Dipujuk

Hari ni cikgu Zakaria nak jumpa aku. Mula-mula tu aku rasa suspen jgak, ye la, nape cikgu tiba-tiba nak jumpa aku? rupa-rupanya cikgu tanya mengenai topik yang sedang hangat dibicarakan mengenai diriku ini. Mana tak nya, semua cikgu yang mengenali diri ini mengatakan tentang diriku yang akan berpindah buat kali ke duanya keluar daripada sekolah ni. Kenapa?? Ramai yang tanya, tapi hanya aku seorang yang tahu mengenai jawapan ini. Bukan aku tidak mahu bercerita atau berkongsi masalah, tapi aku tak tahu nak mula daripada mana. Terlampau banyak konflik yang melanda diri ini. Masalah n masalah itu again n again datang menimpa. Tetapi, aku sebagai hambanya hanya Redha dengan setiap ujian dan cabaran yang diturunkan pada diriku.

Aku amat tersentuh bila Cikgu Zakaria dengan perihatinnya bertanyakan masalah diri ini. Pada mulanya, aku hanya bercerita biasa-biasa aja. Tapi, tak tau lah kenapa air mata ini dengan mudah sekali menonjolkan dirinya buat tatapan cikgu. Herm, malu pun ada. Tapi, cikgu ckap " Menangislah jika kamu ingin menangis. Lepaskan semua apa yang terbuku di dada kamu itu. Cikgu tak kisah, malah cikgu berbesar hati jika ada pelajar yang ingin berkongsi masalah dengan cikgu". Alangkah indahnya hidup ini mendapat guru-guru yang begitu perihatin akan masalah murid-muridnya. Mula-mula aku masuk sekolah ni dan berjumpa Cihgu zakaria, aku fikirkan cikgu ni garang. Ya la, dia kata siapa yang masih belum siapkan folio RC sampai bab 3, buat cepat. Kalau tak, cikgu sebat. Dengan gya percakapan, intonasi suara dan perwatakan awal aku lihat cikgu tu, benar-benar membuatkan aku kecut  perut. But, Don't jouge a book by its cover. Remember that!!!

Cikgu cakap, cikgu diarahkan oleh Pengetua untuk tidak meninggalkan Sekolah Menengah Sik, Sekolah Kluster Kecemerlangan ni. Owh.. patut lah Nina n Taqiah cakap Pengetua, Teacher Yong n Cikgu Hasmawati cakap pasal aku dalam bilik guru. Dok 'Shahirah 5 sc3' je. Herm,pasal ni rupanya. Tapi, tak sangka pula aku sebagai pelajar baru sekolah ni mendapat perhatian daripada guru-guru. Cuikgu zakaria cakap juga, kalau aku nak ambil balik jawatan-jawatan yang aku lepaskan di sana pun tak apa. Cikgu cakap, cikgu boleh usahakan untuk aku menjada Pengawas Koperasi atau Pengawas Sekolah seperti yang aku mahu. Memang aku amat berbangga dan suka apabila ditawarkan sedemikian rupa. tetapi, aku juga terfikirkan pandangan kawan-kawan. pasti mereka membenci dan mencemuh aku kerana sebagai pelajar baru, aku diberi keistimewaan dan diberi perhatian guru-guru. so, aku ambil langkah proaktif dengan 'let it be' and buat macam biasa ja, macam pelajar-pelajar baru yang lain. Lagipun, aku dah buat keputusan nak pindah sekolah, so buat apa aku nak hegeh-hegeh lagi, kan??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta