Balik Rumah!!!!

Slamz sume... Erm, ary ny aku nak citew pasal BALIK RUMAH a.k.a balik kampung la tu lebih kurangnya..haha. Bagi yang masih tidak mengetahui tu, meh sini aku nak cerita. Aku ny dari sulu sampai sekarang duduk kat Pangkalan TLDM, Lumut. Then, family aku pindah Sungai Petani sebab ayah aku dah pencen. Senang cakap ayah aku dal beli  rumah SP la... Tapi aku still tinggal kat Lumut, rumah Mak Cik aku. 

Ok la, berbalik kepada cerita tadi, petang khamis hari tu aku naik la bas Sri Maju sampai Butterwoth. Alkisahnya, aku selalu naik bas Transnasional tapi kali ni aku nak ubah selera pulak. Bas Transnasional singgah Kuala Kangsar dulu. So, lambat la,kan?? Aku pun naik la bas Sri Maju. Sampai Butterworth tu, tukar lah bas naik bas apa ntah yang warna merah tu. Nak tunggu bas pergi SP pun dah sejam. So, aku rasa sama je la naik bas Transnasional and Sri Maju. Ingatkan naik bas Sri maju cepat sikit. Tu la, nak cepat sangat. kan dah sama je tempoh perjalanannya??? haha..

Aku nekad nak balik jugak SP sebab aku nak minta tolong Daddy aku buat model RC. Itulah, dah last2 minit baru kalut nak buat. Padan muka kan??? (sedih ny...  )=  Nasib baik la ayah aku sudi menolong anaknya yang tercinta ny..haha. Dah banyak orang aku minta tolong, semuanya buat tak layan jew. So, conclusion yang aku dapat kat sini, kalau kita memerlukan bantuan, mohonlah bantuan daripada kedua orang tua kita kerana tak mungkin Ibu Bapa tak nak bantu anak mereka kan??? Janganlah mengharapkan orang lain kerana tidak semestinya semua orang sudi membantu kita tatkala kita ditimpa kesusahan...

Hari Sabtu tu, ayah aku pergi kursus satu hari suntuk. So, tak adalah ayah aku help aku ny. Yang terharunya, bila balik je dari kursus, ayah aku terus tolong buat model RC. Walaupun ayah aku membebel sebab buat kerja last minit, tahan je la telinga ny dengar kan?? Dah memang salah aku pun..(padan muka). Khusyuk punya khusyuk buat kerja, tak sedar yang waktu tu mencemburui kami. Aku and Abah bertukang dekat belakang rumah sampai 1.30 pagi?? Itu pun mak aku panggil masuk and tidur sebab esoknya, aku nak balik Perak and ayah aku pulak nak pergi kursus lagi. Yang paling menghampakan tu, model yang aku imagine tak sama langsung dengan apa yang kami hasilkan. So, balik nanti terpaksalah aku tukar lakaran balik, kan??? Sabar je lah.. Itu pun model tersebut tak siap lagi. Memandangkan aku dah mengantuk sangat, Abah pun dah letih, kami pun masuk tidur. Ayah aku cakap, besok lepas bangun sahur abah sambung buat. Terharunya aku dengan kesudian ayahku membantu diriku ini.. Aku bersyukur sangat dapat ayah macam Abah yang memahami and sangat kreatif...

Keesokan harinya, aku bangun and paking my things sebab kan nak balik Perak dah??? Adoi, rasa macam kejap je jumpa family.. Nak buat macam mana kan?? Inilah suratan yang terpaksa ditempuhi olehku yang tinggal berjauhan dengan keluarga.... Yang bestnya, bila aku tengok model RC aku tu, dia dah berfungsi!!! Walaupun tak sama dengan apa yang aku bayangkan, tak apa lah. Nanti aku baiki lukisan. Yang penting model  dah siap. Tonggal nak cat aja lagi. Balik Perak  lah aku buat semua tu...

Mak aku hantar pergi stesen bas naik motor dengan bawak projek RC aku yang besar tu??? Adoi, malunya... Dah la nak bawak naik bas. Tak apalah, SPM punya pasal, tahan je la perasaan malu tu..haha. Naik bas tu, jangan cakap lah malunya. Tapi aku buat 'bodo' jew..hak3.

Sampai stesen bas Manjung, kawan aku pergi ambik. Mak Oiii... first time aku merempit dengan lelaki selain My Daddy and sepupu lelaki aku...haha. Memang la malu and takut jugak..ya la,lelaki ny bukan boleh percaya sangat,kan?? Tapi tak apala, janji aku sampai rumah. Yang dia pulak baru habis game bola kat MPM. Aku tak tau la dia dah mandi ke belum, or just salin baju jew. Yang aamat aku pasti, memang bau seemerbak harum habis la... Berapa botol minyak wangi yang dia pakai pun aku tak tau. Ke dia saja nak menggoda aku dengan harumannya tu??? haha... Aku tak tergoda lah!!!! Bawak motor pulak laju yang teramat sangat. Aku ny dah la baru lega daripada trauma dengan motor ny. Tapi, buat-buat berani ajalah Ira... Masalahnya, aku mana ada pas nak masuk dalam. Dah habis tempoh dah. Kiranya aku macam pendatang asing tampa izin lah dalam pangkalan ni..haha. So, aku tinggal lah IC kat gate masuk and suruh 'dia' ambil IC aku bila nak keluar nanti. Alkisahnya, IC aku ada kat dia la sekarang ny.. Adoiyai...malunya kalau dia tengok muka aku yang aamat 'cute' dalam IC tu?? Malu kowt?? Aku pun tak sanggup nak tengok..haha. Harap-harapnya dia tak tengok and simpan terus jew la..hak3. Kalau aku tau dia gelak tengok gambar aku, siap dia!!!!

Ok lah, habis sudah aku story. Ny ajalah yang aku nak cerita... Sepanjang 3 hari aku balik rumah. Aku ny kalau dah dapat menaip, memang payah nak berhenti. Entahlah, aku pun pelik??? Aku tau ramai yang tak suka or malas nak baca entri-entri yang panjang lebar macam ny. Tapi tak apa la,kan?? Janji aku puas and aku suka sangat bercerita dalam bentuk tai-menaip macam ny..hak3... Harap-harap korang semua tak bosan, ya???? Nanti-nanti la aku bubuh gambar.. tak sempat nak snap2 pic..hehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta