Rabu, 18 Januari 2012

I MISS YOU....

Assalamualaikum...
Hurm, rasanya dah lama aku x berceloteh kat sini semenjak sibuk study untuk SPM..
Actually, bukan study pun..hak3
Ntah la, apa yang nak jadi dengan aku ny..

Oke, skunk ny bkn aku na ctew pasal SPM, sekolah or kawan2..
Tapi, hari ny aku nak ctew pasal Almarhumah TOK aku...
a.k.a nenek or Ibu kpd aya aku...


Ini la satu-satunya gambar family ak dgn arwah tok time raya 2 thn lepas..

Bila dikenangkan balik, banyak masa yang aku sia-sia kan sepanjang tok aku masih hidup...
Aku x pernah menghargai kehadiran tok. Bukan tidak menghargai, tetapi lebih kepada kurang menyedari... Mungkin sebab My Daddy yang bertugas sebagai NAVY suatu ketika dahulu menyebabkan kami kurang bersama dengan tok daripada sebelah abah mahupun sebelah mak... Komitmen abah terhadap kerja menyebabkan kami kurang berpeluang untuk pulang ke kampung. Mungkin sekali atau dua kali setahun, barulah kami berpeluang untuk pulang ke kampung. Maka, kami kurang mesra dengan keluarga di kampung...

Akhir-akhir ini, lebih kurang 2 thn yg lepas, tok sering sakit dan dikejarkan ke hospital. Semenjak tue, kami lebih banyak meluangkan masa bersama dengan tok. Setiap kali tok masuk wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, kami sering berkunjung ke sana. Mak dan abah akan bergilir-gilir menjaga tok di wad manakala aku dan kakak ditugaskan untuk menjaga adik2 di rumah rehat, Alhamdulillah, rumah rehat atau Balai Pelawat yang disediakan oleh pihak hospital memberikan 1001 kemudahan buat kami. Dengan keadaan yang selesa dengan segala keperluan seperti rumah yang lengkap, kami dapat tidur lena. Hanya perlu bawa toto dan bantal sahaja..

Suatu hari, ketika aku sedang menelaah pelajaran untuk Peperiksaan Percubaan SPM (di Perak) , mak menelefon dan mengatakan tok sakit teruk.. Ketika itu, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan berdoa semoga tok cepat sembuh.. Tidak mungkin untuk aku pulang ke kampung dan meninggalkan peperiksaan yang sedang berjala. Tambahan lagi untuk mencari tiket bas pada saaat-saat akhir, amat meragukan. AKu sangat risau memandangkan mak cakap yang semua anak cucu balik untuk melawat tok... Peluang tok hanya 50-50. Semua mengambil peluang untuk memohon keampunan daripada tok. Sedangkan aku???

Alhamdulillah, tok sembuh seperti sediakala meskipun masih lemah. Aku amat bersyukur kerana masih berpeluang untuk bertemu dengan tok. Walaupun di zaman kanak-kanakku aku tidak begitu mengenali tok, pabila meningkat dewasa aku mula memahami dan mendekatkan diri dengan tok.

Seminggu selepas tamat menduduki SPM, mak menelefon sekali lagi dan memohon aku balik dengan kadar segera untuk menjaga tok di wad memandangkan anak-anak yang lain mempunyai urusan tertentu dan menghalang mereka untuk menjaga tok... Aku sekali lagi ke Hospital Sultanah Bahiyah. Aku sudah merasakan hospital itu sebagai kampung ke-3 memandangkan tok acapkali dimasukkan ke hospital tersebut hinggakan aku boleh menghafal setiap ceruk hospital. Maklumlah...kaki jalan. Semua ceruk aku nak pergi.

Kali ini, aku menjaga tok di wad CRW. Inilah kali pertama aku menjaga tok di hospital... Memandangkan aku sudah bebas daripada sebarang komitmen untuk belajar dan sebagainya, maka aku telah dipilih untuk menjaga tok. Masih kuteringat kenangan semasa memandikan, memakaikan baju tok. Buat pertama kali juga, buat seumur hidupku, aku menyuap makanan pada tok sementelah aku hanya pernah menyuap makanan pada adik-adikku sahaja... Pada dinihari, tok kejutkan aku untuk minum air dan sebagainya. Kasihan aku melihat tok terpaksa menelan berjenis-jenis ubat dan memakai oksigen...

Mungkin, itu merupakan petanda bahawa ianya adalah pengorbanan pertama dan terakhir aku menjaga tok.. Beberapa hari kemudian, tok dibenarkan keluar wad selepas 24 hari ditahan. Aku pula kembali ke Perak 2 hari kemudian untuk memulakan hari pertamaku sebagai operator telefon.. Itulah pengalaman pertamaku bekerja.

Hujung minggu pula aku pulang ke Terong, rumah tok angkat aku, sementelah aku tinggal di Lumut,Perak bersama Ibu Saudara atau mak angkat aku... Keesokan harinya, mak menelefon dan memintaku pulang segera kerana tok sakit teruk. Kali ini, seperti kali pertama juga, sanak saudaraku pulang dan memohon maaf daripada tok. Malangnya. aku tidak dapat pulang kerana Kad Pengenalan dan pakaianku berada di Lumut. Aku memikirkan untuk pulang sehari atau dua hari kemudian. Malangnya, hasratku itu tidak kesampaian pabila tok pulang ke Rahmatullah pada jam 9 p.m di hadapan seluruh ahli keluarga, kecuali A.K.U....
Betapa luluh dan hancurnya hatiku pabila mak memaklumkan berita tersebut selepas subuh hari berikutnya kerana terlupa ekoran terlampau sibuk menguruskan jenazah tok. Aku lupakan pakaian dan I.C yang ditinggalkan.. Mama bergegas menghantarku ke Stesen bas Kemunting. Malangnya, bas penuh dan hanya ada pada jam 10 a.m.

Setibanya ke Butterworth, aku menaiki bas ke Alor Star. Dalam perjalanan, kakak aku menelefon dan mengatakan tok sudah dikebumikan... Betapa luluh dan ancurnya hatiku.. Namun perjalanan masih diteruskan. Aku menaiki bas pula ke Pendang... Setibanya di kampung, hanya kuburnya dapat kulihat.

Aku terkilan.... Tok tak sempat melihat aku ke menara gading... Aku begitu ingin melihat tok menghantarku ke universiti... Namun, kita hanya merancang dan tuhan jualah yang menentukan

"Tok, mimi minta maaf di atas segala kesilapan yang mimi lakukan selama ini... Mimi sayangkan tok...  Walaupun mimi x pernah mengucapkannya, ketahuilah mimi sangat sayangkan tok.."