Ahad, 25 September 2011

mom,dad... Fogive me!!

Semalam Abah mesej. Abah cakap minggu depan ada hari keluarga PASKAL. Aku ingatkan Abah  dengan Mak nak datang. Aku baru nak happy... Ye la, last aku jumpa family aku time raya hari tu.
Lagipun, duit  yang mak aku bagi hari tu dah habis. Aku malu nak mintak. Aku malas nak susahkan  mak aku... Kalau Mak & Abah datang sini, aku yakin mereka pasti akan beri duit poket pada aku.
Barang-barang keperluan aku macam bedak, deadorant, pencuci muka semua dah habis...
Aku pun nak beli seluar dan baju. Seluar  aku semua  dah rosak. Nak jahit pun memang dah teruk sangat..
Aku dah lama  shopping.. Selama aku duduk  sini dah hampir  7 bulan, baru 2 kali aku keluar  pergi supermarket. Itu pun aku tak beli apa-apa...
Aku tak  pernah pun keluar rumah pergi jalan-jalan.
Setiap minggu aku terperap dalam rumah.... Tinggal sorang-sorang  pulak tu.
Boring sangat... So, aku  amat mengharapkan family aku datang sini supaya dapat aku memenuhi keperluan asasku yang sudah kehabisan ini...

Macam mana nak explain ye??? Aku ny memang jenis tak suka meminta. Aku hanya terima apa yang diberikan padaku. Aku  tak berani nak mengadu  aku tak  ada duit or what. Even kalau aku sakit pun, aku tak pernah ngadu kat Mak aku. Aku just makan panadol and tidur... Kalau demam pun malam-malam aku bangun mandi air asam atau apa-apa la supaya aku sihat balik. Aku tak suka  susahkan orang lain...
 Semalam memang aku sedih sangat bila segala harapanku itu musnah.

Mak cakap tak datang kowt.. So, cuba bayang perasaan aku yang tengah excited nak jumpa family...
Mak cakap : " banyak kos nanti. Ye la, Raya Haji nanti nak datang raya haji nanti nak pergi sana. (Sebab aku tak nak balik raya Sungai Petani coz dah boring naik bas). Lepas SPM nak pergi ambik barang hang pulak "
 Then, aku balas mesej tu macam ny...

Ala...Raya Haji lambat lagi. Barang tu bila-bila pun boleh ambik. Bukannya nak kena bayar sewa pun. G pun lepas SPM bukannya angah nak balik sana terus. Balik pun nak buat apa??? Baik jalan-jalan kat sini dulu. Tapi kalau tak nak datang tak apa la...
Lagi  satu,  rasanya kalau alasan sebab Afiq memang tak logik sebab dia dah habis exam. Pergi sekolah pun bukannya belajar. Takat Syahidah tu, cuti sebulan pun tak apa. Abah tak payah nak mintak cuti dekat majikan and mak boleh tutup kedai bila-bila masa je. Zikry tak ada masalah langsung and kalau Along tu, depend la. Kalau nak ikut, pandai-pandai la. Cadangan je.. Kalau tak nak datang pun tak  apa. Angah tak kisah pun. Erm, saje nak cakap yang Angah dah habis trial. Tadi dapat result BM angah dapat A. Tu je la nak bagi tau. Kim salam kat sume. Gud nyte!! "

Ambik kau.. Panjang glew aku reply mesej tu. Lenguh jugak  tangan aku ny menaip. Tapi, memang aku terasa sangat.  Nak aja aku luah semua pada mak & ayah aku.
" Cadang nak p kalau tak ada apa-apa hal. Insya-Allah... "

Ada harapanlah sikit.. haha

" Kata  tak nak datang?? Tak apa la. Angah bukannya paksa pun nak suh datang. Lagi pun angah memang dah rancang nak pergi jalan-jalan minggu depan. Dah  boring sangat setiap minggu terperap je kat rumah sorang-sorang. So, kalau nak datang Angah kena batalkan je la plan tu. Datang  ke x datang, it's OK. Slama ny pun memang angah duduk sorang-sorang. Dah biasa pun hidup berdikari.. "

Kemudiannya, aku off telefon dan menangis sepuas-puas hati aku.. Dah lama aku tak nangis teruk macam tu. Aku sedih la.. Memang tak boleh tahan.
Aku tau bahasa aku agak kasar... Tapi aku rasa aku dah lama pendam perasaan tu. Itu yang aku rasa dada aku sesak sangat.
Pada siapalah aku nak mengadu ye??

" Mak, Abah. Angah minta maaf sekiranya apa yang angah katakan mengguris hati dan persaan kalian...  "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan