Selasa, 27 Januari 2015

Bahagia dalam duka


Kadangkala dalam hidup ini, 
kita tak boleh terlampau meminta, 
meskipun  kita terlalu memerlukannya.
Hari ini saya sedar, jika sememangnya Allah belum memberi, 
mintalah bagaimanapun, usahalah bagaimanapun, 
kita tak akan mampu mencapainya.

Kadangkala saya terfikir,
 mengapa hari demi hari
tahun demi tahun saya diuji.
Tapi Alhamdulillah, 
saya masih mampu berdiri, 
bangun daripada kegagalan, kejatuhan
 dan membina semangat baru 
untuk terus melangkah.

Terima kasih untuk mereka yang sentiasa berada disisi,
 menyokong saya untuk tetap teguh berdiri,
 sama ada saya sedar mahupun tidak.
Kadangkala, 
sesuatu perkara itu terlampau mudah bagi sesetengah orang,
 dan begitu sukar bagi kita untuk menghadapinya.

Salah seorang daripada rakan saya pernah berkata:
“Kau tak pernah terfikir ke,
 kanapa senang sangat orang lain minta, terus dapat. 
Tak payah nak buat surat rayuan,
 libatkan orang atas.
 Dalam masa beberapa hari terus dapat jawapan. 
Sedangkan kau? 
Berbulan-bulan kau tunggu. 
Macam-macam rintangan kau hadapi. 
Tapi akhirnya?
 Kau tetap dengan dia. 
Kau tak terfikir ke mungkin ada hikmah disebalik semuanya?
 Percayalah, pasti ada hikmah…”

Ya, saya percaya.
 Dan saya cuba untuk terima hakikat.
 Tapi saya tak mampu! 
Saya tak rasa saya mampu.
 Itu kata-kata saya beberapa bulan lepas. 
Tetapi lihatlah,
 sehingga hari ini, 
masalah saya belum selesai dan
 saya masih mampu melakar senyuman
 walau penuh dengan kepalsuan.
Saya harap saya dapat terus bertahan, 
mencipta kenangan, melakar impian dan harapan.

Ok, stop kisah duka.

Bermulalah kisah bahagia…

Betullah kata orang, 
dalam kedukaan itu pasti ada sinar bahagia. 
Dalam gelapnya malam,
 ada cahaya bulan menerangi.

Hari ini, 
saya terima hakikah bahawanya kita tidak boleh melihat,
 memandang seseorang itu melalui pandangan luaran sahaja.
Jika kita tenung,
 kita lihat hati budi seseorang itu,
 pasti kita akan temui kemanisannya.
 Keserasian kita bersama.

Tak semestinya orang yang garang, 
muka ‘tak de’ perasaan itu sememangnya tiada perasaan.
 Hanya kita perlu melihat dan menilai, 
bukan melihat dan menghukum.
Bagaikan terasa diri ini berada di awangan, 
dibelai dan dimanjai. 
Terasa kasihnya seorang ibu disitu.

Semalam,
 hari pertama saya masuk wad.
Ya, wad yang terkenal dengan kesibukannya.
 Untuk keluar rehat, memang kena manage time.
 Kalau tak, kelaparanlah hingga balik.
Masuk je wad, terbayang kenangan lama. 
Semasa menjadi pelajar junior.
 Takut-takut, selalu kena marah dengan Tutor, Sister, Doktor, Staff Nurse…

Tapi semua itu  adalah proses untuk mengajar.
 Bukan marah tidak bersebab. 
Mendidik supaya kita lebih teliti dan perihatin. 
Menjadi pelajar yang cekap dan efektif.

Dapat je assignment, 
terus menuju ke kubikel masing-masing.
 Ambil data pesakit, diagnosis,
 dan bersedia menungu SN shift pagi, SN shiff malam pass report.
Terkejut bukan main bila staff nurse yang di assign kan untuk jaga saya merupakan salah seorang SN yang ‘disater’..
 terlampau terkenal sehingga 
setiap batch student nurse akan kenar this ‘SN’…

Redha, dan bertawakal..
 itu sahajalah yang mampu.
Tamatnya waktu bekerja, Alhamdulillah!!
‘Disaster Nurse’ become ‘The Best SN in the ward’…. Hahaha
Setiap manusia itu berubah. 
Belajar daripada kesilapan…
Thank for the ‘SN’ because I learn about a lot of things, today.. J

Bial kita senangkan kerja orang, 
kita jalankan tanggungjawab kita, 
In syaa Allah,
 orang akan senang dengan kita 
dan memberikan kerjasama TERBAIK!!

** Pssttt.. Hari ni birthday my roommate!
Setiap tahun, tak pernah lupa wish.
Tahun ni, sengaja tak wish, saja buat dia tertunggu-tunggu.. hahahha
(ye ke..??)
Sorry, no present fo this year..







Khamis, 22 Januari 2015

posting

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, hari ini saya bersama rakan-rakan
 berjaya menduduki peperiksaan penilaian berterusan (CONASS) terakhir kami,
 sebagai pelajar jururawat.
Dengan berakhirnya CONASS, bermulalah kisah hidup kami yang sibuk dan teramatlah sibuk...
Bekerja, assignmment, 
bagaikan melambai-lambai supaya kami menghampirinya.

Hari ini juga, saya mendapat tahu bahawa saya akan ditugaskan menjalani latihan praktikal Management in Nursing, 
di wad medikal respiratori (12U)
Hurm.. punya lah lama tak menjejakkan kaki ke wad ini,
akhirnya dipertemukan kembali disini.
Betullah apa yang sering orang cakap, jangan membenci sesuatu kerana mungkin itulah yang bakal kamu dapat, kamu hadapi.
Kalau dulu, punyalah berdoa agar tak ditugaskan di wad ini, yang terkenal dengan kesibukannya dalam memberi rawatan dan perawatan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Ya,
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Maka, kesabaran dan keikhlasan dalam bekerja itu penting bagi memperoleh hasil yang baik..
Pasti, ada hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup ini.
Meskipun takut untuk menghadapi cabaran semasa menjalankan tugas,
ditambah pula dengan status 'final year student' yang disandang,
beban yang digalas terasa begitu berat,
 bagaikan tidak mampu untuk memikulnya.

Namun saya yakin, usaha dan doa itu tangga kejayaan. 
In Syaa-Allah, doakan saya dapat melakukan yang terbaik dan menjadi insan yang berguna kelak.
Moga apa yang dihajatkan akan menjadi kenyataan.

Aaminn...

Sabtu, 10 Januari 2015

Pengalaman mendewasakan kita..






Assalamualaikum...
Hurm, dah berzaman lamanya tak update blog. 
Tak sangka, masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Pejam celik, pejam celik..
2015...
Dengan bermulanya tahun baru, 
maka umur pun makin bertambah.
Tugas dan tanggung jawab juga makin besar..

Rasa macam baru je update tentang orientasi, keseronokan belajar sebagai pelajar jururawat,
dah masuk tahun akhir!
In syaa Allah, by the end of the year, 
I'm going to be a Staff Nurse!
Satu kerjaya yang langsung tak pernah terfikir, tak pernah bayangkan, dan tak ramai orang yang impikan.
Tapi, pekerjaan inilah antara pekerjaan yang mulia sebenarnya.

Mungkin ramai yang mencemuh, 
"Alah, takat jadi Nurse. Gaji ciput je.."
"Nurse tu buat kerja kotor. Cuci Najis orang.."
"Nurse.."
"Nurse..."

Tahukah anda, sebagai seorang jururawat, banyak yang kami belajar.
Apa itu erti kesabaran, budi pekerti, keikhlasan..
Ya, mungkin nurse satu pekerjaan yang dianggap 'kotor' atau 'geli'..
Tak salah.. sebab kita langsung tak didedahkan dengan apa itu jururawat
Apa tugas jururawat...

Dahulu, saya juga berfikiran seperti anda.
Saya pernah menjaga nenek di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Bila mak suruh jaga nenek, perkara pertama yang terlintas difikiran saya,
"Alahh.. Nanti tok berak macam mana? Siapa nak basuh? Siapa nak tukar pampers?"
itulah yang saya fikir..ketika berumur 17 tahun, tanpa menyedari tahun berikutnya, itulah tugas saya setiap hari.
Menjaga, merawat, memandikan, menukar lampin...
Mungkin tidak ikhlas dan terpaksa pada mulanya. 
Lama kelamaan, perkara tersebut menjadi rutin dan mula timbulnya rasa ikhlas bila kita membantu seseorang yang tidak terdaya dan memerlukan bantuan kita. 
Mula terfikir, "Kalau bukan aku yang buat, siapa?"
"Jika aku berada ditempat mereka, macam mana?"
Setiap hari bekerja, 
saya mulai suka dengan tugas saya.
Jururawat bukan hanya memegang folder dan ikut doktor buat round macam kita tengok dalam drama.
Tugas jururwat besar!
Hanya orang yang sering berkunjung ke hospital mengetahuinya..
Hari-demi hari, keinsafan diri makin meninggi.
Melihat pesakit, timbul rasa bersyukur dengan takdir yang Allah tentukan
Tentu ada sebab, mengapa aku menjadi antara yang terpilih untuk berkhidmat didalam satu bidang yang mulia ini.
Setiap kali melihat persakit, saya amat bersyukur kerana diberi kesihatan, anggota badan dan akal yang sempurna.
Teringat kisah lampau, berapa banyak kali saya accident dan sebagainya, 
namun Allah masih memberi peluang pada saya untuk hidup dan Alhamdulillah, saya tk pernah admit didalam wad. 

Semakin banyak saya belajar, semakin banyak ilmu dan pengalaman saya dapat.
Mula timbul rasa kesal..
"Kalau dari dulu aku belajar nurse, tau lah jugak nak jaga tok dalam wad.. Tak de la tengok je apa diorang buat, tanpa tahu apa-apa."

Tahun lepas, atok saya pula dimasukkan kedalam.
"Angah, balik kampung. Wan tenat, masuk hospital" itulah kata ibu saya.
Pelik, memang pelik.. Atok memang pernah dapat strok, tapi dah ok. boleh berjalan. Kenapa, ye?
Saya bergegas pulang kekampung dan mengambil peluang menjaga atok saya. 
Terkejut bila dimaklumkan atok di diagnoskan "dihydration and TRO lung ca."
Saya tak bagi tahu keluarga, bimbang mereka risau.
Saya ambil peluang yang ada memberi perawatan pada atok saya sendiri. 
Mandikan, salinkan lampin, memberi minum melalui tiub nasogastrik.
Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu didada, saya berjaya berbakti pada atok.
Terubat sudah rasa terkilan dihati, kerana tidak pernah memandikan, apatah lagi menyalin lampin nenek dahulu.
Hanya mampu menunggu dan melihat jururawat yang bertugas.
Mungkin kerana itu, saya tak pernah rasa sakit hati atau marah pada ahli keluarga yang menemani pesakit seperti suami/isteri atau anak mereka meminta kami, sebagai jururawat menukar lampin atau membantu ke tandas.
Kerana saya juga mengalaminya dulu!
Saya pernah berada ditempat mereka suatu ketika dahulu..
Saya langsung tak membantu jururawat yang bertugas...

Disebabkan umur atok, dan faktor kesihatan yang tidak baik, ibu saudara saya bersetuju untuk sign form not allowed ressusitation..
Mungkin maksu tahu, atau mungkin juga tidak apa maksudnya form tersebut.. tapi, entahlah!
Bukan saya tak setuju, tetapi sebagai ahli perawatan kesihatan, saya ada sebab tersendiri mengapa saya tak setuju!
Hanya 2 hari berpeluang menjaga atok, dan kemudiannya terpaksa kembali ke Kuala Lumpur.
Kebetulan, final examination is around the corner.
Dengan niat dihati, cuti semester nanti boleh jaga atok..
Beberapa minggu kemudian, atok meninggalkan kami.
Rasa terkilan dihati tetap ada, namun apakah daya...
Ajal maut ditangan tuhan.

Semakin meningkat semester, semakin banyak yang saya belajar.
Alhamdulillah, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari dengan memberikan nasihat kesihatan, kepada keluarga saya terutamanya.
Emak - Darah Tinggi
Abah - Kencing manis
Setiap kali cuti semester, saya tak pernah lupa untuk "follow-up" ibubapa saya.
Saya sentiasa melihat ubat-ubatan yang dibekalkan doktor kepada mereka, dan memastikan mereka mengambil ubat yang betul, dengan dos dan masa yang betul.

Kadangkala saya terfikir, saya penjaga pesakit dihospital,
memberikan perawatan yang terbaik.
Tetapi, mampukah saya membuat perkara yang sama kepada keluarga saya,
pabila dibebani bebanan kerja nanti?
Namun begitu, saya percaya.
Jika saya bekerja dengan ikhlas, dan memberikan perawatan yang sempurna,
In Syaa Allah, jururawat lain diluar sana akan membuat perkara yang sama pada keluarga saya.

Doakan saya berjaya menempuh tahun akhir ini dengan jayanya.
In Syaa Allah.. 
:)