Kali Terakhir

Alhamdulillah,hari ini aku kembali lagi ke negeri bertuah ini. Negeri yang banyak menyimpan sejarah kehidupan aku. Di sini aku dilahirkan,disini aku membesar dan disini jualah aku mengenal erti kehidupan yang sebenarnya...

Hari ini aku kembali bukan untuk menambahkan beban yang sedia ada,bukan untuk mengenang kisah lampau dan bukan juga untuk menambah luka di hati. Hari ini aku kembali untuk melihat bumi yang amat aku cintai,negeri yang amat aku sayangi dan tempat-tempat yang aku minati.

Aku kembali juga untuk menemui rakan-rakan yang sentiasa segar dalam ingatanku ini. Aku tau,kehadiran aku amat tidak dialu-alukan oleh sesetengah pihak,namun siapa aku untun melawan takdir? Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Hanya aku mengharapkan kepada rakan-rakan yang masih menghargai diri ini untuk bertemu dengan aku buat seketika. Aku hanya ingin melepaskan rindu di hati dan setelah itu aku akan pergi... Pergi buat seketika.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa bertakhta di hati ini,aku memohon seribu keampunan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki seandainya selama perkenalan kita,aku banyak menyakitkan hati kalian. Mungkin aku tersilap bicara,termengata yang tak kena,terjeling secara x sengaja dan sebagainya. Aku ini hanyalah insan biasa yang x pernah lari daripada melakukan kesilapan. Aku memohon maaf sekali lagi...

Aku memasang azam pada tahun baru untuk lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran dan membuka lembaran baru... Aku ingin melupakan segala kisah pahit sepanjang aku berada di sini. Namun begitu, kenangan manis x mungkin aku lupakan.

Mungkin ini kali terakhir aku menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini kerana aku ingin membuka buku baharu. Buku yang kosong,putih,suci dan murni seperti kain kapas. Aku juga turut akan menjauhkan diri daripada facebook,myspace,friendster dan sebagainya. Aku x nak berhubung dengan mereka lagi. Aku tau tindakan aku ini agak kejam dan sering dipersoalkan oleh teman-teman yang rapat dengan aku. Namun begitu, aku mohon maaf... Aku lakukan ini semua dengan niat aku yang tersendiri. X mungkin dapat aku jelaskan tindakan aku ini buat masa sekarang. Aku akan ingat korang. Pasti!!! Tapi aku perlu pergi... Aku perlu menenangkan diri aku buat seketika. Aku mohon maaf...

Kita akan berjumpa lagi. Sure!!! Kan kita dah janji nak buat reunion 2/2/2020 jam 2 petang di depan akuaria  KLCC???  Mungkin pada tarikh berikut kita akan bertemu lagi. 10 tahun...ye,aku akui memang ianya satu tempoh masa yang panjang. Namun,dalam masa 10 tahun itu,kita dapat menilai diri kita yang sebenarnya. Kita dah matang dan kita x kan membuat perkara-perkara yang bodoh seperti yang kita sering lakukan hari ini. Pada waktu itu,kita sudah cukup matang untuk menilai diri kita masing-masing. Kita dah cukup matang untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Juga cukup matang untuk menilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

Ak amat mengharapkan semua dapat menghadiri majlis reunion tersebut....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta