Mengapa Dia??

              “Kenapa kau senyap aja?” Tanya Jazman pada suatu petang yang indah di sebuah taman yang indah berhampiran kolej kediamanku. Ketika itu, kami baru sahaja habis kelas Ekonomi.


               “Apasal? Kau nak aku bising macam mana? Melalak? Menyanyi? Ops…aku tak pandai nyanyi lagu rancak. Lagu sedih-sedih yang boleh buat orang nangis aku pandai lah”balasku sambil ketawa.

                 “Tak payahlah kau nak buat stupid lawak kat aku. Gelak pun tak ikhlas. Nampak sangat buat-buat” balas Jazman sambil mencebirkan bibirnya.

                “Ye ke? Wah,terror lah kau boleh tilik muka orang ikhlas ke tak. Kau belajar dari mana wey? Tak nak share-share dengan aku ke?” jawabku sambil ketawa.

                “Mysara!! Stop it!” Tegas Jazman dengan nada marah.

                “Kenapa kau ni? Nak marah-marah pulak. Releks ar bro. Tak macho ar marah-marah macam ni”

                 “Jangan buat –buat tak tau pulak. Yes, aku mengaku aku baru rapat dengan kau tiga bulan. Dulu kita cuma kenal muka dan nama aja. Tak pernah bertegur sapa. Dan sekarang, aku boleh dikatakan rapat dengan kau. So, story masalah kau kat aku. Maybe aku boleh tolong”

                 “Masalah apa ni? Hey,sudahlah. Mengarut lah kau ni. Aku okey lah. Tak ada problem pun.” Balasku bengang. Jazman sering mengambil tahu perihalku membuatkan kadangkala aku rimas bersamanya.

                “Sara…” Nada suara Jazman lembut kini. Lebih kepada nada merengek kepada seorang kekasih. Kekasih? Please lah Jazman ada kekasih. Dengan muka poyo, selekeh, rambut panjang. Ada ke orang nak mamat ni?

               “Herm,wey. Kau mimpi apa ni? Mula-mula marah. Lepastu panggil aku macam aku makwe kau je. Hish,geli-geleman aku.”

              “Nur Shafiza Mysara!” Nadanya bertukar tegas semula.

              “Yup” Balasku pantas. Terkejut dengan respondnya yang tiba-tiba itu.

              “Aku tau kau ada masalah. Cuma aku tak tau apa masalah kau. Aku tau aku baru sangat kenal kau. Tapi masa tiga bulan dah cukup buat aku faham sikap kau. Aku bukan nak menyebuk. Tapi, sebagai seorang rakan aku rasa terpanggil untuk membantu kau. Kau juga pernah cakap kat aku dulu. Sebagai kawan, kita tak boleh simpan rahsia sorang-sorang. Sharing is caring” pujuk Jazman lembut.

              “Wey,kau janganlah cakap macam tu. Aku rasa sedihlah. Tolonglah jangan ambil berat pasal aku. Aku rasa terharu lah. Ini yang membuatkan aku rasa nak menangis ni. Kau tau kan aku tak suka menangis? Aku tak suka tengok orang menangis dan aku paling benci kalau aku menangis. Tolonglah faham.”

             “Yes, aku faham kau. Cukup faham. Kau sanggup buat apa aja nak bagi kawan-kawan kau gembira. But, in the same time kau tak kisah hati,perasaan kau terluka. Its not fair! Kau tak adil pada diri kau sendiri. Mana boleh macam tu”

              “Wey, kau jahat. Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila. Aku ingat hari ini dalam sejarah hidup aku. Kau buat aku menangis. Tengok? Ish, mesti buruk muka aku. Benci,benci,benci!!!”

              “Sara! Dengar sini. Sekali sekala tu kita perlu menangis. Bukan buat-buat tabah macam kau ni. Jangan berlagak nak jadi lelaki lah wey. Kau tu perempuan. Aku tau hati kau lembut. Saja aja buat-buat keras. Tengok, aku cakap sikit dah meleleh air mata.”

              “Eh,bila masa pulak aku nak jadi lelaki? Kau tengok baju yang aku pakai ni. Ada nampak macam baju lelaki ke?” balasku cepat. Air mata lekas-lekas aku hapuskan daripada pipiku yang ‘cute’ ini. Lantas, aku berdiri di hadapan Jazman dengan gaya seorang model.

              “Hoi!! Aku ketuk kepala kau kang. Yang kau tenung aku macam nak terkam tu kenapa? Gerun aku. Belasah kang” Marahku apabila aku dapati renungan Jazman tidak seperti selalu. Cepat-cepat aku menunjukkan ‘buku lima’ku yang comel ini betul-betul di hadapan hidung Jazman.

             “Hish, janganlah marah. Kau suruh tengok,aku tengoklah. Bukan senang tuan punya badan buat offer macam ni” balas Jazman sambil ketawa.

              “Kau nampak kasut aku ni? Aku ketuk kepala kau kang benjol”

              “Ok lah. Actually bukan baju or pakaian kau macam lelaki. Tapi jiwa kau. Kau try nak jadi tabah macam lelaki. Nak kuat. Tak menangis. Tak cepat mengalah. Everything”

              “Ye ke? Aku tak perasan pun. Sebenarnya aku ada masalah ar. Waktu silam aku. Sedih tau. Aku asyik menangis je. Terasa sikit, menangis. Kena marah sikit, menangis. Tengok hujan menangis. Tengok TV cerita sedih-sedih, menangis. Baca novel, menangis. Macam orang bodoh kan?” tanyaku sambil melabuhkan semula punggungku di sebelah Jazman.

            “Larh, kenapa teruk sangat sampai macam tu? Kau kena sindrom menangis ke?” tanya Jazman sambi merenungku kurang percaya.

             “Ye la kot” balasku malas.

            “Cerita lah kenapa. Aku pun nak tau jugak. Aku rasa aku tak pernah dengar lagi ada orang yang terkena penyakit macam kau ni” gesa Jazman pula.

            “Mana boleh cerita. Memalukan betul. Alah,cerita lepas. Tak payah lah ungkit balik” dalihku pula.

           “Eh, mana boleh. Kau jugak pernah kata dulu kan,pengalaman itu guru yang terbaik untuk mengajar kita. Belajar daripada kesilapan. Betul tak?”

           “Memanglah. Masalahnya apa kena-mengena dengan kisah silam aku ni?”

          “Memandangkan kita kena belajar daripada pengalaman, aku pun nak lah juga menimba pengalaman daripada kau. Mungkin bila situasi tu berlaku pada aku nanti, aku dah tau dah jalan penyelesaiannya.”

            “Pandai lah kau nak membodek aku suruh bercerita. Tak nak lah. Cerita ni sedih sangat. Nanti aku menangis pulak”

          “Cerita lah. Kau tau tak? Menangis tu terapi minda. Lepas menangis, kau rasa kosong. Tenang sangat. Macam kau dah lepaskan segala-galanya.”

           “Ye ke? Macam ada pengalaman je ni?” tanyaku kurang pecaya sambil ketawa. Lebih-lebih lagi melihat wajah Jazman yang serius itu.

            “Ok lah,memandangkan kau kawan baik aku, aku bagi tau kau satu rahsia besar dalam hidup aku. Tapi jangan gelak tau!”

            “Apa dia? Cepatlah. Aku dah tak sabar ni” balasku sambil ketawa.

            “Ah, mana aci macam ni. Aku tak cerita lagi kau dah gelak.” Marah Jazman pula.

             Aku membetulkan kedudukanku sambil membetulkan suara yang hampir serak natijah khusyuk ketawa dengan pendapat Jazman.

             “Ok,janji tak gelak dah. Apa dia?”

             “Sebenarnya kan, dalam satu bulan mesti ada time untuk aku menangis. Tak kisah lah sebab apa. Frust bercinta ke,duit tak ada ke,tak siap assignment ke,macam-macam lagi lah. Tapi aku tak lah menangis tempat ramai orang. Dalam bilik pun aku tak boleh menangis. Nanti budak satu bilik dengan aku tu tau, habislah heboh satu kolej.Dalam tandas? Tak payahlah. Nanti ada orang kata tandas tu berhantu pulak. Aku ada port sendiri tau. Time aku menangis tu,aku menangis semahu-mahunya. Sepuas-puas hati aku. Aku lepaskan semuanya. Then, aku akan berasa tenang. Kira semua masalah tu dah blah lah. Dah tak ada dalam kepala otak aku. Kira dah selesai. Macam tu lah”

             Aku hanya mendengar cerita Jazman dengan khusyuk. Namun, tiba-tiba aku merasakan perutku seperti di geletek. Aku cuba menahan ketawa untuk mengelakkan Jazman berkecil hati. Namun sesuatu yang lain pula berlaku.

             “Eh, kau ni kenapa? Muka kau merah lah wey. Biru-biru pun ada. Kau sakit ke? Dengan air mata becucuran ni. Eh,tak kan kau sedih kot dengar cerita kau? Siap pegang perut lagi. Kau senggugut ek?” tanya Jazman bimbang dengan riak yang perihatin.

              Disebabkan aku tidak dapat menahan ketawa lagi, maka aku ketawalah sepuas-puas hati aku. Terdapat beberapa orang pelajar yang turut berada di situ tertoleh-toleh melihat aku yang ketawa seperti disampuk. Namun begitu, aku tidak langsung mempedulikan mereka. Aku hanya ingin ketawa sepuas-puas hatiku.

             “Hoi. Yang kau gelak macam hantu naik minyak tu kenapa? Kurang hasam betul. Kau gelak kat aku? Kan aku dah pesan tadi? Tak patut betul. Dah lah tu wey. Kejam gila kau gelak kat aku sampai macam tu sekali.” Marah Jazman dengan mukanya yang merah. Menahan malu mungkin.

             “Ok.sorry,sorry. Lawak sangat. Tak boleh nak control. Remote control aku tak ada bateri. Haha. Macam tak leh percaya je cerita kau ni. Macam cerita dongeng pun ada” balasku dengan sisa-sisa ketawa yang belum reda.

             “Tak nak percaya sudah.” Balas Jazman merajuk.

           “Ok,ok aku percaya. Macam mana kau buat ek? Boleh ada nisbah lagi menangis. Herm,satu lagi. Kau tak rasa segan ke dengan aku? Kan prinsip aku tak suka menangis,tengok orang menangis,dan sewaktu dengannya. Yang kau pulak menangis”

            “Aku peduli apa. Bukannya orang tau. Kalau aku tak bagi tau kau, kau pun tak tau kan? Itulah aku dah cakap tadi. Menangis tu terapi minda.’

              “Ye ke? Susah aku nak percaya.”

              “Ok, kalau macam tu nanti kau menangis. Aku bawak kau pergi port aku, kau menangis puas-puas. Then, barulah kau akan mempercayai kebenaran kata-kata aku ni.”

            “Okey, bila nak pergi?”

            “Wah, macam tak sabar-sabar je ni. Mana pergi prinsip kau?”

             “Kau punya pasal, aku tolak prinsip tu tepi-tepi tu dulu. Kalau idea kau ni tak boleh pakai baru aku guna balik prinsip aku tu.”

          “Ok kalau macam tu nanti kita bincang bila kita nak buat projek ni. Kau jangan berpaling di saat-saat akhir pulak.”

           “Tak, tak mungkin. Aku tak suka mungkir janji dan orang yang suka mungkir janji. Keep my word”

           “Kau memanjang tak suka. Itu tak suka, ini tak suka. Apa yang kau suka entah.”

           “Aku? Aku suka kau!”

          “Bertuah betul aku jika benarlah kata-katamu itu,Bidadariku.”

          “Herm, dah start dah lah tu nak merapu. Sudahlah. Jom balik. Naik haus dah tekak aku ni gelak kat kau”

           “Kau jangan ungkit. Aku segan ni”

           “Haha tau segan. Menangis tak segan. Tak gentleman lah kau ni.”

            “Sebab tu lah aku tak nangis di khalayak ramai. Kira apa yang aku buat aku sorang je lah yang tau. Eh, dahlah. Kau ungkit lagi, aku tak nak dah kongsi apa-apa dengan kau.”

               “Baiklah Bidadaraku. Lets go”





* * * * *





         “Woi hantu! Bukak pintu ni. Aku tendang kang melayang pintu bilik kau ni. Kau keluar sekarang!” jerit Juliana lantang sambil mengetuk pintu bilikku bertalu-talu seperti hendah di robohkan.

         “Adoi… siapa yang kacau aku pagi-pagi buta ni? Aku fire kang,” balasku pula sambil bangun dengan malasnya dari katil dan membuka pintu bilikku.

           “What? Pagi buta? Siap nak fire aku lagi. Yang kau kusut serabai ni kenapa? Eh, mesti kau tak mandi lagi ni. Fuuh, busuk nak mampus. Dengan air liur basi, tahi mata. Kau ni datang dari planet mana ha? Baik kau pergi mandi sebelum aku pulak yang fire kau.” Leter Juliana pula.

         “Yang kau datang bilik aku pagi-pagi buta buat kecoh ni kenapa? Dah sedap dah aku mimpi tadi. Kacau line betullah.” Jawabku marah.

          “Pagi buta? Ni, kau tengok sini” balas Juliana bengang sambil menyelak langsir bilikku yang berwarna biru gelap. Sengaja aku memasang langsir berwarna gelap untuk mewujudkan suasana damai sekaligus menampakkan bilikku sentiasa gelap seperti malam pada setiap masa agar mudah untuk aku menbuta pada bila-bila masa. Dengan terselaknya langsir tersebut, maka cahaya matahari menyerbu masuk terus menjamah kornea mataku. Sepantas kilat aku menutup mataku sebelum kornea mataku terbiasa dengan suasana tersebut. Sebaik sahaja aku membuka mataku, aku melihat Juliana berdiri betul-betul di hadapan aku sambil bercekak pinggang dengan muka yang masam.

          “Ada nampak macam pagi buta tak? Atau mata kau yang buta? Yang kau merengkot lagi kat tempat tidur kenapa? Dah lewat ni. Naik berjanggut aku tunggu kau kat seberang jalan tu ha. Macam tiang elektrik. Yang kau sedap je mimpi.” Serbu Juliana tanpa berhenti.

          “Lah,yang kau tunggu aku kenapa? Aku ada janji nak jumpa kau ke? Aku rasa tak ada pun. Aku pun dah boring tengok muka kau hari-hari. Dah ar aku ngantok ni” balasku pula dengan muka tidak bersah sambil membaringkan semula tubuhku di atas katil dan memejamkan mata.

          “Hoi, hantu! Kau bangun sekarang. Kan kita ada discussion hari ni dengan hantu dua ekor lagi tu. Kelas Prof Zulkarnain.” Jerit Juliana pula sambil menarik-narik tanganku.

           “Ya Allah! Aku lupa!! Matilah aku kali ni. Thanks Ju kejutkan aku. Sayang kau” dengan sepantas kilat aku terjaga daripada mimpi yang panjang. Dengan tergesa-gesa aku bangun daripada katil. Namun,sempat pula bibirku menjamah pipi gebu Juliana dan berlari masuk ke bilik air sebelum Juliana sempat mengejarku.

            “Hoi, hantu betullah kau ni. Dengan air liur basi cium ak. Habis busuk aku. Siap kau nanti aku kerjakan.” Balas Juliana dengan nada marah,

           “Sorry lah. Aku geram sangat tengok pipi kau yang macam buah epal tu. Merah menyala…” balasku riang dari dalam bilik air sambil ketawa mengekek.

          Juliana hanya menggelengkan kepalanya sambil duduk di atas meja studiku dan membelek majalah Remaja yang aku langgan setiap bulan.

         “Woi Sara. Aku tau lah ini bilik kau. Kok ye pun cover-cover lah sikit. Tak malu betul bagi aku tengok free show.” Tegur Juliana sebaik sahaja terpandangkan aku yang hanya berkemban dengan tuala keluar daripada bilik air.

           “Alah,bukannya siapa pun. Kau kan kawan aku. Sama jantina pulak tu. Kau ada, aku ada. Apa masalahnya? Tak kan kau tergoda tengok aku kot!” balas aku sambil ketawa.

            “Ceh, perasan. At least cover lah sikit. Sudahlah pakai baju cepat. Kita dah lambat ni tau tak? Bukan takat kau je yang mati, aku pun akan mati bersama kau. Tak tepati waktu. Jenuhlah kena dengar ceramah nanti…”

          “Aku tau lah. Sabar lah bukannya lambat banyak pun. Lewat sikit je”

          “Ye lah kau. Nasib baik aku ajak kau keluar sejam awal. Dah setengah jam aku tunggu, kau tak muncul-muncul, aku pun datanglah sini. Membebel dengan kau lagi, tunggu kau mandi. Buang masa aku betul.”

           “Relaks lah. Ada 10 minit lagi kan?”

            “Haah 10 minit. Tunggu kau bersiap, mekap, dah berapa minit? Tunggu bas lagi. Kau ingat 10 minit ni sempat nak tiba tepat pada waktunya?” bebel Juliana lagi. Namun, bebelan Juliana mati apabila aku menjerit seperti ternampak hantu.

         “Aaaaa….Ju. Mati aku kali ni….mati.” Jeritku sambil terlompat-lompat.

          “Kenapa pulak? Ish kau ni. Suka menyusahkan aku betullah.” Tanya Juliana malas.

          “Baju aku,baju” jawabku kuat.

          “Kenapa dengan baju kau?”

         “Baju aku semua kat dobi. Tinggal baju tidur aku tadi aja. Macam mana ni?” tanyaku pula. Fikiranku buntu memikirkan aku tidak mempunyai baju untuk dipakai. Kesemua pakaianku telah aku hantar ke dobi setelah lebih sebulan diperam. Aku tidak menyediakan baju untuk hari ini kerana merancang untuk berada di dalam bilik sahaja.

           “Kan kau kata tak kisah pakai macam ni? Aku ada, kau ada.” Peril Juliana pula.

          “Memanglah. Masalahnya tak kan aku nak keluar macam ni?” tanyaku pula.

          “Pakai je lah. Apa masalahnya?” tanya Juliana malas. Kena sebijik batang hidung aku. Itulah, terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata buruk padahnya.

           “Kau jangan buat lawak Ju. Aku serious ni.”

           “Itulah kau, yang kau pergi hantar dobi semua buat apa? Dah berapa lama kau tak basuh baju? Sejak bila pulak kau rajin hantar dobi ni? Bukan kau kedekut ke?” bidas Juliana pula.

               “Dah sebulan. Kerja banyak lah wey. Dah tu tengok baju bertimbun, tak larat aku nak gosok.” Jawabku pula beralasan.

          “Banyak aja alasan kau. Bak sini biar aku tengok ada baju apa lagi dalam almari kau” kata Juliana dan berjalan menghampiri almari bajuku.

           “Tak ada lah wey. Semua kat dobi.” Jawabku cepat sambil menahan pintu almariku daripada di buka Juliana.

            “Jangan nak menipu aku. Mustahil semuanya dekat dobi. Tepi sikit” arah Juliana sambil menolak aku yang menghalang kerjanya.

             “Nah, kau ambik baju ni pakai. Aku tak tau pulak kau ada baju macam ni” pantas sahaja tangan Juliana mencapai baju yang sedia ada tergantung kemas di dalam almari bajuku. Baju yang di hadiahkan Aiman sewaktu hari lahirku yang ke-20. aku akui dahulu aku sering menggayakan pakaian seperti itu, namun kini tidak lagi.

           “Baju ni? Tak nak lah. Seksi sangat. Kau tau tak? Baju ni sekali aja aku pakai tau. Itupun bukan dengan kerelaan hati kau. Dah dua tahun lebih dah.”

          “Patut pun bau kedai lagi. Kau pakai je lah wey. Kita dah lambat sangat dah ni.” Pujuk Juliana pula.

          “Tak naklah. Segan. Seksilah.” Dalihku pula.

            “Sara, kali ni aja aku minta tolong daripada kau. Please lah. Kita dah tak ada masa dah ni. Tesis tu pun Prof suruh hantar minggu depan. Tak masuk kerja subjek lain lagi. Talonglah Sara. Kali ni aja. Lagi lambat kita, lagi panjang kena dengar syarahan nanti.” Pujuk Juliana lagi. Kali ini suaranya perlahan dengan nada merayu.

         Dengan tidak relanya, aku mengambil baju tersebut dan mengenakannya ke tubuhku. Baju dengan belahan dada yang luas menggerunkan aku. Dengan gaya yang ringkas dan mengenakan sedikit pemerah pipi dan lipstick ke bibirku, aku tampil berkeyakinan.

         “Dah, jom” dengan muka yang masam, aku mencapai selipar yang sering aku gunakan.

           “Yang kau pakai slipar komunis tu kenapa? Pakai baju cantik-cantik, kasut slipar. Logik lah sikit kawan..” aju Juliana pula.

         Dengan hati yang sebal, aku mencapai pula kasut sport kesayanganku.

         “Hoi, hantu. Aku nak kata kau buta fesyen, tidak. Kau demam ke apa pakai kasut sport dengan baju ni?” marah Juliana sambil membuka almari kasutku dan mencapai kasut tumit tinggi yang telah lama aku tidak gunakan.

            “Kasut ni? Tak nak lah. Tinggi sangat lah wey. Dah lah aku dah lama tak pakai kasut ni. Jatuh karang” dalihku pula. Aku tidak berminat untuk memakai kasut tinggi, dengan pakaianku yang pelik.

            Melihat muka Juliana yang sedih, atau muka kesian yang sengaja atau tidak di pamerkannya, aku mula berasa serba salah.

         “Okey,okey aku pakai. Jom” putusku akhirnya. Dengan senyuman ceria, Juliana mengikuti langkahku.

          Setibanya kami di bus stop, aku berasa segan apabila beberapa orang pelajar memandangku hairan. Abang-abang daripada semester atas pula bersiul-siul kepadaku. Aku hanya berdiri merapati Juliana untuk cover pakaianku yang seperti ingin ke parti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta