Warkah buat ibunda tercinta

Mak, angah rindu rumah lama kita. Angah rindukan kehidupan kita yang dulu. Angah rindu untuk tinggal sebumbung dengan mak,abah,along, dan adik-adik. Angah suka sekolah dekat sini Angah memang nak bersekolah di sini. Tapi, angah memerlukan mak dan keluargakita di sisi. Angah nak belajar.. Angah nak berjaya dalam kehidupan. Tetapi, angah amat merindui suasana pembelajaran seperti dahulu. Angah rindukan bilik, meja belajar, kerusi, rak buku serta kesemua kelengkapan yang terdapat di dalam bilik angah dahulu.


Angah dah tak ada semangat nak belajar,mak. Angah rasa macam hidup angah kosong, sunyi dan sepi... Angah pun tak tau kenapa. Dulu, bila angah tak ada mood nak belajar, angah akan mencari hiburan dengan bermain dengan adik-adik dan sebagainya. Bila angah mengantuk pula, angah terus tidur tanpa mengulangkaji pelajaran pada malam tersebut kerana angah yakin, angah akan bangun awal keesokan harinya untuk menelaah pelajaran. Tetai,kesemua kebiasaan itu tidak dapat lagi angah praktikkan kini. Angah langsung tidak bersemangat. Angah jadi malas nak belajar, malas mengulangkaji pelajaran, malas untuk membuat kerja sekolah. Angah pun tak tau kenapa angah jadi macam ni. Angah dah cuba melawan perasaan, sikap-sikap yang bakal menghancurkan masa depan angah ini. Tapi, angah tak mampu...


Jika diberi pilihan atau peluang, hanya satu permintaan angah, mak. Angah hanya mahu hidup sebumbung bersama keluarga kita seperti dahulu. Angah hanya mahukan kehidupan seperti dahulu. Kerana angah berpendapat, angah lebih selesa berada bersama keluarga sendiri berbanding bersama orang lain. Mak, datanglah sini. Sewa rumah, mak. Kita tinggal bersama. Hanya buat sementara, mak. Sampai angah habis SPM je. Mak datang sini lepas Afiq habis UPSR pun tak apa sebab angah hanya boleh belajar, study dan ulangkaji dengan khusyuk bersama keluarga kita sahaja. Mungkin angah akan lebih bersemangat belajar sekiranya mak dan keluarga kita berada di sini, bersama-sama memberikan angah semangat untuk menamatkan pengajian.


Angah tidak memerlukan kelas tuisyen,mak. Angah hanya memerlukan sokongan dariada keluarga. UPSR dan PMR dulu pun angah tak tuisyen. Tetapi itu bukanlah satu penghalang bagi kejayaan, kan? Cukuplah dengan hanya melihat keluarga berada di depan mata. Mungkin juga angah tidak pernah berpisah dengan keluarga yang membuatkan angah tidak tegar hidup berjauhan. Tapi, hanya itulah satu-satunya permintaan angah. Datang la sini... Lakukan satu pengorbanan buat angah kali ini sahaja dan angah berjanji akan lakukan yang terbaik. Angah takut sangat sekiranya perkara ini berlarutan, ketenanngan angah akan terganggu. Kosentrasi angah di dalam pelajaran juga bakal tergugat. Angah takut angah bakal kecundang di dalam pelajaran...


Angah tak pernah berkata yang angah sayangkan keluarga kita. Angah juga tiddak pernah mempamerkan kasiih sayang angah terhadap kalian. Angah rasa malu bila nak wish Happy Birthday, Happy Anniversery, Selamat Hari Ibu dan sebagainya. Angah pun tak tau kenapa. Tetapi, ketahuilah yang angah tidah pernah melupakan hari-hari istimewa kalian. I don't know how to show my love. But,I just want you all to know that I'm really love my family...



                                                                                                                               With Love,

                                                                                                                                 SHAHIRAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta