Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Alhamdulillah...

Imej
Assalamualaikum kawan-kawan. ALhamdulillah, hari ny merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba... Hari ini, ada Majlis Khatam Al-Quran kat sekolah Then, Majlis Penyampaian Hadiah kepada Imam Muda & Gadis Solehah sekolah. Walaupun aku tidak memenangi sebarang tempat di dalam Gadis Solehah., aku tetap bersyukur kerana aku masih mendapat sesuatu... Nak tau apa yang dapat?? Jom tengok....  Piala Pusingan  Sijil Penghargaan Selian tu, aku dapat hadiah 4 kelancaran Majlis berbuka puasa & Penyampai Tazkirah Kreatif  Alhamdulillah... Sijil penyampai Tazkirah kreatif... Terima kasih yang tidak terhingga buat Blog yang amat ku sayangi ini...  ^_^  Antara hadiah yang kuterima... Nak tau apa isi dia?? Lets check it out..hehe Thankz 4 everything... Tak lupa juga Tahniah buat Juara Imam Muda & Gadis Solehah iaitu : Imam Muda Ammirul Afiq & Gadis Solehah Nur Amalina Har

Selamat Hari Raya!!!

Imej
Assalamualaikum.... Ya Allah, sedar tak sedar, dah lama aku tak update blog ny. Maklumlah,  busy sangat sampai nak pegang broadband pun tak sempat. Harap maaf, ya?? Baiklah, di kesempatan yang ada ny, Aku nak ucapkan : & Sakit otak reka ayat ny... Baca ye?? hehe Rasanya, itu ajalah daripada ak uat kali ny. Dah tak ada masa nak mengadap blog. Terpaksa ucap awal-awal takut nanti dah sebulan raya baru beresempatan bukak blog dan ucapannya.. SELAMAT HARI RAYA kawan-kawan.....

wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga

Imej
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli

Tenanglah Duhai Hati

Imej
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur

Kelahiran Manusia

Imej
Terdapat banyak pokok persoalan yang disebutkan dalam Al-Qur'an yang mengundang manusia untuk beriman. Kadang-kadang langit, kadang-kadang hewan, dan kadang-kadang tanaman ditunjukkan sebagai bukti bagi manusia oleh Allah. Dalam banyak ayat, orang-orang diseru untuk mengalihkan perhatian mereka ke arah proses terciptanya mereka sendiri. Mereka sering diingatkan bagaimana manusia sampai ke bumi, tahap-tahap mana yang telah kita lalui, dan apa bahan dasarnya: "Kami telah menciptakan kamu; maka mengapa kamu tidak membenarkan? Adakah kamu perhatikan (benih manusia) yang kamu pancarkan? Kamukah yang menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?" (Al Qur'an, 56:57-59) Penciptaan manusia dan aspek-aspeknya yang luar biasa itu ditegaskan dalam banyak ayat. Beberapa informasi di dalam ayat-ayat ini sedemikian rinci sehingga mustahil bagi orang yang hidup di abad ke-7 untuk mengetahuinya. Beberapa di antaranya sebagai berikut: 1. Manusia tidak diciptakan dari mani yang l

Couple itu HARAM

Imej
Assalamualaikum.... Bermula hari ini, aku akan berkongsikan sedikit sebanyak pengetahuan aku mengenai agama. Aku tak ada la pandai sangat tentang agama ny. Setakat berkongsi pengetahuan tu boleh la... Janganlah kata aku ny buang tebiat pulak. Cuma, pada aku selain daripada berdakwah secara elektronik dalam FaceBook, lebih baik aku memanfaatkan blog aku ny. Daripada aku berceloteh mengenai  perkara yang tak berfaedah, lebih baik aku berkongsi ilmu kan??? BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang  sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipersalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai la

pelancaran imam muda dan gadis solehah

Imej
Assalamualaikum semua.. Apa khabar?? Bagaimana rasanya di hari pertama kita berpuasa ny?? Ok, di sini aku ingin berkongsikan detik-detik manis dan penuh sejarah di sekolah aku. Hari ny, Juara IMAM MUDA musim ke-2 iaitu Imam Muda Hassan datang sekolah aku... IM memberi ceramah yang bertajuk "Merdekakah Remaja Kita" Pelajar sekolah amat teruja dengan ketibaan IM Hassan. IM merupakan Idola kami, warga sekolah... Kami juga berkesempatan untuk membaca Surah Yassin, mengerjakan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat nerimamkan Imam Muda Hassan... Hari ny juga pelancaran Imam Muda dan Gadis Solehah SMK Pangkalan TLDM. Alhamdulillah, aku merupakan salah seorang daripada Gadis Solehah SMK Pangkalan TLDM.. Aku berharap dengan menyertai program ini, aku dapat meningkatkan amal ibadat aku pada-Nya... Inilah fail yang diserahkan oleh Imam Muda Hassan... Aku harap Imam Muda Nazrul dapat sign pulak di sebelah kiri fail nanti.. Insya-Allah Tanda tangan IM Hassan... Ok,

Puasa!!!

Imej
Assalamualaikun dan Salam Ramadhan semua… Diharapkan dengan ketibaan bulan yang penuh berkat ini memberikan seribu satu keinsafan, kebahagiaan buat kita semua. Bulan yang penuh mulia ini memberikan kita peluang untuk muhasabah diri kita, seterusnya meningkatkan amal ibadat kepada-Nya. Di sini, aku ingin berkongsikan pengalaman, cerita agar dapat dijadikan teladan dan pedoman buat kita semua. Dahulu, tatkala mendengar suara azan di kaca-kaca televisyen atau radio, aku pasti menukarkan siarannya. Mengapa?? Aku merasakan kalimah-kalimah itu menganggu aku. Terlalu lama untuk menghabiskan seruan azan. Sedangkan, azan hanya seketika. X sampai 5 minit pun. Kenapa aku rasa x selesa?? Betapa jahilnya aku.. Aku pasti ramai diantara kalian juga begitu. Pasti menukar siaran tatkala azan berkumandang.. Aku tak mahu ke masjid.. Aku x mahu ke surau.. Aku tak mau sembahyang berjemaah… Meskipun aku tau manfaat serta ganjaran pahala yang bakal aku terima. Kenapa?? Aku rasa imam tu lambat sangat. Kenap