Puasa!!!

Assalamualaikun dan Salam Ramadhan semua…
Diharapkan dengan ketibaan bulan yang penuh berkat ini memberikan seribu satu keinsafan, kebahagiaan buat kita semua.
Bulan yang penuh mulia ini memberikan kita peluang untuk muhasabah diri kita, seterusnya meningkatkan amal ibadat kepada-Nya.

Di sini, aku ingin berkongsikan pengalaman, cerita agar dapat dijadikan teladan dan pedoman buat kita semua.
Dahulu, tatkala mendengar suara azan di kaca-kaca televisyen atau radio, aku pasti menukarkan siarannya. Mengapa??
Aku merasakan kalimah-kalimah itu menganggu aku. Terlalu lama untuk menghabiskan seruan azan.
Sedangkan, azan hanya seketika. X sampai 5 minit pun. Kenapa aku rasa x selesa??
Betapa jahilnya aku.. Aku pasti ramai diantara kalian juga begitu. Pasti menukar siaran tatkala azan berkumandang..

Aku tak mahu ke masjid.. Aku x mahu ke surau.. Aku tak mau sembahyang berjemaah…
Meskipun aku tau manfaat serta ganjaran pahala yang bakal aku terima.
Kenapa??
Aku rasa imam tu lambat sangat. Kenapa imam tu baca surah panjang-panjang?? Buag masa aku je… Masya-Allah…betapa jahilnya aku.
Aku tak suka sembahyang terawikh, aku tak suka sembahyang sunat hari raya malah aku terlampau liat untuk mengerjakan amalan sunat yang lain.
Lambat la.. Dah la panas. Imam tu pulak lembab…

Tetapi kini aku sedar… Tiada yang indah dalam hidup ini selain daripada bermunajat kepada-Nya.
Aku merasakan dosa aku terlalu banyak dan tidak terhitung dek akal fikiran.
Aku ingin berubah tetapi bagaimana caranya??
Aku malu untuk bersemuka dengan ustazah mahupun ibu bapaku sendiri untuk menanyakan pendapat atau meminta bantuan untuk kembali ke jalan Allah…
Aku terlalu malu untuk membuka pekung di dada…
Aku hanya mengharapkan agar Tuhan memberikan Petunjuk dan Hidayah-Nya padaku.
Aku sudah tidak sanggup untuk hidup di dalam kepura-puraan..
Sesungguhnya, hanya aku mengetahui siapa diriku ini….

Hari ini, permulaan bulan yang penuh mulia ini, aku berazam untuk menangkis pandangan-pandanganku dahulu.
Jika aku masih di sini, masih di takuk yang lama, aku tidak boleh menyalahkan sesiapa..
Iblis dan Syaitan telah diikat.
Maka mengapa aku masih tidak berubah???
Ini bermakna, tiada siapa yang mengawal, menguasai mahupun menghasut aku.
Ianya datang dari dalam diriku sendiri…
“Ya Allah, Kau keluarkanlah aku daripada sikap kepura-puraan..”
Hari ini, aku menjejakkan kaki ke masjid yang telah ama aku tidak kunjungi…
Tatkala kakiku melangkah ke dalam masjid beserta dengan azan yang sedang berkumandang, hatiku merintih pilu.
Ya Allah, kalimah inilah yang aku abaikan dahulu. Kalimah inilah yang tidak mahu aku dengari dahulu. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mendengar lagi kalimah suci ini.
Masjid yang tesergam indah ku pandang. Ku renung masjid yang telah lama aku tinggalkan ini.
Aku masih lagi diberi peluang untuk beribadah di dalam masjid ini.
Air mataku berlinangan…. Aku pun tak tau kenapa…

Hari ini juga, setelah sekian lama, aku kembali solat berjemaah.
Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku solat berjemaah di masjid.
Tatkala mengerjakan solat Isya’ berjemaah, air mata ini menitis lagi.
Hatiku sayu, perasaanku berbaur.
Aku harap ini bukanlah kali pertama dan kali terakhir aku solat berjemaah…
Aku juga berharap agar Tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus lagi benar,
Serta melembutkan hatiku ini…

“ Ya Allah ya tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, Ya Allah…Kau ampunkanla dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, rakan-rakanku, guru-guruku serta semua muslimin dan muslimat Ya Allah… Kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu padaku agar aku terus istiqamah mengerjakan ibadah padamu ya Allah… Ya Allah ya Tuhanku, kau lapangkanlah dadaku, ya Allah. Kau berikanlah aku ketenangan dalam kehidupanku ini… Ya Allah, kau mantapkanlah akal fikiranku ini ya Allah, kau kuatkanlah ingatanku agar aku dapat memahami apa yang guruku ajarkan, mengingati apa yang guruku ajarkan dan mengamalkan segala ilmu yang disampaikan mereka, ya Allah…. Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kejayaan yang cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan yang kutempuhi, Ya Allah… Sesungguhnya aku hanya berusaha dan padaMu sajalah aku berserah dan bertawakkal… Rabbana atina fiddunya hasana. Wafil akhiratil hasanah. Waqina aza bannar… Wasaalawahuala Muhammad wa ala alihi wasabbihi wasallam. Walhamdulillah hirabbil a’lami,. Amin….”








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta