MY NEW STEP - 2

 Selepas aku tolak tawaran daripada Hospital King Faisal Madinah,

26 OCTOBER 2021
Miss Syaza wasapp aku. 
"I am approaching you for a career opportunity with Ministry of Health Saudi. They are doing an online recruitment trip on Nov (date is to be confirm) and i find you suitable for the vacancy available. The salary they are offering starting from SR8455 which may increase based on your qualification, experience, specialty and how you perform during the interview. Would you be interested to apply. Kindly revert to me ASAP as there is very limited vacancy. "
Aku cakap au berminat nak apply. Try je la kan, mana tau rezeki.
Walaupun aku tak tau hospital mana, ataupun buat research pasal Ministry of Health diorang ni.Haha


1 DECEMBER 2021

Aku dapat wasapp daripada Miss Syaza
"Congratulations!You are invited Ministry of Health Saudi Virtual Recruitment Interview. ******** Do let me know by today to confirm" 
Panjang lagi sebenarnya tapi aku malas nak taip. Haha
Aku tak tau kenapa aku tak reply wasapp dia yang ni, maybe sebab dia kata for first timer bagi date untuk Mock Interview. Sebab aku dah pernah attend interview tak payah g la kan? Berlagak betul! Haha


15 JANUARY 2022
Dia hantar lagi wasapp yang sama, tapi kalini dah ada date untuk interview dengan orang sana. 25th Jan (tue) to 29th January (saturday). Dia minta aku roger dia nak g bila. Tapi sebab aku tak dapat roster lagi, aku tak boleh bagi jawapan. 


20 JANUARY 2022
Aku dah dapat roster, 26th (M), 27th (E), 28th (M), 29th (N)
So, aku just available on 26th and 28th, lepas kerja.
So, dia pun try arrange and aku punya slot on 28th Jan (Friday).


27 JANUARY 2021
Sekali lagi diorang add aku dalam group.
MOH-MHC 28Jan2022
Ramai gak dalam group ni, diorang devide kitorang into 3 panel. 
Panel 1 handle by Ms Fara
Panel 2 handle by Ms Meza - O&G (11 calon)
Panel 3 handle by Ms Syaza - Med/Surg (16 calon)
Panel 1 aku tak sure group apa, sebab aku tak download gambar jadual tu. Haha

Dia bagi guideline how to join the meeting in Teams, Flow of interview, gaji yang akan diorang offer, dengan time interview. 
Kalini punya interview lain sikit, tak macam sebelum ni. Maybe sebab diorang nak ambil intake yang banyak kot. 
Kena join ikut panel, then alert dengan arahan orang yang handle panel kita tu. Link diorang share dalam group, lepastu kita tekan link panel kita. Jangan salah join pulak. Haha
Habis je interview dengan panel kita, kita kena join satu lagi panel. 
Panel 4 - HR committee
Time ni la baru diorang akan inform either kita diterima atau gagal dalam interview. 
For summary, kena join 2 link la.
Kalini slot aku nombor 16 jugak, dan last person jugak ๐Ÿ˜‚
Time for aku punya interview, 5pm waktu Malaysia, 12PM for KSA time.


28 JANUARY 2021
Banyak kali jugak Miss Syaza try contact aku untuk buat test interview tapi aku asyik tak available.
Pagi ni, dia wasapp aku lagi untuk test interview. Taoi aku kerja pagi kot, mana boleh nak test.
So, dia just bagi tips untuk tengok camera, confident jgn nurvous macam tu je la.
Aku kerja dengan penuh debaran dan cemas sebab sejak mula interview, setiap person yang handle panel tu akan update dlm group siapa yang sudah, next siapa, kena standby semua tu. 
Aku punya plan sempat la nak balik rumah interview, tapi bila fikir balik nanti jalan jammed la apa la, aku stay hospital je la, dah aku tengok macam laju je interview tu.
Memang laju weyh, sebab ada a few person tak dapat join, so aku punya slot jadi awal. 
Aku punya la tak senang duduk fikir nak interview dekat mana. 
Aku masuk bilik biomedikal dekat wad, ready nak interview kat situ. Bukak laptop wad, connect earphone semua. Ada Kak Asma dengan Kak Hasmarina dalam tu tengah buat kerja. 
Sekali kak Asma cakap dekat situ bising nanti doktor keluar masuk tanya barang la apa la. 
Dia suruh aku sembunyi dalam multipurpose room yang simpan troli g scope room tu. Bilik tu tak berkunci. Mujur aku sempat test laptop tu, apa kena ntah tak boleh connect.

1442Hr, Ms Syaza wasapp aku tanya "ready Ms?" 
Aku kelam kabut lari masuk dalam bilik multi purpose tu, decide untuk interview pakai phone je. 
Aku tanya slot bukan patutnya 5pm ke? Dia kata no, next is my turn. Huhu.
Aku join meeting dalam 1453pm.
Interviewer kalini orang saudi sendiri. Perempuan. Cantik & baik. Dia greet hai, how are you apa semua tu. 
Macam biasa, dia suruh kenalkan diri. Aku pun terus merapu cerita aku punya experience la condition wad , ration nurse to patient la apa semua tu macam aku punya first interview. Lepastu aku sedar aku dah melalut, aku pun stop. Dia pun dengar je angguk-angguk tak menyampuk pun aku cakap. Hahaha
Aku siap cerita wad ni banyak hantar procedure, buat sugar dressing semua tu. Lepastu dia tanya sugar dressing tu macam mana, aku cakap la untuk kes stoma prolapse kita letak icing sugar or D50% untuk kecutkan intestine. Dia excited gila dengar cerita aku, dia kata itu new knowledge untuk dia. Haha
Lepastu dia kata sebab aku banyak hantar procedure mestilah aku dah biasa hantar patient operation. Dia bagi situasi patient nak g buat op appendicitis aku rasa. Aku pun merapu la cakap ada 2 types of operation, elective operation dengan emergency operation. Untuk kes appendicitis, kategori emergency. Kalau nak hantar patient operaton kena ada checklist. Make sure patient fasted and consented. GSH kena available incase patient bleeding. Ada ECG & CXR. Kalau elective op akan pergi anest klinik at least a week before admission untuk pre op assessment. Lepastu kena make sure patient x de gigi palsu apa semua tu.
Dia nak pre op je, aku cerita details sampai hantar patient g reception, pass over dekat anest nurse.
Lepastu kalau ambik patient dekat Recovery unit tu make sure patient stable. not in pain. Drains semua intact and functioning. Post op order tu semua kena ikut. Kalau ada any abnormalities jangan ambil patient. Teman patient naik atas, transfer to katil then buat vital signs half hourly, hourly sampai patient stable, inform doktor patient dah naik wad dan minta review post op.
Dia cakap aku cerita details gila, dia suka dengan penerangan aku.

2nd question, dia tanya pasal International Patient Safety Goals. 
Mujur aku baca pasal benda alah ni weyh, sebab dalam group orang Melorita kata ini favorite soalan. 
Aku ada buat nota, and aku memang dah letak sesiap dekat tepi phone. Aku dengan confidentnya senaraikan 6 saftey goals untuk patient, macam identify patient correctly, communication, safety of hight-alert medication semua tu. Siap contoh aku bagi, confident betul. Siap sengih-sengih pastu ketawa sambil jeling kertas dekat sebelah, punya la tak nak tunjuk aku tengok nota. 

Orang arab tu punya suka dekat aku, dia kata dia tak sabar nak jumpa aku.
Sampai alarm dia berbunyi. Rupanya dia ada set alarm nak interview kita berapa lama. Kalau aku jawab ringkas tu maybe banyak lagi la soalan dia nak tanya. Dia siap tunjuk alarm phone dia kata masa dah tamat, dan dia dah tak ada further question untuk aku. 
Banyak kali dia ulang "I can't wait to see you. Let us meet in Makkah"
Lepastu Ms Syaza pun masuk sekali lepas dia kata interview has been end. Dia ajak aku berambar. Dia kata nak buat kenangan. Dia suka benarr dekat aku haa..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Kitorang pun bergambar lahh bertiga. Nanti ada masa aku masuk gambar tu dekat sini. 
Sebelum end conversation, sekali lagi dia cakap congratulation. Means that aku lulus interview! Dah tak payah nak tunggu masuk link dengar HR nak tau lulus ke tak. Haha

Aku join panel 4, dengan HR diorang pukul 1515hr. 
Ramai jugak orang dalam panel ni, dalam 5-7 orang gitu. Tapi diorang semua tutup camera, dengar suara je.
Dia tanya "You want to know your result?" aku jawab je la nak, padahal aku dah tau aku dapat. Aiceyhh, berlagak gila kan. Hahaa
Lepastu dia cakap "Congratulations! You pass the interview" then ada la beberapa orang bukak mic and cakap tahniah semua tu.
Lepastu krikk kriikk
One of the person tanya aku, aku ada apa2 soalan tak. 
Lahh, aku pulak yang kena tanya soalan. Aku dah la tak prepare soalan.
Lepastu aku pun tanya la aku dapat ni surgical ward kan? Dapat hospital mana? Diorang kata aku dapat surgical department tapi x tau lagi hospital mana sebab diorang kena tengok kekosongan dulu, tapi aku dapat dekat Mekah la. Aku bersyukur gila, plus excited. Mekah kot, jarang aku dengar orang Malaysia kerja dekat Mekah. Yang banyak dekat Riyadh, Jeddah or Madinah.
Lepastu aku tanya gaji and accommodation semua tu, then aku dah tak de soalan. Kejap je dengan HR diorang ni. 
1524Hr aku dah sattle semua.

Nampak tak aku punya details nak cerita kat sini? Siap buka conversation lama tau. Hahaa


8 FEBRUARY 2022
Ms Syaza wasapp aku bagi tau dia ada share aku punya MOH affer letter.

"We would like to congratulate you on successfully passing the interview. Offer latter issued by Ministry Of Health - Makkah Health Cluster (MOH-MHC) under King Abdul Aziz Hospital Makkah."

Aku bersyukur sangat dapat offer latter ni. Aku excited sangat dapat kerja dekat Mekah, Hospital King Abdul Aziz pulak tu.
Tapi aku salah, ini hospital King Abdul Aziz under MOH, bukan NGHA yang famous tu.

Gaji: 8455 SR
Allowance: 3630 SR (6 years experiene x 605)
TOTAL: 12085 SR 
Annual Leave: 36 Days

Aku tanya senior dekat Jeddah, dia kata gaji banyak tapi cuti sikit. So far aku dengar pun ni antara gaji yang best dia offer. Tapi maybe sebab tu kot cuti dia sikit. Hahaha

Sebelum aku terima offer tu aku bagi tau dia pasal penyakit aku.
Takut la jugak kan, diorang tak terima pekerja yang berpenyakit macam aku ni. So aku tanya la "Do the hospital accept someone with my condition?" Aku dah pernah tanya dengan Ms Fara pasal ni tapi dia kata nanti dia tanya superior dia lepastu senyap je. 


9 FEBRUARY 2022
Kebetulan aku ada follow up dengan doktor aku, dekat Endocrine Clinic. Aku cerita aku dapat offer semua tapi takut diorang tak nak ambil aku kerja. 
Dr. Ooi cakap condition aku tak teruk pun dah boleh bekerja, boleh continue ubat dan follow up dekat sana je. Dia siap buat surat referral latter untuk rujukan pihak sana. Aku pun hantar la surat tu dekat Ms Syaza. Dia cakap akan follow up pasal benda alah ni lepastu dia ghosting je aku terus sampai sekarang. Hampeh betul! hahaah

Dalam masa yang sama aku tanya banyak orang pasal benda ni, pasal condition aku. Aku tanya 2 orang kawan aku yang kerja dekat saudi, 2 orang senior aku yang kerja dekat sana. Mostly semua tak tau pasal hospital under MOH.
Aku tanya wardmate aku Azwa. Dia kata why not aku try tanya our super senior yang memperjuangkan hak jururawat. Yang dah jadi pensyarah pun dekat sana. Ayah Dean nama fb dia. Aku malu la nak tanya sebab dia tu ibarat helang, aku ni semut je di daratan. Tapi tak pe la, try je kalau dia reply tu rezeki. Aku DM tengah hari, malam tu baru Ayah Dean reply.
Katanya dia tak suggest untuk kerja under MOH, ada a few issues. Soal layanan, kebajikan semua tu tapi dia tak nak reveal lebih. Dia kata kalau sanggup berumah ditepi pantai, silakan..
Aku cuak la beb dia kata gini. Sebab dia dah berapa tahun duduk Saudi, lepastu dia orang terkenal, tempat rujukan jururawat Malaysia. Mesti banyak cerita yang dia tau. 
Aku dah tak sedap hati. Aku DM pulak kak Maizatul. Akak ni pun famous jugak, banyak share experience dekat Saudi siap ada buku "Misi Impossible"
Dia pun cakap x de experince tapi nanti dia tanya kawan dia. Tapi kawan dia pun ada kawan yang pernah kerja dekat hospital tu, dah berhenti kerja. Dia kata hospital tu busy, kena tindas semua tu. Sebab tak ramai Malaysian kerja situ. MOH pulak jaga orang2 dia je.
Bila dah 2 orang berpengalaman cakap tak payah, aku pun dah berat hati.
Bila cakap dengan family, of course la diorang suruh aku pergi. Bukan senang weyh, nak dapat offer kerja dekat sana. Mekah pulak tu. Senang nak buat umrah.
Aku berat hati nak tolak, tapi aku rasa aku tak sanggup nak berumah ditepi pantai.
Tak de kenalan pulak tu dekat Mekah. Yang ada pun dekat Riyadh & Jeddah.

Akhirnya, aku tak cakap yang aku tolak offer tu. Tapi Ms Syaza ghosting aku sampain ke sudah. Tanpa khabar berita. Aku syak mungkin hospital tu tak nak terima aku yang ada penyakit ni. Aku redha je la, aku aim nak focus makan ubat, bagi sihat. Bila dah sihat nanti apply lagi pergi sana.

Kalau rezeki tak kemana, kan?

Ulasan

  1. Assalamualaikum akak..saya nak tanya akak ni penulis cerita abang atau suami ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Ya, dik. Tapi tak sesiap lagi cerita tu. Dah lama sangat. Ada lagi ya yang cari. hehe

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta