Rabu, 23 Mac 2011

Happy Birthday Nurisha Eira!!!


Happy Birthday to me..haha.
Dah ramai yang x ingat tarikh istimewa aku ny, so aku terpaksa sambut sendiri la..haha. Tah pa hape je. Orang first yg wish birthday aku, Husna Asnida kwn bru aku at SMK Sik. Tq so much Husna sudi wish n ingat birthday aku walaupun kita baru kenal… Tq sgt2. Alissa pulak awal sgt wish birthday aku. X tau la dia saja nak jd org terawal atau memang dia tersilap birthday aku bila. Tapi x apa la, Tq very much,k??? Then, Sharifah Munawwarah a.k.a Moon wish birthday aku. Tq ya, Mun. Tibalah saatnya My Mummy and Daddy wish… Happy sgt mereka masih mengingati tarikh bersejarah ini. First time Mak & Abah wish birthday aku dlam msj. Ye la, selama ny kan aku ada depan mata mereka. Dan kini, aku jauh di negeri oranngg. Walaubagaimanapun, mereka tetap di hati aku. Tq so much mak,abah… Kwn aku Shahirah Norhan yg berada di Johor pun wish kat aku. Terharunya… Walaupun kami terpisah beribu batu, dia tetap mengingati tarikh istimewa aku ini. Tq Shahirah..haha… Kembar aku ny. Nama pun sama…


Bila dapat free call, aku call kakak aku. Dia terlupa hari ni birthday aku. Dia kata dia buzy sgt. Mula-mula tu, aku sedih jugak. Ye la, waktu birthday diaa dulu. Aku sanggup tunggu sampai pukul 12 tgh malam semata-mata nak wish birthday dia. Yg dia pulak boleh kata tak ingat. Tapi x apa la, aku faham budak U ny buzy ckit. Then, kemarahan aku reda bila kakak aku kata memang dia dah sediakan hadiah untuk aku. Dia pun x tau nak bagi macam mana. Nak pos ke?? Tapi aku kata x payah la, nanti aku balik cuti sekolah aku ambil la..haha. Ini yang aku sayAng sangat kakak aku ny. Setiap tahun, dia x pernah lupa bagi aku hadiah. Kalau dia x ada duit, dia buat kad ucapapn untuk aku. X pun dia bagi penanda buku je. Yang paling lawaknya, masa dia duduk asrama dulu, dia bagi hadiah sabun buku kat aku.haha… Dia kata kat mana nak cari hadiah?? Dekat KOOP Cuma jual barang peribadi je..haha. X apa lah Long, terima kasih sangat-sangat. Sebenarnya, aku kesian aka malu dengan kakak aku. Ye la, dia sealu bagi aku hadiahh sedangkan aku x pernah bagi dia apa-apa. Ye la, aku ny kan ‘Haji Bakhil’ ckit. So, susah sikit la kalau orang nak makan duit aku tu. Haha… Nak buat macam mana?? Ayat famous ak, “Bukan kedekut. Jimat…” haha… tu je la ayat aku dari dulu sampai la sekarang. Aku pun x tau kenapa. Sejimat-jimat aku pun, duit habis jugak. Pelik betul…



Then, aku call Zul aka Along, Anak saudara Ibu. Aku dah agak lama jugak la kenal dia ny.. Ibu bg nombor aku dekat dia. Ibu suruh aku kawan dengan dia. Ye la, mana tau kan aku boleh ubah dia ny. Ibu kata dia nakal sikit. Tapi dia ok la… Baik. Kira aku boleh kamcing la dengan dia. Bila aku call dia tu, baru dia agak hari ny Birthay aku. Ye la, aku ny kan kedekut. Mustahil lah aku nak call orang tu,kan?? Haha.. Kira semua orang yang kenal aku x kira la sekejap ke lama, akan tahu perangai aku yang agak ‘berjimat’ ny. Hehe… So, dia pun wish ‘Happy Birthday Ira… Zul doakan Ira panjang umur n Berjaya dalam pelajaran” Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Tq so much Zul…

Then, aku call Fawwaz pulak. Haha.. Bila dah dapat free call ny, bergayut sakan lah,kan?? Dia ny kawan lama aku. Tapi dia sebaya dengan kakak aku. Pelik tak?? Kitorang pun berkenalan secara tidak sengaja bila abang angkat kepada kawan aku ny pergi menjaja no tel aku satu bas time pergi lawatan ke KL thn 2008 dlu. Kira time tu aku Form 2, dia Form 5 la. Aku naik bas lain, diorang naik bas lain. Aku pun pelik macam mana dia boleh terbuka hati nak promote no phone aku. Then, byk la mesej masuk nak berkenalan sampai aku pun naik tension. Nak dijadikan cerita, aku dgn Fwz ny suka edit2 gambar, buat video. So, ktowng pun kongsi la minat tu bersama-sama. Tambahan pula, aku baru balik kursus yg dianjurkan MSC. Kursus buat2 video ny. So,aku banyak la kritik video dia. Haha.. Sejak tu, dia suka Tanya pendapat aku bila nak buat video. So, aku pun bagi la pendapat yang aku rasakan bernas. Sejak dari tu, aku mula rapat dengan dia. Aku tukar no pun, aku bagi tau dia je. So, kira dalam banyak-banyak no yang tak dikenali tu, aku ley kawan denga dia je la. Eh, byk pulak cerita. Itulah sedikit sebanyak bagaimana bermulanya perkenalan kami. Nak tau lagi?? Nanti la aku cerita… X pun mesej aku,k?? Byk sangat la kalau nak story… Lagipun kami dah kawan lebih 3 thn, kan?? Ok, berbalik pada cerita tadi,Bila dah agak lama sembang tu, dia Tanya, Birthday aku ke?? Lama call byk duit ke?? Haha.. Rupa-rupanya birthday aku. Time tu pun dah dekat pukul 2 pg. Dia suruh aku tidur. Ye la, besok kan sekolah. Dia pulak belajar dekat Politeknik Arau.. Dekat kg aku tu.hehe… Then, aku dengan mengada-ngadanya mintak dia nyanyi satu lagu dekat aku. Bukan apa, saja nak test dia nak ikut kemahuan aku ke x..haha. Mula-mula dia tak nak. Tapi,aku suruh dia nyanyi jugak. Sebab waktu dia Form 5 dulu, dia nyanyi lagu apa ntah time Hari Ko-kurikulum tu. Then dia dapat tempat ke-3. So, msty la dia pandai menyanyi. Ye x?? Haha… So,setelah dipaksa, dia pun nyanyi la lagu Happy Birthday kat aku..haha. Dia pun macam malu-malu je. Aku pun satu. Mnegada-ngada mintak da nyanyi buat apa? Hehe.. Apa-apa pun, terima kasih la ye, Fawwaz. Sorry buli ang pagi-pagi buta..haha.

Balik dari sekolah, baru aku call mak aku. Bukan aku sengaja call lambat-lambat. Tapi kan dah larut malam? Mesti la mak aku dah tidur. Tapi aku x boleh la dgr suara Mak or Abah aku. Rasa sebak macam mana ntah. Rasa macam sayu sangat… Dulu time aku duduk asrama pun macam tu. Aku x boleh langsung dengar suara Mak or Ayah aku. Mungkin sebab selama ny aku x pernah tinggal berjauhan denga family aku, itu yang aku rasa semacam. Aku bukanlah anak manja. Dan aku x ada langsung rasa macam aku ny rapat dengan family aku. Tapi, walaubagaimana pun, mereka tetap darah daging kita,kan?? So, sedikit sebanyak memang aku terasa la berjauhan dengan keluarga. Yang paling aku rindu, of course la adik2 aku terutamanya Syahidah dan Zikry. Depe ny rapat jugak la dengan aku. Ye la, sejak mereka lahir, mereka x pernah berenggang dengan aku. Selama ny, aku mandikan diorg, main dengan depa, bagi depa makan. X pernah sekalipun aku berjauhan denga mereka. Mereka membesar depan mata aku. Daripada mereka x tahu apa-apa, sehingga mereka pandai meniarap,menjulur, merangkak, berjalan, sehinggalah mereka pandai bercakap dan berlari. Alangkah rindunnya aku pada adik-adik…


Lepas tu, baru lah aku call semua kawan-kawan aku yang dah pindah ke tempat lain. Maklumlah, lepas rindu. Selama ny mesej aja. Tamatlah sudah hari yang amat bersejarah dalam hidup aku.. Meskipun ramai yang tidak mengingati tarikh penting ini, x apa lah. Ye la, aku bukannya sesiapa. Aku pun bukanlah friendly sangat. So, memang wajarlah orang x inagat birthday aku bila. Walau apa pun,
 HAPPY BIRTHDAY IRA!!!


                                                                                                         






Tiada ulasan:

Catat Ulasan