umur dan matang

Yeah, Finally I'm back, after a few years.
Bukan tak nak menulis, dan bukan juga tak ada niat untuk menulis. 
Tapi, semakin kau dewasa, semakin banyak kau kena bahagikan masa.

Hari ni aku nak bercerita tentang umur dan matang.
Umur kau meningkat, tak semestinya kau matang.
Dan kau tak perlu menjadi 'orang tua' untuk kelihatan matang.

A few years back, one of my colleagues tanya
" umur kau berapa, shahirah?"
And, on that time, I'm just 21 years old.
" Seriously? Adik aku lagi tua daripada kau. Tapi, kenapa kau nampak lagi matang daripada dia?"

Ya, daripada dulu lagi aku selalu dengar orang cakap yang aku matang, tak setimpal dengan usia aku.
Mungkin sebab aku selalu bergaul dengan orang yang lebih tua daripada aku. 
Mungkin juga sebab aku selalu baca novel. Pengalaman dan situasi watak yang aku hayati memberikan aku teladan dan iktibar untuk aku menjalani hari-hari aku sebagai sebagai shahirah.
Siapa kata baca novel tak bermanfaat? 
Kita belajar dan mengenal erti hidup daripada pengalaman dan kesalahan orang lain.
Selain daripada Cikgu, pengalaman adalah guru terbaik buat kita. 

Mungkin juga sebab aku anak ke-2. 
Sebagai kakak dan juga adik, aku banyak mengalah dan aku banyak belajar.
Beza umur aku dan kakak 2 tahun. Atau lebih mesra dipanggil Along.
Kalau Along mula berbasikal ke sekolah pada darjah 4, Aku pula mula berbasikal ke sekolah pada Darjah 2.
Jika Along mula membasuh kasut sekolah dan sterika baju sekolah sendiri pada Darjah 6, aku pula mula melakukannya bermula pada Darjah 4.
Aku mulakan semuanya awal 2 tahun daripada Along. 

Beza aku dengan Adik pula 5 tahun.
Adik lelaki yang mesra dipanggil Afiq atau Along atau Abang. 
Afiq anak lelaki sulung.
Kelahiran yang dinanti emak dan abah selepas adik yang ke-3 (Aisyah) meninggal semasa lahir. 
Sudah pasti Afiq lebih disayangi.
Kalau dulu apa yang aku minta jarang aku dapat sebab mak dan abah terpaksa adil diantara aku dan along, Afiq mudah je dapat.
Dia nak mainan, dia nak jajan, senang je dapat.
Dan aku akan lebih banyak mengalah.


Aku bersekolah di sekolah tentera.
Dalam Pangkalan TLDM.
Sudah pasti cikgu-cikgu akan layan kami sebagai anak tentera.
Dengan alasan "Kamu anak tentera. Kalau ayah kamu boleh berdiri tengah panas berjam lamanya, kenapa kamu tak boleh?"

Selepas SPM, aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.
Matriks. 
Tempat budak-budak pandai. 
Salah satu daripada impian aku.
Tapi, tak kekal lama. Selepas sebulan, aku mendapat tawaran ke PPUM.
Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Diploma Kejururawatan.
Bukan sebab aku nak jadi jururawat, tapi sebab disini peluangnya lebih cerah.
Aku akan bekerja selepas tamat belajar.
Dan impian emak. Inginkan salah seorang daripada anak-anaknya menjadi seorang jururawat. 

Tamat 3 tahun belajar, Aku sah bergelar Jururawat Terlatih.
Bayangkan, di usia 21 tahun, dimana kawan-kawan lain masih struggle di universiti, aku sudah masuk ke alam pekerjaan.
And I'm dealing with life. Everyday, in my Life. 
Disini aku belajar banyak benda.

Salah satunya,
umur bukanlah nilai kematangan seseorang.

Ini bukan soal umur. Ini soal pengalaman. Bila kau dah banyak pengalaman tentang hidup, sometimes kau lupa yang kau masih muda. 
Kau matang dari segi tindakan.


And kau benci mereka seusia kau yang masih berpeleseran, masih leka dgn relationship goals, masih duduk bawah ketiak mak and tak nak move on, keluar dari kepompong dan lihat dunia luar.

Kahwin muda.
Kalau dulu aku lihat kahwin muda mematangkan seseorang.
Diusia muda kau dah ada keluarga, ada anak.
Tapi, aku silap.
Tak semua orang yang kahwin muda tu matang,
Berapa banyak perkahwinan yang kecundang ditengah jalan.
Dan berapa banyak pula pasangan yang masih berperwatakan seperti orang bujag meskipun dah berkeluarga dan mempunyai anak.

Pada aku, ini semua tentang attitude.
Dan bagaimana kau membawa diri kau untuk meneruskan kehidupan.

Matangkan diri. 
Kau akan kelihatan matang bila kau mula berdikari.

Umur just a numbers... no one cares about it!

Image result for umur matang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta