Jangan Ganggu Lenaku

First time ak baca review novel ‘Jangan Ganggu Lenaku’ by Haiza Najwa, ak dah teruja nak beli. Macam ada satu perasaan kuat yang menarik-narik ak ntuk memilikinya.. Then, aku un melangkah ke kedai Popular at Central Square... Cari punya cari, x jumpa-jumpa... Ak un ingat lain kali la nak beli novel ny.. Nmpak pula novel Cinta Kontrak.. Mang ak da lama simpan hasrat nak beli novel ny paz bcew some bab at Penulisan2u. Elok ak nak capai, nampak pulak novel JGL.. Dengan senyuman bangga, ak un ambik, belek2. Cari gak kot2 ada naskah lain coz buku ny da agk 'buruk'.haha.. Maklumlah, yg last kan. Mesti la orang dah pakat pilih habis. Aku un buat 'bodo' jew and terus ke kaunter untuk bayar.. Ada 2 sebab ak terus bayar novel ny. Antaranya:

1. Takut mak nampak coz mak memang anti novel2, majalah or buku cerita sejak ak skolah rendah lg. Mak pernah ugut nak bakar semua buku yg ak pinjam kat perpustakaan time sekolah dulu. Sejak dr tue, ak baca sorok2. Sampai sanggup ambil touch light dan baca buku malam-malam. (Saja x bukak lampu takut mak ak perasan). Ak un x tau la mana datangnye minat membaca yang menebal dalam diri aku ny. Meskipun resikonya amat besar iaitu rabun (memang dah rabun pun.haha..) ak tetap teruskan minat membaca. Hinggalah ak pernah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Sekolah di Perak and Tokoh NILAM Daerah Sik, Kedah. (Bukan nak bangga,ye..hehe). Aku juga telah membuktikan dengan mendapat pingat NILAM tahap Jauhari di sekolah rendah dan memagang pingat NILAM sekolah menengah 3 thn berturut-turut. Guess what?? Mak ak memang x tau langsung dengan pencapaian demi pencapaian yg ak dpt. Ak penah tipu mak cakap nak pergi Kursus Latihan Kawad Kaki PPIM at Ipoh selama 2 hari (Ak memang aktif kawad sejak dulu). Malangnya, ak sebenarnya pergi pertandingan Ulasan Buku Rakan Pembaca (Kelayakan untuk mendapat anugerah NILAM time bulan membaca dulu.) Alhamdulillah, tiada apa yg berlaku padaku. Kalau x, menyesal x sudah sebab tipu mak.


Oke, sebab seterusnya,

2. Ak ny memang agak 'kedek atau 'Haji Bakhil' coz kalau bab-bab duit ny, mang ak genggam rapat. Siapa yg kenal ak, cukuplah kawan dgn ak sehari jew dan akan tau sifatku ini..haha. Kalau ak nak beli sesuatu, ak kne pikir banyak kali. Keperluan atau kehendak??? Malangnya, kalau bab Novel and Holiday, ak memang x berkira. (Kadang tue berkira juga. Masalah kewangan,kan??). So, that's why ak terus ke kaunter untk bayar buku ny.. Ak takut kalau ak ubah fikiran and letak balik kat rak dia... Sementelah ak mang tgh pokai skunk ny.. Kocek pun dah rabak. Mang zaman darurat betul.. Tapi, x pe la. Minat punya pasal.

Setelah penat berceloteh, jom kta review buku nyh..


This is the book... Cantek, kan cover dia??

Tajuk : Jangan Ganggu Lenaku


Penulis: Haiza Najwa

Harga: SEM - RM22.00/ SABAH&SRWK - RM25.00



Review:

 Novel ny mengisahkan tentang seorang gadis bernama Atira. Dia hanyut dalam perasaan sendiri setelah tidak dapat menerima kematian ibunya dlm keadaan yg tragis. Atira didera dr segi mental dan fizikal oleh madunya. Asfahul yg tidak menyedari perkara ini membiarkan Aty tanpa pantauan. Akhirnya, Aty terperangkap didalam satu alam yg dikuasai jin atau bunian. Aty bertemu Asfahul yg menyintainya di situ.. Emalin yg cemburu nekad untuk menghapuskan Aty seperti yg pernah dilakukan ibunya pada abang tirinya 11 tahun yg dulu.. Apa sebenarnya yang terjadi?? Adakah bunian itu memang wujud?? Cerita ny bukanlah kisah seram.. Hanya selingan supernatural untuk menghidupkan watak, mengajar kita erti kasih sayang. Juga pengajaran agar tidak terlalu berhalusinasi!!! Meskipun ianya sebuah novel cinta, terdapat banyak unsur yg diselitkan membuatkan novel ini sangat menarik dan patut dimiliki... Anda pasti tidak rugi mengeluarkan wang untuk memiliki novel ini… Jom ramai-ramai serbu kedai buku. Dengarnya buku ny dah nak masuk cetakan ke-2

Haha.. teruja x?? Dapatkannya sekarang untuk mengetahui kesudahan kisah Atira di Teratak Asfalin...

Adakah anda berminat dengan JGL?
Klik this..
 Jangan Ganggu Lenaku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta