Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Seminggu di Intensive Care Unit (ICU)

Imej
Assalamualaikum... Hari ni, saya nak menceritakan pengalaman sepanjang seminggu di ICU ICU?? Pasti ramai yang takut dan gentar apabila disebut ICU. Pasti pelbagai benda yang kita bayangkan, begitu juga saya. Perasaan takut, gementar dan seram semuanya silih berganti. Bukannya apa, ICU!! Satu unit kritikal yang menempatkan pesakit kritikal! Macam-macam yang saya fikir. Patient dengan ventilator, wayar berselirat di badan, mesin yang banyak disekeliling katil, dan tentunya pesakit yang critically ill! Tak dapat dibayangkan suasana kerja di ICU... pasti masing-masing sibuk menjaga pesakit masing-masing, keadaan cemas yang tak dijangka, 'code blue' akan dilancarkan pada bila-bila masa, BP drop, patient collapse tanpa diduga, dan patient L.O (last office) atau meninggal, tampa dijangka. Begitulah kehidupan didunia...  Waktu mati itu telah tertulis, hanya menunggu masa dan ketika, punca kematian hanya menjadi asbab utama.