Nora Ellena

Hari ni aku jawab paper Bahasa Inggeris. Susah jugak la, especially for aku yang agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris ny. But, I just do all my best and I hope that I will get a good result sebab Mak, Abah, Ibu dan Cik Ani pasti ingin melihat kejayaan aku. Jika aku tidak mendapat keputusan yang cemerlang, pasti aku bakal menghampakan harapan mereka, kan? Aku akan pastikan yang semua itu tidak akan berlaku kerana sudah semestinya aku juga inginkan kejayaan di dalam hidupku. Aku hanya berusaha dan hanya DIA jualah yang menentukan.


Tadi aku follow cerita Nora Ellena. Cerita ny baru start semalam je. Setiap isnin-khamis jam 7ptg. Try la tengok. Best!!! Semalam, mula-mula aku tengok cerita ny, macam best je. Then, pagi tadi dekat sekolah kawan aku cakap cerita ny diadaptasi daripada sebuah novel. Bila aku follow lagi cerita ny tadi, Yes!!! I know that aku pernah baca novel ny. Baru aku ingat, novel ny la yang kakak aku suka sangat tu. Mengisahkan tentang Nora yang diminati oleh abang kepada seorang rakan sekelasnya. Sebelum Nora mengikut keluarganya berpindah daripada Johor kerana ayahnya yang bekerja sebagai polis ditukarkan ke tempat lain, Nora telah dipekosa oleh Seth Tan iaitu abang kepada rakannya sendiri. Setelah beberapa lama, Seth Tan bertemu kembali dengan Nora yang pada ketika itu telah menjadi tunangan Eid. Seth ingin memohon maaf kepada Nora, tetapi tidak tahu bagaimana untuuk memulakannya. Seth terpaksa memberitahu Eid mengenai ketidaksucian
Nora melalui surat dan Eid tidak menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Kebetulan, Seth sengaja berada di tempa kejadian dan menawarkan diri untuk menjadi suami kepada Nora Ellena. Memandangkan Seth bukanlah beragama Islam, Seth telah menukar agamanya. Ingat!! Seth bukan menukar agama kerana Ellena. Sebenarnya, seth dah lama mendalami Islam. Kemudian, Seth pun berkhatan dan Nora Ellena selamatlah buat beberapa malam... Haha... Best jugak cerita dia. Plotnya disusun dengan begitu rapi sekali. Nak tau sambungannya?? Tengok lah sendiri cerita dia. Memang syok habis lah!! Bagi penggemar novel tu, belilah novel ni. Confirm x menyesal punnya la..haha

Eh, nak cerita ny. Sebenarnya, aku pun tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku selalu je sakit kepala. Kadang-kadang aku rasa nak demam. Panas je badan. Tak lama lepas tu,ok pulak. Kadang tu pulak aku rasa panas sangat. Bila aku sakit kepala, aku dah tak dapat nak fikir apa-apa dah. Sakit tu macam menyucuk-nyucuk setiap saraf dalam otak aku ny. Bila dah sakit kepala macam ni buat apa lagi?? Telan ubat dan tidur ajalah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta