Fighting!!!



Hidup di matrikulasi sangat mencabar.. Some of us ckap becoz of the stail pmbelajaran, kne struggle n  etc.. Mang tak dinafikan sume uwh. But now, the most importan thing that really membuatkan aku begitu terasa mencabar dok at matrik, DUIT! Mcm yg ak 2lis at post sblom nyh, ak bukanlah daripada golongan yang berada.  Seriously, aku rasa jeles sgt kalo tgk orang yang g cucuk duit at ATM atau g pecah duit note RM50 at café.  Sedangkan ak? Aku Cuma  ada RM8+ dkat  tgn skunk nyh. Why? Of course lah sebab x cukup duit tu tadi.

Waktu sale kat Serambi Pelajar, depan library n dll, ak rasa jelez sgt tgk diorang borong buku smpai  dkat RM100.  Sedangkan aku? Hanya mampu melihat.. Lactutral note,  Study Guide and Tutorial pun aku x lengkap lagi.. Apatah lagi refrence book.. Buku rujukan tu tak kisah la, aku boleh pergi library walaupun selalu je refrence book habis orang pinjam. But, it’s oke.. salah satu cabaran buat aku,kan? Tutorial book.. nseb bek le kwn ak yang nak 2kar module pass her book to me. After this la ak bayaq at ang,eyh? Ak mang tak dak duit la ny.. :’(

Makan? Aku makan sehari sekali je.. Tu pun, aku akan ambik nasi yang banyak  untuk menampung perutku hingga ke tengahari keesokannya.  Lauk? Aku just ambil  telur or kadang tu, aku makan nasi kosong dengan kuah je. Kenapa? Aku nak  save duit yang makin berkurang ni..  Air pun aku minta ais kosong je. Then, aku bubuh le air masak yang aku bawak sendiri.. Langkah berjimat,kan?

Hari ni, sehari suntuk aku  tak makan. Kenapa? Actually aku puasa hari ni. Then, bila berbuka tu aku ingat nak turun lah makan kat café. Tapi, bila difikirkan balik, dah malam. Kalau aku makan sekarang, esok aku lapar balik. So, aku ambik keputusan bukak puasa dengan air kosong je. Hampir mengalir  air mataku pabila menghadapi  kesusahan kehidupan di matrikulasi. Sebelum ni, walaupun aku duduk jauh beratus kilometer, perlu menyeberang  sebuah negeri untuk berjumpa keluarga,  aku tak  ada la kesuntukan wang sampai macam ni sekali. Sedih? Ya..aku sangat sedih. Lebih2 lagi bila aku langsung tak ada duit nak beli nota kuliah yang dijual oleh pensyarah di mini pos ataupun Secawan Copy..

Jimat? Ya.. aku sangat berjimat sekarang ni. Kalau aku tak berjimat cermat, mampukah aku bertahan hingga elaun pertama masuk? Kenapa aku tak minta duit  kat parents aku? For those yang kenal aku, aku rase korang tak akan bertanya dah. Kenapa? Sebab aku  tak akan sesekali menyusahkan keluarga aku dengan masalah yang remeh temeh macam ni.  Selagi aku mampu, aku akan terus betahan. Ya Allah, bantulah aku untuk menempuhi dugaanmu  ini. Aku yakin, KAU tak akan menduga  sekiranya  kau tak mampu menghadapinya. Aku tau ramai yang cakap aku bodoh. Dah memang tanggungjawab ibubapa menampung keperluan anaknya,kan? Tapi, aku rasa hiba and  sedih sangat bila mak aku nak tutup akaun bank rakyat semata-mata nak bayar yuran pendaftaran aku ke sini. Then, aku buat keputusan biarlah aku yang bayar. Aku pun pergi lah bawak keluar duit daripada ASB bayar yuran pengajian. Dan sekarang? Kalau aku minta duit kat parents aku, pasti mak ak akan sekali lagi cuba tutup akau bank rakyatnya yang hanya ada RM500 tu. Tegarkah aku melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibuku? Pasti mereka akan kecewa jika aku tak mampu menjadi pelajar yang cemerlang di sini. Dengan itu, biarlah aku berdikari. Aku tak mampu menyusahkan mereka  lagi..

Aku bukan tak nak  beli buku study guide. Aku bukan tak nak beli buku nota. Tapi aku TAK ADA DUIT!! Tolong la faham.. Ya, aku tak akan bercerita kepada sesiapa. Blog ni aja  yang aku  ada untuk meluahkan perasaan, apa yang terbuku dijiwa. Tadi, roommate aku tanya. “Shahirah, mak hang  dah masuk duit?” Aku jawab “Tak. biarlah, aku tak nak menyusahkan mereka.” Kebetulan, dia tau aku tak ada duit sebab aku TERcerita yang aku tak ada duit nak beli  study guide. Tadi,  bila aku masuk bilik lepas ambil wuduk 4 solat maghrib, dia yang tengah bukak puasa tanya. “Shahirah, hang ada duit tak? Kalau tak  ada, pinjam la kat aku dulu.” Aku terkaku. “Tak apa la, aku mampu lagi takat nak makan” jawabku dengan senyuman. “Hang kalau tak dak duit, habaq la, wey. Jangan dok sengap ja..” Aku hanya tersenyum mendengar kata-katnya. Terima kasih kerana adda yang perihatin tentang diriku..

Malam ni,  buat pertama kalinya aku menangis setelah lebih dua minggu di matrikulasi. Tambah-tambah lagi bila kita alone, lagilah rasa sedih,kan? Aku tak tau nak story kat siapa. Bukan aku tak trust sesiapa,  even roomates aku sendiri.  Tapi, tak apa  la, selagi  boleh tanggung, aku akan tanggung. Takkan lah small matter macam ni pun aku nak melatah,kan? Salah satu faktornya yang membuatkan aku sangat sebak malam ni, mungkin aku sakit tekak, selsema dan ada tanda2 nak demam tu,kot? Aku ingat esok atau lusa na ke klinik. Tapi, bila fikir2 balik, kalau diorang  hantar g klinik swasta, apa akan jadi dgn aku? Aku mana ada duit? Taka pa la, selama ni kalau aku sakit atau demam pun, bukannya aku pernah ke klinik. Antibody aku  kan kuat! Hehe…

Niat aku kesini hanya satu! Belajar dan terus belajar untuk menjamin masa depanku nanti. Aku harap, aku mampu menempuh setiap  dugaan yang diberikan Allah. Mungkin, ini hanyalah permulaan untuk melatih aku supaya lebih bersabar dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar. Mudah-mudahan aku terus tabah! Amin…

Ulasan

  1. ya Allah..cerite ni sedeyh sgt...akk..sye sgt tersedeyh bce entry niyh...huwaaaaa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta