Majlis Akad Nikah


Aku pergi majlis akad nikah sepupu aku tadi. Sebenarnya, first time aku tengok muka bakal suami sepupu aku tu lagi, aku dah tak berkenan dengan dia. Ye la, muka dia tak menggambarkan dia mempunyai masa depan yang cerah. Mendengar salasilah keluarga dia, lagi la aku tak berkenan. Tapi, siapalah aku untuk bersuara kan? Nanti orang kata aku ni nak memandai pulak. Ye la, baru beberapa kali tengok laki tu, dah pandai buat tafsiran sendiri. tapi, itulah adat orang bercinta. Macam yang selalu kita dengar, bila bercinta, kentut pun bau wangi. Ye la, kita nampak yang baik-baik aja tentang pasangan kita tu. Kalau ada kurang pun, kita pandai je cover tak nak bagi nampak kecacatan pasangan kita tersebut.

 Berbalik pada cerita aku tadi, nak dijadikan cerita, teruk pengantin lelaki tu kena ceramah dengan tok kadi. Punya la lama tok kadi bagi tazkirah nikah. Akad nikah pulak sampai 3 kali lafaz. Kalau ikutkan hati aku, lafaz yang ketiga tu pun aku tak puas hati lagi. Macam cakap main-main aja. Tak ada langsung suara ketegasan, semangat dan keyakinan untuk melafazkan ijab dak qabul. Entahlah... susah aku nak cakap. Tapi, memang aku tak puas hati la. Yang datang time akad nikah tu pun, sikit je. Sebuah kereta daripada pihak lelaki dan sua buah kereta daripada pihak kami. macam tak ada sambutan langsung. Eh, bukan selalunya lepas lafaz nikah terus sarung cincin ke? Selalunya, pengantin lelaki akan mengerjakan solat sunat nikah then terus ke upacara pembatalan air sembahyang.

Nak dijadikan cerita, lepas akad nikah, pengantin lelaki cramp la pulak. Duduk lama sangat kot... Ye la,  lepas dah sah akad nikah pun, tok kadi still bagi ceramah. Apasal arh??? Pastu, bila orang suruh sembahyang sunat nikah, dia macam nak tak nak je. Bila dah kena paksa baru dia pergi. Tapi, bab2 sembahyang ni ak x nak la sentuh, lantak dia la kan, coz apa pun yang dia buat, dosa semua dia yang tanggung. Lebih-lebih lagi bila dah jadi suami ni, tanggungjawab makin bertambah. Lepas solat sunat tu, dia pun duduklah kononnye nak sarung cincin. Duduk tu dahla sebatu jauhnya. Ish3... Then, lepas sarung cincin, tibalah giliran untuk si isteri mencium tangan suaminya. Nak tau apa yang diorang buat?? Si suami  hanya menghulurkan sebelah tangannya juga disambut si isteri dengan sebelah tangannya juga. Ada ke patut??? Her,susah nak cakap..... Tak pernah tengok orang akad nikah ke?? Tak kan cara bersalaman pun nak kena ajar?? Aku yang baru setahun jagung ni pun tau macam mana dan bagaimana majlis itu berlangsung. Pelik betullah...

First time in my life, aku tengok Majlis Akad Nikah sebegitu rupa. And aku amat mengharapkan, bila aku kahwin nanti, seluruh ali keluarga aku berkumpul. Aku nak semua ahli keluarga aku ada semasa majlis akad nikah aku nanti. Aku juga berharap majlis aku akan berjalan dengan lancar dan tidak terjadi perkara-perkara seperti ini. Aku amat mengharapkan yang terbaik buat diri aku, ibu bapa juga keluarga aku. Mudah-mudahan.. Amin.....

                                                                

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta