Rabu, 18 Mei 2011

Pening + Tak Tau + Malas + Tak Faham + Mengantuk = Tidur….


Sebut aja Add Math, terus aku rasa semacam. Bukan aku tak suka Add Math.. Aku minat sebenarnya. Dan aku rasa amat berbangga bila aku dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Tapi bila dah tak tahu formula + tak faham konsep, macam mana nak selesaikan soalan tu??  Aku faham bila cikgu ajar. Dkat sekolah ok je jawab. Bila dah sampai rumah, blur aja. Soalan yang sama pun susah nak buat. Kenapa?? Aku pun tak dapat nak jawab…

Esok aku exam paper Add Math. Rasa macam nak pengsan je bila terfikirkan aku perlu duduk sorang-sorang jawab add math. Selama ny, bila aku tak tahu or tak faham macam mana nak solve the problem, ak tanya Teacher + Nabila + Irman + Jaslee + Adila + siapa-siapa yang tahu and boleh selesaikan soalan tu. But esok?? Alamak!!!!!!  Aku kena jawab sorang-sorang. Aku dah tak boleh dah nak tanya diorang. Macam mana ny?? Aku dah belek-belek kertas soalan tahun lepas. Tapi kalau aku terlupa esok macam mana??
Aku nak sangat berjaya dalam pelajaran. Ye la, siapa yang tak nak berjaya, kan??  Tapi bagaimana untuk mencapai kejayaan itu??  Aku rasa down sangat sekarang ny. Aku dah tak macam dulu. Memang aku dah berubah habis.. Aku pun banyak jugak la perasan perubahan dalam diri aku ny. Aku tak tahu la perubahan ny perubahan yang positif or negatif.  Aku pun tak tau aku suka ke tak perubahan ny sebab aku rasa perubahan ini tidak membawa sebarang makna. Aku  dah kehilangan segala-galanya. Kawan-kawan yang dulu sentiasa berada di samping aku tatkala duka dan gembira pun, menghilangkan diri entah ke mana. Memang la aku dah found balik kawan-kawan aku yang  dahulunya ada krisis  dengan aku.


Tapi, bila aku dah dapat balik yang aku kejar tu, yang berada bersama aku, yang aku kendong selama ny berciciran entah ke mana. Aku  nak kitorang baik macam dulu.. Aku nak kawan-kawan aku  balik. Mana janji-janji korang kat Teluk Senangin dulu?? Kemanakah ianya menghilang??? Yang paling penting, aku nak balik ‘kawan’ yang selama ny byk support aku. Yang sentiasa ada tatkala aku kesepian, tatkala aku memerlukan teman di sisi. Tapi, kawan aku kata.. “Kawan kau tu balik kampung kowt..” Bila aku Tanya bila ‘kawan’ aku tu nak balik sini, dia pun tak tau nak jawab macam mana. Aku sayang sangat ‘kawan’ aku ny sebab dia banyak sedarkan aku tentang sikap aku, perangai aku yang orang tak suka. So, secara tak langsung, aku tahu di mana kelemahan aku dan aku akan berusaha untuk memperbaikinya.


Tapi sekarang, ‘kawan’ aku tu daah tak ada. So,  aku pun tak tau orang suka ke tidak dengan attitude aku sekarang. For ‘kawan’ yang amat  aku sayang, “Aku tak mengharapkan kita macam dulu. Cukuplah sekadar aku tahu yang ‘kawan’ aku tu masih  sudi berkawan  dengan aku. I need the support. Especially bila aku berjauhan daripada keluarga ny. I’m alone… Aku tak ada tempat buat mempamerkan gundah di jiwa. Please jangan buat  macam aku tak  wujud…”


Eh,apa yang aku merepek ny?? Kan  kita tengah cerita pasal Add Math ny??  Macam mana nak pandai add math ye?? Aku jeles betul tengok orang pandai ny. Aku pun nak pandai jugak. Tapi aku pun tak tau macam mana.. Aku tengok semua subjek yang aku ambil macam sama je lavel nyew. Macam constant je. Taka da subjek yang aku pandai and boleh score. Semuanya macam lebih kurang je. Yang aku nampak potensi  nak dapat ‘A’ pun, cuma BM  je..  Yang lain sama aja. Kalau exam apa pun, markah lebih kurang je. Eh, nak tahu tak?? Cikgu target SPM aku nanti 5A,4B,1C. C tu apa?? Of course lah add math..haha. Cikgu target aku BM, Mathematics, Sejarah, Agama & Reka Cipta dapat ‘A’. BI,Physics,Chemistry & Biology cikgu target aku dapat 70%. Kenapa keempat-empat paper ny cikgu target markah dia sama?? Aku pun pelik..haha. Aku tak tau la aku boleh lepas target ke tak. Yang penting, aku akan buat yang terbaik SPM nanti. Aku akan buktikan, pengorbanan aku tinggal jauh daripada keluarga bukan penghalang bagi kejayaan aku. Aku nak mak & abah bangga dengan kejayaan aku and setiap sen yang mereka habiskan buat membesarkan aku berbaloi.

Ok lah, dah banyak sangat aku membebel dekat sini. Add Math pun aku tak  study habis lagi. Tadi aku sempat habiskan chapter Form 4 je. Yang chapter tahun ny punya, aku tak sentuh lagi. Aku ingat nak bangun awal esok. Dalam pukul 4 a.m macam tu nak study. Orang kata, time2 macam tu, otak kita fresh nan senang ilmu nak masuk. Eh, ak tau tak?? Hari tu, aku dengar ceramah. Dia kata, nikmat tidur adalah sekita 11 pm – 2 am. So,Mata pun sudah mengantuk and aku nak tidur… 





GOOD NIGHT……



Zzzzzzzz……..zzzzzzzzzzzzz…………..zzzzzzzzzzzzzzzzzz


Tiada ulasan:

Catat Ulasan