Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Balik!!

Asrama dah 3 hari tak de air, so semua warga Putera dan Puteri ASMENSI dibenarkan pulang ke rumah dan kembali ke ASMENSI pada petang ini. Namun begitu, arahan ini dibangkang warga ASMENSI kerana mana puas balik sekejap je? SO cikgu benarkan pulang ke ASMENSI keesokan harinya, pada waktu persekolahn. Ya la, esok kan sekolah? Ganti cuti Tahun Baru cina. mula-mula tu, aku dah risau dah. Ya la, rumah jauh. Mana sempat dari SP ke SIK. Nak bertolak pukul berapa?? So, tak sekolah lah maknanya sok..huhu

Tokoh NILAM Daerah Baling/Sik

Alhamdulillah, hari ini aku dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Daerah Baling/Sik. 1/3/2011 ny plak ak lawan peringkat Negeri di Alor Star. Doakan aku berjaya, ya?? Bukan nak bangga... Saja nak berkongsi kejayaan... Hehe

Dipujuk

Hari ni cikgu Zakaria nak jumpa aku. Mula-mula tu aku rasa suspen jgak, ye la, nape cikgu tiba-tiba nak jumpa aku? rupa-rupanya cikgu tanya mengenai topik yang sedang hangat dibicarakan mengenai diriku ini. Mana tak nya, semua cikgu yang mengenali diri ini mengatakan tentang diriku yang akan berpindah buat kali ke duanya keluar daripada sekolah ni. Kenapa?? Ramai yang tanya, tapi hanya aku seorang yang tahu mengenai jawapan ini. Bukan aku tidak mahu bercerita atau berkongsi masalah, tapi aku tak tahu nak mula daripada mana. Terlampau banyak konflik yang melanda diri ini. Masalah n masalah itu again n again datang menimpa. Tetapi, aku sebagai hambanya hanya Redha dengan setiap ujian dan cabaran yang diturunkan pada diriku. Aku amat tersentuh bila Cikgu Zakaria dengan perihatinnya bertanyakan masalah diri ini. Pada mulanya, aku hanya bercerita biasa-biasa aja. Tapi, tak tau lah kenapa air mata ini dengan mudah sekali menonjolkan dirinya buat tatapan cikgu. Herm, malu pun ada. Tapi, cik

Majlis Akad Nikah

Imej
Aku pergi majlis akad nikah sepupu aku tadi. Sebenarnya, first time aku tengok muka bakal suami sepupu aku tu lagi, aku dah tak berkenan dengan dia. Ye la, muka dia tak menggambarkan dia mempunyai masa depan yang cerah. Mendengar salasilah keluarga dia, lagi la aku tak berkenan. Tapi, siapalah aku untuk bersuara kan? Nanti orang kata aku ni nak memandai pulak. Ye la, baru beberapa kali tengok laki tu, dah pandai buat tafsiran sendiri. tapi, itulah adat orang bercinta. Macam yang selalu kita dengar, bila bercinta, kentut pun bau wangi. Ye la, kita nampak yang baik-baik aja tentang pasangan kita tu. Kalau ada kurang pun, kita pandai je cover tak nak bagi nampak kecacatan pasangan kita tersebut.  Berbalik pada cerita aku tadi, nak dijadikan cerita, teruk pengantin lelaki tu kena ceramah dengan tok kadi. Punya la lama tok kadi bagi tazkirah nikah. Akad nikah pulak sampai 3 kali lafaz. Kalau ikutkan hati aku, lafaz yang ketiga tu pun aku tak puas hati lagi. Macam cakap main-main aja. Tak