MY NEW STEP

 Assalamualaikum. 

Hai, rasanya dah lama sangat aku tak membebel dekat sini. Entahlah, sekarang ni malas gila nak menulis, Padahal aku ni ada banyak je benda nak cerita. 

Bagi korang yang pernah baca blog aku, mesti korang tau kan aku punya aim lepas habis kontrak dengan PPUM which is bond 5 tahun, aku nak fly pergi Saudi. Tapi, 2 tahun lepas kita semua diuji dengan wabak Covid-19. Jadi, aku fikir Malaysia dah tak hantar Jururawat ke sana. Tapi aku silap. Ada je jururawat yang fly pergi Saudi, tapi tak ramai la. 
Disebabkan Malaysia tak bagi rentas daerah, rentas negeri time tu terus aku fikir duduk Malaysia ke duduk Saudi ke, sama je tak boleh jumpa family pun. 
Then, aku pun buat la research sikit pasal steps to Saudi Arabia.

Kebetulan, pada 21/9/20, member satu batch aku DM dekat Facebook Massenger, tanya x de plan nak g Arab ke? Dia dah sattle interview semua tengah tunggu offer later je.
Kita pun tanya "Ehh, kenapa awak tetiba DM kita ajak pergi?"
Then dia cakap sebab dia ada borak dengan member kitorang jugak, budak satu batch kata aku pun teringin nak g sana. So, dia saje je cuba nasib meramaikan jemaah kat sana. hahaha

Maka, makin berkobar-kobarlah semangat ini nak fly to Saudi. Ye lahh, ada member kan. Dia pun terus bagi contoh resume, then terus dia submit dekat Agent Melorita yang handle dia tu.
Kalau nak pergi saudi, kita boleh pilih nak guna perkhidmatan agent mana. Ada melorita, Fire star kot dengan apatah lagi satu agensi yang menguruskan pengambilan jururawat Malaysia ke luar negara.

Lepas je member aku tu submit aku punya resume, terus agent tu call aku suruh datang office esok tu untuk dia tengok semua documents and sijil. 
Dengan penuh debaran , aku pun pergi la office diorang dekat Amcorp Mall tu. Mujur la office dia dekat dengan tempat kerja aku & aku agak familiar dengan kawasan tu. 
Sampai je office Melorita, aku terus jumpa Miss Sara.
Lepas dia tengok aku punya sijil semua, dia suruh aku buat English Test. 
Test ni boleh salah 5 je kot aku tak ingat. Macam exam english kat sekolah, ada bahagian grammar la listening la apa la gitu. Sejam ke sejam setengah tah masa dia bagi.
Dia bagi duduk dalam satu bilik kaca, bagi pen and paper, lepastu recorder untuk kita dengar & jawab soalan mengikut apa yg kita dengar tu. Phone diorang pegang, tak nak bagi kita meniru ke google. Hahaa
Aku debor weyh, dah la aku tak prepare apa untuk test tu. Aku ingatkan dia nak tengok sijil je. Tapi Miss Sara kata kalau tak lepas aku boleh repeat lagi. 3 kali kot peluang dia bagi. Free je test ni tak payah bayar. Aku pun hentam je la, try je la kot rezeki kan, mana nak tau.
Tapi kan, time aku tengah buat test tu, orang bilik sebelah tengah interview dengan orang Arab weyh, through skype. Tak focus aku jawab test sebab curi-curi dengar member sebelah interview 😂
Habis je jawab test, aku terus pergi toilet sebab kecut perut nak tau result. Hahaa..
Mujur lepas weyh, dia kata aku lepas test tu tapi tak bagi tau la pulak berapa markahnya.
Baru aku tau sekarang ni, test tu valid 2 tahun je. So, kalau aku tak fly dalam september tahun ni, aku kena sit for the test again. Huhu

Eh, nak guna perkhidmatan Melorita ni kena bayar tau. Tapi dia x de la bayar sekaligus. Kau bayar sikit2, ikut steps dia. Nanti aku cerita details pasal bayaran dekat post lain.

Oh, masa aku pergi jumpa Miss Sara tu, ada resume member aku jugak Rosma atas meja dia. Miss Sara kata Rosma pun baru je apply nak g Saudi. Aku tak de la rapat sgt dgn Rosma kenal-kenal gitu je so aku tak de la contact dia tanya apa-apa 😅
Member pun dah sampai arab dah weyh, sebelum raya ritu. Aku je ketinggalan. Huhu
(sebab aku sakit. Tu pun nantilah aku cerita)

Aku apply beberapa Hospital dekat Saudi, area Mekah, Madinah, Riyadh dengan Jeddah. 
Tapi time tu Covid tengah rancak, so hospital dekat sana pun kurang ambil pengambilan jururawat luar. Semua tengah focus dengan Covid-19. Tak banyak hospital ada vacancies. 


16 March 2021
Aku dapat wasapp daripada Miss Syaza, one of Melorita agent, cakap ada kekosongan dekat King Faisal Hospital Madinah. Berminat tak? Kalau nak dia hantar resume aku kat sana.
So, aku pun cakap ok lah, aku nak try.


6 JULY 2021
Miss Syaza wasapp lagi, katanya King Faisal Hospital nak interview aku, jumaat nanti. Pukul 8 malam waktu Malaysia.
Then, dia bagi aku contoh soalan yang selalu interviewer tanya, and a few basic question about medical surgical. Usually dia akan tanya kita base on kita punya experience semua tu. 
Aku mana sempat study semua tu weyh, dah la dengan kerja everyday semua tu. Oh, dan time tu pun aku baru sebulan tau aku sakit. 
Time ni aku tak tau la nak join interview ni ke tak sebab aku sakit kan, so aku banyak sikit fikir
Tapi cousin aku cakap g je la, dapat tak dapat belakang cerita. Yang penting experiance kita inetrview dengan orang sana tu


9 JULY 2021
Ada test interview dgn Melorita. Aku punya la debor, ingatkan dia nak tanya soalan pasal nursing jugak. Rupanya dia just nak make sure camera, sound system semua ok je. Hahaha.
Dah la dia bg tau last minit, aku tengah kerja weyh time tu. Dia kata x pe, x lama pun dlm 10-15 minit je. Aku pun lari la kejap g surau layankan test interview tu. Haha

Oh, harini juga diorang add aku dalam group whatsapp.
KHSHRC-M Med/Surg 9th jul
Ramai jugak yang interview sekali dengan aku, 16 orang.
Aku punya schedule pukul 6.20pm sbb aku kerja pagi, aku request nak interview petang.
Aku orang yang last sekali, sebab nak tunggu balik kerja dulu kan.


14 JULY 2021
Start interview pukul 1.40pm. Time ni aku kerja pagi. Memang tak senang duduk dah aku, tengok dalam group siapa yang dah interview semua cakap "done, done interview"
Balik kerja tu terus aku interview dengan org Hospital sana. Interview pakai uniform hospital kau, x sempat salin baju. Haha

Aku punya debar sampai minta doa dekat mak abah, cik ani, tok aku. Semua orang baca yassin weyhh time aku inetrview tu. Nak bagi mudah. Hahaa..
Appreciate sgt usaha semua kaum keluarga.

1757Hr, aku dah siap sedia depan laptop. Yang conduct interview tu Miss Meza, dia suruh aku masuk link tu then tunggu diorang invite aku masuk. Kejap je interview, pukul 1813Hr, dah sattle semua dah.

Time interview tu, aku bukak camera and mic, orang sana just buka mic je tak nampak pun muka dia. Sister from King Faisal Hosiptal yg interview aku. Orang india, tapi aku tak sure pure indian atau India from Malaysia.
Dia suruh kenalkan diri, ceritakan pasal work experience, ratio nurse to patient, aku jaga patient macam mana, procedure apa dekat wad yang selalu aku buat. Tu je, so far ok la x de tanya apa-apa soalan pasal medical surgical pun. 
Lepastu dia tanya kalau aku dapat kerja dekat sana, apa biggest challenge aku? Aku jawab la bahasa, culture semua tu. Lepastu dia kata aku punya bigger challenge adalah aku akan jadi Junior balik. Dekat Malaysia aku dah jadi senior. Eleh, biasalah tu semua benda ken amula dari bawah, kan?
Lepastu dia tanya kalau aku dapat wad lain selain daripada surgical aku ok tak? Pediatric unit ke?
Aku fikir dia saje nak trict aku. So, aku jawab je la aku ok. Lagipun berfore ni aku tak pernah terfikir pun nak kerja surgical. Aku apply ICU, Emergency Department and pediatric sebab aku suka budak-budak. Lepastu aku jawab la dekat sini pun kebetulan aku baru lepas kena deploy ke Covid-19 ward. So, aku suka kenal org baru, rasa experince baru. Itu jelah soalan dia. 
Lepas tu member aku dekat Saudi Syahira pun tanya macam mana interview semua, aku cerita la. Dia kata bahaya weyh kalau diorang tanya gitu. Nanti diorang hantar g pediatric. Selalu diorang hantar base on interview. Haaa, sudah. Ghisauu aku. 


31 JULY 2021
Salah seorang calon yang interview sekali dengan aku whatsapp, dia tanya aku dah daopat jawapan ke interview dengan Melorita hari tu. Aku cakap tak dapat lagi, lepastu dia cakap dia ada tanya a few people yang interview sekali dengan kitorang juga, semua cakap tak dapat jawapan lagi.
Aku cakap aku tak mengharap pun sebab interview pun mengejut, lepastu lama sangat diam ingatkan tak dapat. Dia cakap dalam kes dia, dia tengok dekat IG Melorita pasal interview tu, dia tanya then baru orang tu slot in nama dia. Diorang tak de pun wasapp dia macam yang aku dapat. Dia pulak dah bayar Data Flow lah apa lah semua tu, sebab tu dia follow up. Benda dah bayar, kan. Yang aku ni tak bayar apa-apa lagi aku chill je la 😂


26 OGOS 2021
Aku dapat email daripada Hospital King Fisal Madinah. Katanya Offer for me Issued.

"We are pleased to offer you the position of STAFF NURSE 1 - Ward 5C.
Tapi tak de pun offer latter gaji apa semua tu. Aku pun wasapp la miss Syaza, baru lah dia bagi aku official offer latter tu.
Gaji SR 9950, annual leave 54 hari, kontrak 2 tahun & dpat bonus sebulan gaji on 2nd year tu. 
Aku excited la, hospital ni antara hospital famous , dekat Madinah pulak tu. Mak ayah, tok aku semua happy. 
Aku pun tanya la Miss Syaza, wad apa wad 5C tu. sekali tu wad gynaecology weyh.. Mujur aku tanya, x accept je. Hahaha
Aku pun cakap la aku x de experience, then dia call aku tanya time interview tu ada tak dia mention pasal gynae ward? Aku cakap la x de dia cuma tanya ku minat tak kerja dekat peads. 
Then miss Syaza kata tak pe nanti dia confirmkan balik. 
Lepastu Miss Syaza kata aku ditukarkan ke pediatric pulak.
laahh, pulakk.. aku ni ok je nak kerja dekat wad mana-mana.
Tapi bila difikir-fikir balik, dah la kita tak tau tempat tu macam mana. Tak de experince. Nak kena cope dengan bahasa, culture, envoironment sana, lepastu nak kena belajar balik pasal bebudak ni.
Adult dgn pediatric jauh beza weyh, dose ubat apa semua tu.

Aku tanya member yang wasapp aku ritu, dia tak de dapat email pun. 
Dia wasapp miss Fara Melorita tu, dia just cakap "you file have been listed to get the Job Offer from National Guard Hospital in Madinah. VISA for Saudi are from the SAUDI government, so the hospital need to request from the gov and we need to wait until hospital have VISA in their hand, the only the issue the job offer"
Aku pelik la pulak, aku tak de pulak orang Melorita cakap gini. Dia terus bagi offer latter je lepas aku tanya Miss Syaza tu. 


Lepas dah fikir masak-masak, dah istikharah semua, aku tolak offer tu.
insyaa-Allah ada rezeki aku dekat tempat lain.

Ulasan

  1. salam, kak! saya nurse jugak, dari SG.. baca post ni saya pulak yang happy gila dgr akak dapat offer saudi tu. tumpang bahagia hahahaha. pastu, sedih bila offer ditolak, haih. tapi saya faham.. sebenarnya, saya ade plan nak carik kerja kat Msia, mungkin JB ke.. saya dah taknak kerja ddk SG dah. saya tahu, dah banyak org tanya "gila ke? buat apa nak pindah? kan baik ddk SG" but hm susah nak explain. saya nak tanya.. akak tahu apa-apa tak process dia mcm mana ? akak kenal tak sesiapa yang buat perkara yang sama ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Hye, org SG! Tak sangka ehh ada orang oversea baca blog kita. hahaha
      post ni x habis lagi, ada sambungan dia. Nantikannn
      Akak tak pasti proses dia macam mana, tapi boleh try contact Melorita. Syarikat yang berdaftar untuk cari pekerja ke negara-negara luar ataupun dalam negara. Banyak jugak akak tengok iklan Melorita mencari pekerja untuk hospital-hospital di Malaysia. Good Luck, ya!

      Padam
  2. Assalam kak.. sy berminat nak jadi nurse tp kaki sy retak and still buat follow up dengan doc orthopedic..kak suggest tak sy ambik nurse ni? Then lepas ambik diploma bole trus ambik degree untuk upkan gaji tak? Atau kena ada pnglman? Soalan last, klo study d ipta akan trus dpt keja ke? Maaf bertanya banyak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam
      actually nak jadi nurse tak de masalah pun kalau kaki retak. sebab tak de la buat kerja berat sangat. I mean, tak payah nak berlari ke apa.
      But still, before jadi student nurse akan ada medical checkup. so, akak tak sure la kalau diorang lepas ke tak untuk kaki retak. Tapi, rasanya ok je kot, sebab retak tak ambil masa yang lama pun untuk sembuh.
      usually lepas diploma kena ada experience dulu before further study to degree
      kalau nak pantas, boleh masuk matrik atau form 6, then nanti boleh sambung degree terus
      study IPTA kena mohon kerja, dik. Private or kerajaan.
      kalau masuk institusi yang ada hospital sendiri macam PPUM, UnisZa semua tu dapat kerja terus rasanya. Atau latihan separa perubatan yang dekat SPA 9 tu

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta