semua salahku

 Semakin meningkat dewasa, semakin aku malas untuk memikirkan hal dunia. Memikirkan hati dan perasaan orang lain. Aku penat, aku letih. Letih untul menjaga hati orang lain sedangkan aku menyendiri memujuk hati sendiri.

Jika ingin bercakap tentang salah dan silap, semua orag ada melakukan salah. Aku akui itu. Aku cuba untuk bersikap terbuka, malangnya aku pula dipersalahkan. 

Semakin meningkat dewasa, semakin malas aku untuk bergaduh dan mencari salah orang. Biarpun aku ditindas, aku cuba untuk take it easy. Aku cuba untuk melupakan meskipun aku tahu itu terlalu perit. 

Walaubagaimanapun aku mencuba, aku tidak dapat lari dari realiti. Realiti yang terpaksa aku hadap hari demi hari. Ingin aku memberontak, ingin aku meluahkan ketidakpuasan hati. Tetapi aku takut. Takut jika perkara kecil akan merosakkan hubungan adik beradik. 

Aku rasa aku dah cukup mengalah. Tapi bagi diri dia, dia yang mengalah. Bila aku rasa dia yang bersalah, pada dirinya aku yang bersalah. Jahat sangat ke aku? Kejam sangat ke aku sebagai seorang adik?

Aku cuba menjadi yag terbaik. Aku cuba menggembirakan hati semua orang. Meskipun aku diselubungi duka, aku melalui hari-hari yang sukar. Aku cuba untuk tabah dan mengetepikan semua perasaanku. Aku cuba yang terbaik.

Jika aku ceritakan pada mak, sudah pasti mak akan backup dia. She's always right dimata emak. Dia memang anak emas emak. Anak kesayangan emak. Hanya disebabkan aku seorang yang berdikari sejak kecil, emak lepaskan aku menyendiri. Emak tahu aku boleh uruskan diri sendiri. Emak tau aku boleh berdikari. 

Kalau emak boleh lepaskan aku naik bas ulang alik kedah-perak tika aku berusia 16 tahun, emak hanya lepaskan dia naik bas sendiri tanpa pengawasan selepas dia tamat universiti. Jika mak boleh biarkan aku belajar berseorangan sendiri di Kuala Lumpur tanpa melawat sekalipun, mak boleh pergi melawat dia di universiti setiap 2 minggu. 

Tamat pengajian, aku mulakan kerja di bandar Kuala Lumpur dengan teman-teman, cari rumah sewa sendiri, mak hanya lepaskan dia berkerja di KL selepas aku mendapatkan rumah sewa untuk dia, tinggal dengan aku. Dia tak rasa hidup bersesak-sesak dalam rumah sewa 6-8 orang, berhimpit dalam bilik sewa yang sempit. 

Tak kisah apa yang aku buat, apa yang aku korbankan, aku tetap salah.

Semua salahku...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta