Isnin, 27 Jun 2011

L.O.V.E is CINTA


Hallo, Hallo, Hallo…haha. Entri aku kali ny, tetiba jew aku rasa macam nak cakap pasal LOVE a.k.a CINTA…

Bohong lah kan kalau korang cakap yang korang ny x pernah bercinta or SUKA kat seseorang uw. Kaunselor aku cakap,kalau kita sebagai REMAJA x ada perasan tu, memang tak normal la..haha. Herm,mengaku cepat!! X mau sorok2..hehe

Herm,aku nak kongsikan disini,aku ny pernah lah bercinta. Memang tangkap lentok r nan ‘mamat’ sorang ny. Pada aku, memang dia ny perfect la sebagai JEJAKA IDAMAN MALAYA..haha





Seriously!!! Aku start ada perasaan kat dia waktu aku Tahun 4. Gatal kan??? Kecik2 lagi dah pandai bercinta. Haha… Actually aku tak ada la minat sangat ‘mamat’ ny. Pada aku dia ny biasa je. Cuma yang aku kagumnya, dia memang gampang pandai r.. Memang tabik spring r aku at dia. One day uw, aku ngah makan ais krim at tepi taman. Kawan aku ny mang x sedar la aku ada kat situ. Then, kawan baik ‘mamat’ tu cakap kat kawan ak, yang ‘mamat’ uw minat at aku. Aku pun terkejut la. “Eh, apasal tiba-tiba pulak dia minat kat aku??”

Tapi aku cool je, buat-buat tak tahu. Sejak tu, aku selalu tengok ‘mamat’ ny. Kononnye nak siasat la kenapa dia suka aku. Perhati punya perhati, timbullah satu perasaan halus dalam diri aku ny. Kira hormone gatal aku da keluar la tu..hak3.

Entah macam mana, aku terlepas cakap kat kawan aku yang aku pun minat kat ‘mamat’ tu. Kawan aku ny pulak, dengan beraninya cakap kat ‘mamat’ tu,

“ Wey, Shahirah suka kat kau la.”



Alamak..kantoi sudah.. Adoiyai kawan, kenapa kau bagi tau dia?? Malunya.. Mana aku nak letak muka aku ny?? Yang ‘mamat’ uw pulak, senyum jew. Aku tak tau la dia suka ke apa. Then, dia angguk2, pandang aku. Senyum lagi. “Eh, kenapa dengan dia?? Dah kena penyakit angguk-angguk geleng-geleng ke??”

Then, start la aku menyulam kasih… Elok2 nak couple uw, musibah melanda kami.huhu.. Ayat macam gempaq jew. Actually time KASIH kami telah sampai ke puncaknya, aku dikejutkan dengan berita yang dia dah couple dengan orang lain. Kira kawan aku jugak la.. Adoy, mang frust menonggeng la aku time tu. Tapi nak buat macam mana kan?? Memang dah bukan jodoh. Nama pun CINTA MONYET…

Start hari tu,memang aku dah tak pedulikan dia. Tak cakap, even nak pandang muka dia pun aku tak lalu. Ye la, ada ke patut dah berapa lama dia couple baru aku tau?? Berapa banyak masa yang dia ada untuk explain kat aku kenapa dia tak nak manfaatkan??

Tapi, kesian jugak la dekat dia. Bila dia cuba nak cakap dengan aku, aku buat ‘bodoh’ jeq. Tapi dia baik la.. Dia pernah lari balik rumah semata-mata nak ambil Air Yassin bagi aku minum. Untuk apa?? Nanti je la aku cerita… Panjang sangat la..haha. Dia selalu tunggu peluang nak cakap dengan aku. Duduk belakang aku lah, menyampuk cakap aku la, apalah. Macam-macam lagi. Bila dah fedup, dia suh kawan dia explain kat aku. Tapi aku ny kan degil cikit?? X nak lah dengar cakap dia tu. Kawan dia kata, ‘mamat’ uw buat macam tu semua ada sebab. Bukan kehendak dia. Dia terpaksa. Mula-mula aku nak percaya jugak. Tapi bila dah fikir-fikir balik, kenapa dia tak explain kat aku time awal-awal lagi?? Kenapa aku perlu tau daripada mulut orang lain?? Memang tension betul la time tu…

Then, aku kena turun kelas coz result aku menurun. Mula-mula tu memang aku malu jugak la.. Tapi bila dah fikir-fikir balik yang aku tak payah nak mangadap muka ‘mamat’ tu, aku pun happy go lucky..haha. Memangbodoh betul kan?? Semata-mata sebab CINTA MONYET, aku prajudiskan hidup aku, pelajaran aku. Jangan ikut perangai aku ny ye??
 Kebetulan pulak, ada sorang ‘guy’ ny minat kat aku. Dia ny kira classmate aku jugak la. Aku memang la tak boleh nak minat dia coz aku kan dah ada ‘mamat’ ny..haha. Memang la aku geram dengan ‘mamat’ ny. Tapi, aku tak bole la nak bohong yang aku dah dapat lupakan dia dalam tempoh sesingkat tu,kan? So, sorry la ‘guy’, aku tak dapat nak balas cinta kau..hak3. Nak dijadikan cerita, aku ny pun jahat jugak. Aku jadikan ‘guy’ ny sebagai pelakon tambahan bagi menyedapkan lagi jalan cerita drama aku. Bila aku terserempak dengat ‘mamat’ tu, aku buat-buat ketawa, gembira disamping ‘guy’. Alkisahnya memang ramai la yang tau ‘guy’ ny suka kat aku… Yang ‘mamat’ ny pun muka bengang je..haha. Misi aku waktu tu, cuma nak sakitkan hati ‘mamat’ je. Ye la, dia boleh couple dengan orang lain ingat aku tak boleh? Ingat aku ny tak laku sangat ke? Tapi, dalam masa yang sama aku terlupa yang setiap insan itu mempunyai perasaan masing-masing. Di dalam usaha aku untuk menyakitkan hati ‘mamat’ tu, aku terlupa yang ‘guy’ ny pun mempunyai hati dan perasaan.. Sorry ye ‘guy’?? Janji tak buat lagi dah..haha. Buat, aku memang tabik gilew r ‘guy’ ny coz hingga ke hari ini, dia tidak jemu-jemu managih kasih daripada aku. Setiap tahun ajak aku couple dengan dia. Cuba bayangkan?? But, sorry la ‘guy’. Pintu hati ini tertutup rapat sudah…

Tahun tu jugak, ‘mamat’ pindah. Ayah dia pencen. Tapi aku tak tau pun.. Mungkin la dia nak bagi tau aku tapi aku tak nak dengar,kan??? Silap kau jugak. Then, nak buat macam man?? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.



Dua tahun kemudian, tiba-tiba kawan aku cakap ‘mamat’ kirim salam. Aku terkujut jugak. Dia kata, memang dia still contact lagi dengan ‘mamat’. Aku pun apa lagi, terharu la. Bohong la kalau aku kata aku dah lupa dia. Nampak sangat bohong..haha. Kawan aku ny pun macam memahami, dia bagi nombor telefon ‘mamat’ dekat aku. Dengan getaran jiwa yang teramat sangat, aku pun tabahkan hati dan mencuba nasib untuk mesej dia. Alangkah hibanya hati ini bila dia kata dia tak kenal aku. Dah macam-macam clue aku bagi, dia tak ingat jugak. Memang sedih betullah time tu.. Rasa macam nak nangis je. Kenapa la dia buat aku macam ny?? Then, aku mengadu lah dekat kawan aku ny. Dengan gelak ketawa dan riang-rianya, dia bagi tau aku yang ‘mamat’ uw just nak test aku jew. Ciss…berani dia!!! Haha…

Tapi, aku tak beranilah nak bukak cerita lama. Mula-mula tu aku just mesej biasa-biasa je. Then, dia balik asrama. Sejak tu, aku dah tak berani dah nak mesej dia. Malu kowt?? X kan perigi nak cari timba pulak?? Dah la aku jual mahal dulu..haha. Kan dah merana??

Sejak hari tu juga, aku tak berani mesej dia n dia pun dah tak mesej aku. Aku pun tak tau kenapa. Yang pasti, setiap tahun memang 4 kali je aku n dia berbalas mesej. Itu pun time Birthday aku, Birthday dia, Hari Raya Puasa n Hari Raya Haji. Selain daripada tu, tak pernah. Mungkin masing-masing busy or dah masing-masing nak meletakkan ego masing-masing di puncak yang tertinggi,kan??

Ada satu tahun tu, memang aku kecewa sangat la bila aku terlupa Birthday dia. Macam mana la boleh terlupa? Aku pun tak tau. Mungkin ianya satu petanda yang aku bukan lagi untuknya kot…

Aku terkejut sangat-sangat bila ada satu hari tu, aku bukak facebook n ada friend request. Alamak, ‘mamat’ tu. Biar betul ny?? Memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila buat sekian lama, aku ditakdirkan untuk menatap wajahnya kembali. Jantungku berdegup dengan kencang dan nafasku seakan-akan terhenti (hiperbola la pulak..haha). Memang aku terkejut habis la. Tapi, memang aku tak berani bukak facebook dia hingga ke hari ini. Seakan-akan satu perasaan lain wujud tatkala aku menatap wajahnya.

One day, aku terbaca blog kakak dia n entri time uw, about family. Then, ada la terselit perkara berkaitan ‘mamat’. Dari situ, barulah aku tau yang dia telah berpunya. Ya la, dah berapa lama tak kan lah dia single lagi kan?? Aku pun redha je la… Sememangnya perasaan aku untuk ‘mamat’ tu telah hilang. Yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kenangan… Dan aku redha asalkan dia bahagia.. Berakhir sudah kisah perCINTAan MONYET aku di alam persekolahan…

Nak dijadikan cerita, dalam 2 atau 3 hari lepas, ada orang hantar request nak jadi friend aku. Yang aku terkejutnya, nama dia and tarikh lahir dia memang sebijik macam ‘mamat’. Batch aku pulak tu. Pokok nya memang 80% sama macam ‘mamat’. Cuma muka n latar belakang family je lain.. Aku tak tau lah ini suatu kebetulan atau ketentuan. Herm, handsome jugak mamat yang ny… haha. Alamak, dah terbuka hati nak bercinta balik ke? Eh, x kan nak berkasih dengan orang yang sama nama macam ‘mamat’ je kot?? Tak logik betul lah…

________________________________



Nota kaki : Aku bukannya dah tak nak bercinta. Tapi, semenjak aku dikecewakan, aku tak yakin yang masihkah ada alam perCINTAan yang bahagia buat diriku ini?? Bukan tak ada yang melamar aku untuk menjadi kekasih a.k.a couple depa. Tapi, aku belum bersedia lagi la.. Kasihku pada ‘mamat’ masih utuh hingga ke hari ini meskipun yang tingal hanyalah memori-memori silam. Eh, tadi bukan kata redha? X lah..memori je. Jangan silap tafsir pulak..haha. Bukannya aku tak pernah mencuba untuk bercinta. Tapi, tak berani la nak couple. Buat apa couple jika hanya untuk suka-suka atau menunjuk yang kita mempunyai kekasih hati?? Biarlah single asalkan bahagia…. Siapalah yang akan mengetuk pintu hati ini selepas ‘mamat’???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan