Anak-anak istimewa

         BersamaMU memaparkan kisah suka duka ibu bapa yang dikurniakan anak-anak yang istimewa dan kurang upaya. Sedih melihatkan tekanan jiwa yang terpaksa dihadapi para ibu apabila berhadapan dengan pandangan masyarakat yang mengaggap anak-anak ini pelik. Masyarakat yang sering berpandangan negatif dengan mengata, melihat dengan pandangan yang pelik dan menjauhkan diri daripada mendekati anak-anak ini sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan orang tuanya. Mengapa masyarakat kita hari ini sering memandang rendah akan kehadiran anak-anak yang istimewa ini? Mengapa kita tidak cuba mendekati mereka? Cuba bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka, pasti kita juga bakal merasai penderitaannya. Mereka tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa. Memang itu sudah suratan dan ujian yang Allah berikan kepada mereka sekeluarga. Ingatlah, Allah menguji kerana Allah begitu menyayangi hamba-hambaNya. Allah juga tidak akan menguji di luar kemampuan kita. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Maka, redhalah dengan apa yang dikurniakan kepada kita dan cubalah memandang sesuatu itu dari sudut pandangan yang positif. Marilah kita sama-sama membantu insan yang memerlukan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta