Pengalaman mendewasakan kita..






Assalamualaikum...
Hurm, dah berzaman lamanya tak update blog. 
Tak sangka, masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Pejam celik, pejam celik..
2015...
Dengan bermulanya tahun baru, 
maka umur pun makin bertambah.
Tugas dan tanggung jawab juga makin besar..

Rasa macam baru je update tentang orientasi, keseronokan belajar sebagai pelajar jururawat,
dah masuk tahun akhir!
In syaa Allah, by the end of the year, 
I'm going to be a Staff Nurse!
Satu kerjaya yang langsung tak pernah terfikir, tak pernah bayangkan, dan tak ramai orang yang impikan.
Tapi, pekerjaan inilah antara pekerjaan yang mulia sebenarnya.

Mungkin ramai yang mencemuh, 
"Alah, takat jadi Nurse. Gaji ciput je.."
"Nurse tu buat kerja kotor. Cuci Najis orang.."
"Nurse.."
"Nurse..."

Tahukah anda, sebagai seorang jururawat, banyak yang kami belajar.
Apa itu erti kesabaran, budi pekerti, keikhlasan..
Ya, mungkin nurse satu pekerjaan yang dianggap 'kotor' atau 'geli'..
Tak salah.. sebab kita langsung tak didedahkan dengan apa itu jururawat
Apa tugas jururawat...

Dahulu, saya juga berfikiran seperti anda.
Saya pernah menjaga nenek di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Bila mak suruh jaga nenek, perkara pertama yang terlintas difikiran saya,
"Alahh.. Nanti tok berak macam mana? Siapa nak basuh? Siapa nak tukar pampers?"
itulah yang saya fikir..ketika berumur 17 tahun, tanpa menyedari tahun berikutnya, itulah tugas saya setiap hari.
Menjaga, merawat, memandikan, menukar lampin...
Mungkin tidak ikhlas dan terpaksa pada mulanya. 
Lama kelamaan, perkara tersebut menjadi rutin dan mula timbulnya rasa ikhlas bila kita membantu seseorang yang tidak terdaya dan memerlukan bantuan kita. 
Mula terfikir, "Kalau bukan aku yang buat, siapa?"
"Jika aku berada ditempat mereka, macam mana?"
Setiap hari bekerja, 
saya mulai suka dengan tugas saya.
Jururawat bukan hanya memegang folder dan ikut doktor buat round macam kita tengok dalam drama.
Tugas jururwat besar!
Hanya orang yang sering berkunjung ke hospital mengetahuinya..
Hari-demi hari, keinsafan diri makin meninggi.
Melihat pesakit, timbul rasa bersyukur dengan takdir yang Allah tentukan
Tentu ada sebab, mengapa aku menjadi antara yang terpilih untuk berkhidmat didalam satu bidang yang mulia ini.
Setiap kali melihat persakit, saya amat bersyukur kerana diberi kesihatan, anggota badan dan akal yang sempurna.
Teringat kisah lampau, berapa banyak kali saya accident dan sebagainya, 
namun Allah masih memberi peluang pada saya untuk hidup dan Alhamdulillah, saya tk pernah admit didalam wad. 

Semakin banyak saya belajar, semakin banyak ilmu dan pengalaman saya dapat.
Mula timbul rasa kesal..
"Kalau dari dulu aku belajar nurse, tau lah jugak nak jaga tok dalam wad.. Tak de la tengok je apa diorang buat, tanpa tahu apa-apa."

Tahun lepas, atok saya pula dimasukkan kedalam.
"Angah, balik kampung. Wan tenat, masuk hospital" itulah kata ibu saya.
Pelik, memang pelik.. Atok memang pernah dapat strok, tapi dah ok. boleh berjalan. Kenapa, ye?
Saya bergegas pulang kekampung dan mengambil peluang menjaga atok saya. 
Terkejut bila dimaklumkan atok di diagnoskan "dihydration and TRO lung ca."
Saya tak bagi tahu keluarga, bimbang mereka risau.
Saya ambil peluang yang ada memberi perawatan pada atok saya sendiri. 
Mandikan, salinkan lampin, memberi minum melalui tiub nasogastrik.
Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu didada, saya berjaya berbakti pada atok.
Terubat sudah rasa terkilan dihati, kerana tidak pernah memandikan, apatah lagi menyalin lampin nenek dahulu.
Hanya mampu menunggu dan melihat jururawat yang bertugas.
Mungkin kerana itu, saya tak pernah rasa sakit hati atau marah pada ahli keluarga yang menemani pesakit seperti suami/isteri atau anak mereka meminta kami, sebagai jururawat menukar lampin atau membantu ke tandas.
Kerana saya juga mengalaminya dulu!
Saya pernah berada ditempat mereka suatu ketika dahulu..
Saya langsung tak membantu jururawat yang bertugas...

Disebabkan umur atok, dan faktor kesihatan yang tidak baik, ibu saudara saya bersetuju untuk sign form not allowed ressusitation..
Mungkin maksu tahu, atau mungkin juga tidak apa maksudnya form tersebut.. tapi, entahlah!
Bukan saya tak setuju, tetapi sebagai ahli perawatan kesihatan, saya ada sebab tersendiri mengapa saya tak setuju!
Hanya 2 hari berpeluang menjaga atok, dan kemudiannya terpaksa kembali ke Kuala Lumpur.
Kebetulan, final examination is around the corner.
Dengan niat dihati, cuti semester nanti boleh jaga atok..
Beberapa minggu kemudian, atok meninggalkan kami.
Rasa terkilan dihati tetap ada, namun apakah daya...
Ajal maut ditangan tuhan.

Semakin meningkat semester, semakin banyak yang saya belajar.
Alhamdulillah, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari dengan memberikan nasihat kesihatan, kepada keluarga saya terutamanya.
Emak - Darah Tinggi
Abah - Kencing manis
Setiap kali cuti semester, saya tak pernah lupa untuk "follow-up" ibubapa saya.
Saya sentiasa melihat ubat-ubatan yang dibekalkan doktor kepada mereka, dan memastikan mereka mengambil ubat yang betul, dengan dos dan masa yang betul.

Kadangkala saya terfikir, saya penjaga pesakit dihospital,
memberikan perawatan yang terbaik.
Tetapi, mampukah saya membuat perkara yang sama kepada keluarga saya,
pabila dibebani bebanan kerja nanti?
Namun begitu, saya percaya.
Jika saya bekerja dengan ikhlas, dan memberikan perawatan yang sempurna,
In Syaa Allah, jururawat lain diluar sana akan membuat perkara yang sama pada keluarga saya.

Doakan saya berjaya menempuh tahun akhir ini dengan jayanya.
In Syaa Allah.. 
:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta