
Wakil rumah kongsi cari buruh
Wakil rumah kongsi biayai tambang
Wakil rumah kongsi iring buruh ke TM
Wakil serah buruh kpd rumah kongsi
Rumah kongsi carikan kerja

Sistem Bebas
Datang sendiri
Menggunakan biaya sendiri
Bebas memilih kerja

Sistem Kontrak
Dibawa oleh majikan
Biaya ditanggung oleh majikan
Perbelanjaan dikira hutang
Buruh diikat dengan kontrak
Terpaksa bekerja dengan majikan
Dibayar gaji murah
Bekerja hingga jelas hutang

Sistem Kangani
Majikan beri lesen kpd kangani
Kangani pulang ke India cari buruh
Perbelanjaan ditanggung oleh kangani
Kangani iring buruh ke Tanah Melayu
Buruh diserah kepada majikan
Kangani dibayar komisyen
 [10 markah]
(c) Kemukakan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita ?

Adakan kawalan di sempadan
Bayaran levi yang tinggi
Tidak mengeluarkan permit kerja
Denda jika majikan guna buruh asing tanpa permit
Hantar pulang buruh asing
Guna khidmat buruh tempatan
Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


HANGAT SENGOTI – MALAYAN UNION
Soalan ESEI

(a) Terangkan sebab orang Melayu menentang gagasan Malayan Union.   

·         Harold MacMichael mengugut raja
·         Raja dipaksa menerima Malayan Union
·         Raja tidak berpeluang berunding
·         Masa tidak sesuai adakan perubahan
·         Kuasa raja Melayu terhakis
·         Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
·         Menentang kerakyatan jus soli
·         Status quo orang Melayu akan hilang
·         Orang Melayu akan mundur
 [8 markah]


(b) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh orang Melayu membantah Malayan Union.

·         Menulis bantahan dalam akhbar
·         Adakan demonstrasi secara aman
·         Berkumpul bersama raja di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
·         Menghidupkan semula pertubuhan Melayu
·         Menubuhkan UMO (United Malays Organization)
·         Mengadakan Kongres Melayu Pertama
·         Menubuhkan UMNO
·         Mengadakan Kongres Kedua
·         Mengadakan rapat umum
·         Minta sokongan pegawai British
 [6 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya membatalkan gagasan Malayan Union ?

Perpaduan orang Melayu
Pemimpin berwibawa
Bangkit bersama di seluruh negara
Ketegasan orang Melayu
Sokongan raja Melayu
Sokongan bekas pegawai British
Kaedah secara rundingan
Mana-mana jawapan munasabah
            [6 markah]

HANGAT SENGOTI – LAMBANG NEGARA
Soalan ESEI

(a) Jelaskan sejarah penciptaan lagu Negaraku.

Dicipta pada tahun 1957
Dicipta untuk menggantikan lagu “God Save The Queen”
Dipilih daripada empat buah lagu
Pemilihan diadakan di Depoh Polis, KL
Diperdengarkan oleh Pancaragam polis
Lagu Terang Bulan dipilih
Diperkenankan oleh Jemaah Raja-Raja
Lirik lagu Negaraku digubah oleh Encik Saiful Bahri
            [6 markah]

(b) Terangkan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.

Malaysia adalah negara kita
Malaysia tempat kelahiran warganya
Malaysia tempat tinggal rakyatnya
Rakyat Malaysia hidup bersatu padu
Rakyat mestilah bersatu padu
Perpaduan hendaklah diutamakan
Perpaduan boleh memajukan negara
Kita hendaklah bersama-sama memajukan negara
Negara Malaysia sentiasa makmur
Kemakmuran negara anugerah Tuhan
Kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran negara
Kita hendaklah menjunjung kedaulatan Raja Melayu
Tumpahkan kesetiaan kepada negara
Mempertahankan kedaulatan negara
            [8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk mencegah gejala menghina lagu Negaraku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?

Memberi nasihat
Mengadakan sesi kaunseling
Beri tunjuk sebab
Tindakan saman
Denda yang tinggi
Penjara mandatori
Menjalankan khidmat sosial
Amaran dilucutkan kerakyatan
Buang daerah
            [6 markah]


TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

Tajuk PANAS pun jangan pulak demo abai. Antara tajuk Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan tajuk Nasionalisme di Asia Tenggara, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 3. Antara tajuk Perang Dunia Pertama dengan tajuk Blok Dunia & Perang Dingin, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 9. Tajuk Langkah Pembentukan Malaysia, kawe rasa ada harapan besar.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...


PANAS – BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

(a) Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut ?

·         Mengamalkan pemerintahan beraja
·         Raja mengetuai kerajaan
·         Raja berkuasa mutlak
·         Raja menjadi ketua pentadbiran, ketua agama, ketua hakim dsb.
·         Raja dibantu pembesar pusat
·         Pembesar tempatan diberi kuasa mentadbir daerah
·         Meniru pentadbiran Tanah Besar China
·         Pegawai terdiri drp golongan Mandarin
Pegawai dipilih melalui peperiksaan
            [2 markah]

(b) Bagaimanakah pentadbiran Union Indochinoise dilaksanakan semasa penjajahan Perancis di IndoChina ?

·         Menubuhkan kerajaan pusat (Union Indochinoise)
·         Menggabungkan Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu pentadbiran
·         Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat
·         Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor, Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
·         Menubuhkan biro (jabatan)
·         Melantik orang Perancis mengetuai biro
·         Menggunakan undang-undang Perancis
·         Undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.
            [2 markah]

(c) Semasa menjajah Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem encomienda. Apakah maksud sistem tersebut ?

Pentadbiran di peringkat tempatan
Menggabungkan barangay menjadi sebuah encomienda
Encomienda diketuai oleh encomiendero
            [2 markah]

(d) Nyatakan tugas encomiendero.

Memungut cukai
Menjaga keamanan encomienda
Mengkristiankan penduduk
            [2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah sistem encomienda dibenci oleh penduduk tempatan ?

Penduduk dijadikan buruh paksa
Penduduk dijadikan tentera kerahan
Penduduk dikenakan cukai tinggi
Penduduk dipaksa memeluk Kristian
Pembesar tempatan dilucutkan kuasa
Undang-undang Barat dikuatkuasakan
Hasil dibolot oleh penjajah
            [2 markah]

PANAS – NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

 (a) Berikan dua matlamat perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.

·         Menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol
·         Mendapatkan hak bangsa Filipina sama dengan bangsa Sepanyol
·         Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi & sosial
            [2 markah]

(b) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Andres Bonifacio dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.

·         Menubuhkan parti Katipunan
·         Menuntut kemerdekaan
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
·         Menyebarkan fahaman revolusi
·         Melancarkan revolusi bersenjata
            [2 markah]

(c) Apakah faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Thailand ?

·         Tidak suka akan pemerintahan raja berkuasa mutlak
·         Kerabat diraja membolot kuasa politik
·         Sikap raja yang boros.
·         Ekonomi Thai dikuasai kapitalis Barat
·         Ekonomi Thai dikuasai orang Cina
·         Penyebaran kebudayaan Cina
            [2 markah]

(d) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk menyekat pengaruh orang Cina di Thailand ?

·         Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
·         Menamatkan penerbitan akhbar Cina
·         Membubarkan sekolah Cina
·         Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
·         Pegawai kerajaan mesti beragama Buddha
            [2 markah]


(e) Pada pendapat anda, mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?

·         Tidak menuntut kemerdekaan
·         Mengubah sistem beraja mutlak
·         Bukan antipenjajah
·         Tidak menggulingkan raja
·         Tidak merampas kuasa
·         Menyekat penguasaan golongan kapitalis dan Cina dalam ekonomi
·         Menyekat penyebaran kebudayaan Cina
·         Bertujuan mengekalkan kemerdekaan
            [2 markah]

PANAS – LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Soalan STRUKTUR

 (a) Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).

Donald Stephens -  Pengerusi
Tunku Abdul Rahman
Ong Yoke Lin
Khir Johari
Lee Kuan Yew
Tun Datu Mustapha Datu Harun
            [2 markah]

(b) Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam menjayakan pembentukan Malaysia ?

Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
Meninjau pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia
Menilai pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
            [2 markah]

(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dalam merealisasikan pembentukan Malaysia.

Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kpd pihak British.
Menerima memorandum oleh pelbagai pertubuhan.
Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
            [2 markah]

(d) Apakah laporan Suruhanjaya Cobbold berhubung pendirian rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia ?

Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat
Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah tidak bersetuju
Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan syarat
            [2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?

Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak dan Sabah
Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
Mewujudkan pasaran yang lebih luas
Menggalakkan industri pertanian
Memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
Memajukan pertanian
Memindahkan teknologi
Menambahkan kecekapan dalam pentadbiran negeri
            [2 markah]


PANAS – PERANG DUNIA PERTAMA
Soalan ESEI

 (a) Terangkan sebab yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 – 1918.

Kemunculan nasionalisme di Eropah
Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
Persaingan mendapatkan tanah jajahan
Persaingan merebut peluang ekonomi
Imperialisme Baru –  mendapatkan bahan mentah dan pasaran
Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
            [8 markah]

(b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.

Tamatnya sistem beraja di Eropah.
Termeterainya Perjanjian Versailles
Terbentuknya  negara baru.
Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
Negara berperang menanggung hutang.
Masalah inflasi dan pengangguran.
Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
Kehilangan nyawa yang banyak.
Pencetus Perang Dunia Kedua.
            [8 markah]


(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan ?

Eratkan hubungan diplomatik
Jangan bentuk pakatan negara
Elakkan persaingan ideologi
Cegah perlumbaan senjata
Tingkatkan peranan PBB
Jangan campuri urusan politik negara lain
Jangan alihkan isu ekonomi negara melalui propoganda peperangan
Tingkatkan kemajuan ekonomi negara
            [4 markah]

PANAS – BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
Soalan ESEI

 (a) Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya blok dunia ?

Ideologi berbeza.
Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
Persaingan Amerika dengan Rusia.
Ingin membuktikan kekuatan
Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
Ingin memajukan kepentingan masing-masing
            [6 markah]


(b) Jelaskan perbezaan antara ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.

Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
Negara komunis secara diktator.
Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.
            [8 markah]


(c) Kewujudan blok dunia mencetuskan perang dingin. Pada pendapat anda, apakah kesan perang dingin terhadap negara membangun ?

Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
Berlakunya perlumbaan senjata.
Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri
Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau
            [6 markah]

* di copy drpd : http://cgzakariasej.blogspot.com
hanya untuk dikongsi bersama teman-teman