Aku sayang dia....sebagai rakan yg terbaik buat diriku....

Sepi aku rasakan hari ini. Mak sekarang suka bawa masuk dua-dua telefon dalam bilik. Selalunya malam-malam macam ni aku mesti mesej ******. Dialah tempat aku luahkan perasaan. Tapi kini,tidak lagi. Entah kenapa sengaja aku ingin menguji ****** sebentar tadi. Aku tahu aku melampau. Pasti ****** marahkan aku.


“Sorry ***. Aku tahu kau marahkan aku. Aku minta maaf. Tapi mesti kau tak marah aku kan? Aku tau kalau kau marah pun,main-main aja. Kau tak serius kan? Sorry. Aku saja aja nak uji kau tadi. But belum sempat aku nak jernihkan keadaan,aku terpaksa berundur. Aku takut mak aku nak minta telefon. Nanti semua temberang aku pecah. Mak aku bukan macam mak kau ***. Or, macam mak-mak orang lain. Parents aku lain sikit. Mereka takut aku terlampau rapat dengan lelaki sedangkan aku pernah bagi tau kau kan? Aku lebih suka kawan and cerita problem aku kat kawan-kawan lelaki. Expcially kau. Kau tau semua rahsia aku. Buat masa sekarang ni, aku rasa belum satu cerita pun yang aku rahsiakan daripada pengetahuan kau. Aku tau kau tak ambik peduli. But at least ada orang yang nak dengar masalah aku. Ada tempat untuk aku luahkan segala masalah. Aku tak minta kau memahami aku. Hanya baca masalah aku. Lepastu kau nk deleate and lupakan,itu terserah pada kau. Aku tak memaksa. Hanya aku tahu, kaulah satu-satunya sahabat yang memahami aku kini.

   Aku tahu kadangkala gurauan aku pada kau melampaui batas. Mungkin kau boleh agak aku mahu menguji atau sebaliknya. Aku jenis yang open minded. Kau nak kritik aku,kritik lah. Kau nak kutuk aku pun,kutuklah. Aku tak kisah sama sekali sebab pada aku,teguran rakan-rakanlah yang bisa membuatkan aku sedar. Aku suka belajar daripada kesilapan. Aku tahu aku tak sempurna. Jadi apabila kau nampak kelemahan aku, kau tegurlah aku. Insya-ALLAH aku bleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Kalau kau tak suka cara aku,kau cakap. Maybe time kau kritik muka aku lain,respond aku negative, percayalah. Apabila aku keseorangan, aku akan muhasabah kembali diri aku. Aku akan cuba terima pendapat rakan-rakan walau pedih untuk aku menerimanya. Kau bantulah aku, ******. Kalau kau tanya kenapa kau yang aku pilih, aku ada jawaapannya. Meskipun aku mempunyai beberapa rakan yang lain termasuk ‘geng’ yang agak ‘rapat’ tapi semunya tak sama dengan kau. Bukan niat aku untuk memuji kau melambung tinggi tetapi inilah kebenaran yang lahir daripada hati aku, ***. Kalau kau tak percaya pun tak apa sebab aku tak akan paksa kau untuk mempercayai aku.


******,aku pernah banyak kali katakan yang aku sayangkan kau,bukan? Aku harap kau tidak menyalah tafsirkan rasa ‘sayang’ aku pada kau. Aku menyayangi kau sebagai seorang kawan. Kawan yang amat memahami diriku. Tak pernah terlintas di hati aku untuk cuba tempatkan diri aku di hati kau. Aku juga tak pernah simpan angan-angan nak ‘couple’ dengan kau. Cuma aku rasa kehadiran kau amat istimewa dalam diriku. Seriously aku sayangkan kau persis seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya yang lain. Mungkin sayang aku pada kau agak ‘lebih’ sikit daripada rakan-rakan yang lain sebab kau sentiasa hadir di saat-saat aku memerlukan seorang teman untuk berkongsi suka dan duka. Kau banyak bantu aku ***. Time aku nangis, aku mesej kau. Dan kau mampu membuatkan aku tersenyum lantas ketawa sebaik sahaja menerima mesej kau. Kau berjaya menghiburkan aku tatkala aku berduka. Meskipun kau tak banyak bagi respond,aku tau kau memahami aku Cuma tak tahu nak cakap macam mana kan? Aku ada banyak kawan and aku memahami diri kau. ******, kau tau banyak kisah hidup aku,kan? Kau tau kan aku masih sayangkan ‘dia’? Meskipun dulu aku sukar menerima yang dia telah pergi jauh daripada hidupku,kini aku sedar. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin disebabkan dia lelaki pertama yang membuka pintu hatiku,lantas aku tertarik untuk mendekatinya. Namun aku silap. Don’t jouge a book by its cover. Aku akui kata-kata itu. Namun mungkin disebabkan kisah aku dan dia, aku malas untuk bercinta lagi. Hanya perasaan suka-suka aja. Normal lah tue bagi remaja baya-baya kita ni kan? Kalau tak ada perasaan tu, memang tak betul tu. Dulu kawan-kawan aku selalu panggil aku ‘minah jambu’. Maybe sebab aku suka adegan-adegan yang romantic and aku suka baca novel,layan lagu yang jiwang-jiwang. Tapi aku tak salahkan dia tau ***. Disebabkan dia,aku berusaha untuk membuktikan yang aku boleh berjaya dan diri sama tinggi, duduk sama rendah (walaupun dia lebih tinggi daripada aku). Walaupun aku akui dia tu lagi pandai daripada aku.namun aku akan tetap terus berusaha dan aku harap kau dapat doakan untuk kejayaan aku. ******…kalau aku cakap aku sayangkan kau,kau jangan fikir lebih-lebih okey? Aku bukan apa. Aku just tak nak jadi macam beberapa orang yang tak dapat tafsirkan makna ‘sayang’ aku pada mereka.. Lastly depa ingat aku suka depa. Ada ke patut? Depa kata aku ada feel dengan diorang sedangkan aku tak maksudkan begitu. Then,persahabatan kami makin renggang sebab dia kata dia tak suka aku. Tak ada feel dengan aku. Pelik kan? Berfikiran kolot. Aku harap kau tak macam depa. Aku sayangkan persahabatan kita. Sayang sangat. Coz dalam kelas kita kan, aku paling rapat dengan kau sorang aja. Kau jangn hampakan aku okey?


Mesti kau gelak aku tulis macam ni ikan? Mesti kau kata aku ni dah tak betul,briye,perasan,and macam-macam lagi lah. Kau kritiklah aku. But make sure jangan belakang aku. Nanti kau dosa. Kau cakap depan-depan, boleh aku belajar daripada kesilapan and komen orang agar aku bisa menjadi insan yang disukai ramai. Kau jangan kutuk belakang aku ok? Kau kutuk depan aku. Biarlah aku nangis ke, terasa hati ke,yang penting aku dapat pandangan orang. *****, kau jangan hampakan aku tau. Aku dah tak ada orang lain nak mengadu. **** dah mula menjauhi aku. ***** sibuk dengan ‘balak’ dia. Aku dengan **** pulak memang tak boleh nak ‘ngam’ sampai nak kongsi cerita secret-secret ni. Entahlah kenapa… Kau sudi tak dengar luahan hati aku? Aku harap kau tak bosan. Aku harap persahabatan kita terus kekal, ******. Kalau aku pernah buat salah silap kat kau, aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mungkin aku ada terkasar bahasa, tersilap bicara secara sengaja atau tidak. Kadangkala aku tidak dapat menahan diri aku daripada melakukan ssesuatu. Aku tahu mulut aku kadangkala tak ada insuran. Kau maafkan aku ok? ******,kau jangan boring kawan ngan aku taw. Kalau kau ada problem, cerita lah kat aku. Mungkin aku boleh tolong. Kalau tak pun,mungkin aku boleh menjadi pendengar yang setia? Agar aku dapat ringankan beban yang di tanggung kau.***, aku tak tau macam mana nak balas jasa,budi baik kau. Hanya Tuhan sahajalah yang bisa membalasnya. Aku harap aku and kau jadi insan yang berguna, ***. Jangan sia-sia kan hidup kau. Kalaupun aku tak boleh berjaya, aku harap kau berjaya dan dapat mencapai apa yang kau impi-impikan selama ini. Aku hanya bisa berdoa and tumpang gembira dengan kejayaan kau. ******, ingatlah. Walau apapun yang kau lakukan, aku sentiasa berada di belakang kau. Aku support kau kalau apa yang kau lakkan itu benar. Insya-ALLAH, aku akan sentiasa di samping kau tatkala kau perlukan seorang teman di kala suka mahupun duka. Mungkin luahan hati aku ini panjang sangat kan? Mesti kau mengantuk baca cerita aku. ******, don’t leave me alone. Aku perlukan someone yang faham tentang diri aku. Aku tak mengharapkan lebih daripada kau. Hanya jadilah rakan aku selamanya…”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jururawat

PPUM!!

Bercuti ke Yogyakarta